Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, April 18, 2013

PANASSS..!!! PAKATAN HARAM TAK PERNAH FIKIR SEKELUMIT PUN TENTANG DOSA MEREKA..!!!

rosmah najib_UMRAH_2

Sudah tidak ada idea lagikah untuk memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sehingga terpaksa menuduh beliau terlibat dalam soal menentukan calon BN di seluruh negara bagi PRU ke-13 kali ini?

Masih berdesing di telinga saya mendengar seorang penyokong tegar Pakatan Haram selamba memberitahu bahawa calon-calon BN pada PRU kali ini ditentukan oleh isteri Perdana Menteri itu. Seolah-olah Rosmah pula yang berjawatan Perdana Menteri.

Sebetulnya, prasangka buruk itu sengaja ditanam di benak para penyokong Pakatan Haram supaya imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, buruk di pandang rakyat.


Ekoran fitnah itu, Datin Seri Rosmah terpaksa menjelaskan kedudukan sebenar bahawa beliau telah difitnah untuk kali yang berapa ribu entah. Menafikan terlibat dengan penamaan calon BN itu, beliau memberitahu bahawa beliau sendiri tidak tahu siapa calon dan siapa yang tidak tercalon.

Saya melihat bagaimana Rosmah dipersendakan oleh puak-puak Pakatan Haram sejak sebelum suaminya menjadi Perdana Menteri. Sejak bergelar isteri Timbalan Perdana Menteri lagi beliau menerima tohmahan.

Saya tertanya-tanya, tidak adakah sekelumit perasaan bersalah di hati mereka-mereka yang tergamak menfitnah beliau dengan begitu teruk sekali? Tidak terfikirkah dosa dan pahala?

Lupakah sudah pada “Raqib” serta “Atid” yang berada di bahu masing-masing dan mencatat segala dosa pahal sekalian hamba Allah yang bergelar manusia? Atau ustaz PAS atau PKR tidak pernah mengajar tentang soal itu?

Datin Seri Rosmah pernah dituduh menjadi dalang pembunuhan mendiang Altantuya Sharibuu. Bagaimanapun, Allah SWT telah menyelamatkan isteri Perdana Menteri itu dengan pengakuan bapa mangsa, Setev Sharibuu yang mengaitkan fitnah itu dengan konspirasi pihak tertentu di negara ini.

Kemudian pasangan pemimpin nombor satu negara itu diuji pula dengan fitnah kononnya Datin Seri Rosmah pernah menjadi isteri penyampai berita Dunia Jam 10, Farid Ismeth. Kononnya lagi, “Pak Ngah” telah dibayar Najib untuk menceraikan Rosmah sebelum dikahwini Perdana Menteri itu dulu.

Sekali lagi dengan kuasa Allah SWT yang begitu menyayangi kepimpinan Najib telah membersihkan nama Rosmah apabila Farid tampil dalam temubual eksklusif bersama seorang blogger wanita dan menegaskan bahawa dia tidak pernah beristerikan isteri Perdana Menteri itu.

Kenal pun tidak, tiba-tiba dia dituduh pernah memperisterikan Rosmah sebelum “dirampas” Najib? Malangnya, walaupun rahsia fitnah itu sudah terbongkar, tidak ada seorang pun dari kalangan puak Pakatan Haram yang meminta maaf dari Rosmah atau Najib. Tak guna betul..!

Antara fitnah terbesar yang melanda Datin Seri Rosmah ialah isu cincin. Kononnya beliau telah membeli sebentuk cincin berlian dari luar negara berharga puluhan juta ringgit. Peliknya, harga cincin itu boleh berubah-rubah mengikut kesesuaian cerita fitnah yang mereka reka itu.

Berani kerana benar, Datin Seri Rosmah menafikan tohmahan itu dengan sumpah yang bersaksikan nama Allah SWT yang pernah menyelamatkan dari dosa-dosa pemfitnah oleh umat akhir zaman di negara ini.

Begitulah cerita derita dan tekanan yang dihadapi oleh seorang isteri Perdana Menteri. Keadaan itu tidak sama seperti isteri kita dirumah yang tidak perlu melayan sebarang fitnah besar dan mampu menggoyah rumahtangga serta kreadibiliti diri.

Mujurlah Allah SWT mengurniakan sikap sabar yang tebal di dalam diri Rosmah. Mungkin itu rahmat dariNya atas keberkatan cara hidup beliau yang sering membaca kitab suci Al-Quran dan begitu baik menjaga kebajikan suaminya yang tercinta.

Macam kita jugalah. Isteri kita sudah tentu sayangkan kita, bukan? Begitu jua halnya dengan pasangan Najib dan Rosmah. Simpati saya pada Datin Seri Rosmah atas fitnah yang melanda beliau selama ini.

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Datin Seri Rosmah dari sebarang unsur fitnah di sepanjang hidup beliau, khususnya sebagai isteri Perdana Menteri.  Di akhir-akhir zaman ini begitu banyak fitnah dan peliknya fitnah itu sering datang dari puak Pakatan Haram. Kenapa ya?

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

Idealismalaysia said...

mohon link kan kepada blog tuan... bersama kita membantu KEDAH kembali kepangkuan BN. Saya telah link blog tuan kepada blog saya. terima kasih

http://parlimenpokoksena-pru13.blogspot.com/

Idealismalaysia said...

mohon link kan kepada blog tuan... bersama kita membantu KEDAH kembali kepangkuan BN. Saya telah link blog tuan kepada blog saya. terima kasih

http://parlimenpokoksena-pru13.blogspot.com/

Bila Kak Su Bersuara... Heh!