Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, April 15, 2013

PANASSS..!!! MAZLAN ALIMAN DICABAR BERTANDING DI FELDA..???!!!

Maklumat yang tiba di cuping telinga aku memberitahu bahawa "pengacau keamanan Felda", Mazlan Aliman tidak bertanding pada PRU ke-13 kali ni. Bukan kerana dia tak dicalonkan, tapi sebenarnya yang tak mahu bertanding...

Khabarnya, nama Mazlan Aliman "lekat" (tersenarai) di Tenggara, kat Johor. Tapi dia tolak. Agak-agak korang kenapa? Kerana dia tak gila jawatan? Atau kerana dia "zuhud"? Heh! Siapa kata dia tak gila jawatan? Siapa kata dia "zuhud"?

Pada aku, aku yakin Mazlan Aliman tolak jadi calon sebab dia tahu dia tak boleh menang punya! Dia sedar dan tahu bahawa boleh dikatakan hampir seluruh warga peneroka Felda marah dan tak suka pada Mazlan Aliman...



Memang betul pun hakikat tu. Korang pegi la mana-mana tanah rancangan Felda pun, sebut nama Mazlan Aliman, dah tentu depa "balun" kaw-kaw..!!! Depa memang hangin gila kat mamat tu..heh!

Baru ni aku turun Felda Teloi di Sik. Saja round-round tengok suasana kat Felda menjelang PRU 13. Rupanya para peneroka ni ada yang sanggup cabar Mazlan Aliman bertanding kat tempat depa...heh! Cabar weiiii..!!!

Depa kata, cuba la bertanding kat mana-mana Felda pun, gerenti Mazlan Aliman hilang deposit..!!! Kah! Kah! Kahhhh..!!! Aku gelak sakan bila dengar depa kata macam tu...

Bukan apa..selama ni Mazlan Aliman dok hantar report kat Pakatan Haram yang mengatakan dia dapat "sambutan hangat" di Felda. Kononnya ramai yang sokong dia...heh! Betoi ka?

Betul la tuuu... Mazlan terima "sambutan hangat" dengan cangkul, parang dan kayu. Dia memang "hangat" kena halau dari Felda ke Felda...heh! Seluruh peneroka Felda sokong Mazlan Aliman keluar dan jangan jejak bumi Felda lagi dahhhh... Heh!

Amacam? Berani ke Mazlan Aliman bertanding di mana-mana Felda? Alaaaa try je la lawan. Mana tau boleh menang...kan? Heh! Tapi...kalau Mazlan Aliman bertanding dan kalah...dah tentu aku orang pertama yang akan lompat sakan! Padan muka diaaaa..!!! Heh!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!