Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, April 29, 2013

PANASSS..!!! DUA BEKAS SAHABAT BAIK ANWAR MENGEJUTKAN RAMAI..!!!

Aku yakin Anwar kenal benar dengan Dr. Yusri Mohamad, bekas Presiden ABIM yang dulunya agak rapat dengannya. Kita tahu Anwar menguasai ABIM suatu ketika dulu. Tapi sekarang jelas ABIM bukan lagi sebuah NGO yang menyokong Anwar...

Kenapa? Sebab ABIM sudah sedar dan tahu siapa Anwar sebenarnya. Depa dah bukak "topeng" Anwar dan jelas tentang petualang negara itu....

Terbaru, sebuah NGO Islam terbesar di negara ini, yang mewakili NGO-NGO Islam di seluruh Malaysia, PEMBELA, mengadakan forum terbuka. Apa yang anda perlu tahu, forum itu memang mampu buat telinga Pakatan Haram berasap keluar api..! Heh!

Kenapa? Tengok kat bawah... sahabat baik Anwar bersuara lagi..!!!


Perpecahan yang sering berlaku di kalangan orang Melayu boleh membawa kepada kejatuhan bangsa itu apabila sesama kaum tidak boleh bersatu hati dalam sesuatu perkara lebih-lebih lagi yang melibatkan agama Islam.

Menurut Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Sidek Baba, kuasa yang masih tinggal buat orang Melayu hanyalah kuasa politik semata-mata tetapi itu pun masih menjadi pertikaian di kalangan orang Melayu sendiri.

“Kuasa (orang melayu) yang masih tinggal, kuasa politik. Kuasa politik pun dalam pertikaian, dalam dilema besar,” katanya ketika ditemui semasa Forum Isu-Isu Islam dan Umat Islam Menjelang PRU13 yang diadakan di sini pagi ini.

Selain itu, beliau turut menambah, kaum Cina di Malaysia kerap kali menjadikan isu bahasa sebagai peras ugut lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan berlangsung pada Ahad depan.

Beliau menyatakan permasalahan yang bakal timbul sekiranya Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memerintah negara di mana sistem pendidikan pastinya akan melalui satu perubahan drastik seperti yang diinggini oleh mereka.

Sebagai contoh, setakat ini sebanyak 60 buah sekolah sudah mengamalkan pembelajaran yang mengikut modal, silibus dan kurikulum dari Taiwan sehinggakan tidak mustahil pada masa akan datang, pelajar-pelajar ini tidak akan mengenali sosio budaya masyarakat Malaysia secara amnya.

“Macam mana nak jadi rakyat Malaysia yang baik (kalau tidak boleh berbahasa Malaysia),” jelasnya lagi.

Dr Sidek Baba turut menyelar parti PAS yang sanggup meletakkan pertimbangan politik lebih tinggi daripada pertimbangan syarak yang sepatutnya didahulukan oleh mereka dalam segala hal apabila isu kalimah Allah dibenarkan digunakan oleh orang bukan Islam.

“Kalau pimpinan tertinggi PAS tak berkata apa mengenai itu, apa akan jadi pada kepimpinan akan datang (sekiranya pakatan rakyat menang dan memerintah negara),” ujarnya.

Forum yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan, (NGO) Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) turut dihadiri oleh barisan panel seperti Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias dan dimoderatorkan oleh Pengerusi PEMBELA, Dr Yusri Mohamad. - Mynewshub.my

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!