Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, April 6, 2013

KRISIS AIR SELANGOR: PUNCA KEKALAHAN PAKATAN HARAM DI SELANNGOR?

Khalid-Ibrahim

Tak tahulah macam mana Khalid “Gagap” nak sorokkan mukanya bila tengok Youtube di bawah ini. Memang “kantoi” habis dan melondehkan segala putar belit yang cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat khususnya di Selangor.

Sebagaimana maklum, Khalid “Gagap” dan rejim Zionis Kerajaan Pakatan Haram Selangor suka menyalahkan ramai pihak berhubung krisis air di Selangor. Di antara yang menjadi mangsa mereka ialah Kerajaan Pusat, SYABAS dan rakyat Selangor sendiri.

Youtube di bawah ini jelas membongkar temberang Khalid…



Sudah tonton dan sudah faham?

Dari klip Youtube diatas, kita dapati Khalid gagal sama sekali untuk menunaikan tanggungjawab Kerajaan Negeri yang WAJIB melaksanakan empat perkara yang digariskan mengikut sistem perundangan negara.

Ringkasnya, Khalid selaku Menteri Besar Selangor bertanggungjawab untuk memastikan air mentah cukup, air sungai bersih, membina loji rawatan baru dan perlu memastikan bekalan air bersih yang mencukupi untuk pengguna di negeri termaju itu dan sekitar Lembah Klang.

Air mentah di negeri itu memang tidak cukup sejak berlaku krisis air Selangor pada tahun 1998. Ini ditambah lagi dengan pertambahan penduduk dan perkembangan ekonomi yang pesat. Dan disebabkan itulah maka pakar-pakar air mencadangkan supaya Selangor mendapatkan sumber air mentah baru dari Pahang serta satu loji rawatan air tambahan.

Tapi dari mana datangnya bebal Khalid “Gagap” ini, dia tak mahu pula dapatkan sumber air dari Pahang. Kononnya mahal dan dia mahu dapatkan sumber air mentah dari Tasik Kenyir. Padahal, ideanya itu jauh lebih mahal dan membazir duit rakyat!

Kalau dia setuju Selangor dapatkan bekalan air mentah dari Pahang, Kerajaan Negeri Selangor tidak perlu keluarkan 10 sen pun untuk kos binaan paip dan pembinaan loji rawatan.  Semua ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan. Tapi mungkin sudah dasar “bebal”, dia nak juga bazirkan berbilion ringgit duit rakyat Selangor dengan idea bodohnya itu.

Apabila Khalid enggan dapatkan bekalan air mentah dari Pahang, sudah tentulah secara automatik dia tidak benarnya loji rawatan air baru, Langat 2, dibina, bukan? Menafikan pembinaan loji Langat 2, Khalid sebok marah SYABAS minta kurangkan peratus air tidak terawat (NRW).

Padahal untuk kurangkan kadar peratus NRW, sebanyak RM7.2 bilion diperlukan. Pembinaan loji Langat 2 hanya RM6.3 bilion saja. Itupun bukan pakai duit Khalid atau Kerajaan Negeri, guna duit Kerajaan Pusat! Jadi, kaedah mana yang lebih murah?

Sehingga kini, jangankan paip air dari Tasik Kenyir, bayang batang paip pun tak nampak! Jangankan loji baru, apa pun dia tak bina. Jelas Khalid gagal tunaikan tanggungjawabnya yang pertama dan ketiga…

Kajian terkini menunjukkan bahawa boleh dikatakan semua sungai yang menjadi sumber bekalan air di Selangor samada sudah sampai tahap optimum penggunaannya ataupun tercemar. Oleh itu, kos yang tinggi terpaksa dikeluarkan oleh syarikat-syarikat konsesi selain menyumbang kepada kurangnya kemampuan memproses air terawat di loji-loji rawatan air.

Alangkah baiknya jika Khalid mengarahkan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin, untuk berkampung di sungai-sungai tersebut dan membersihkan air sungai berkenaan berbanding menyuruhnya membazir air liur menjual auta propaganda dan menyalahkan pihak lain atas kesalahan sendiri.

Paling teruk, rakyat Selangor dan Lembah Klang menjadi mangsa atas tindakan Khalid yang tidak menunaikan tanggungjawabnya itu apabila mereka tidak menerima bekalan air bersih yang mencukupi. Rakyat juga yang menderita…

Begitulah Khalid “Gagap” dan barisan Exconya. Yang terkini, Khalid sudah tiada masa untuk melayan derita rakyat yang menghadapi masalah air. Dia dan konco-konconya lebih sebok berkempen di atas pentas-pentas politik memfitnah dan menyebarkan propaganda bohong memburukkan orang. Ini semua bukannya untuk kepentingan rakyat tapi lebih kepada menutup kelemahan pengurusannya selama ini yang gagal menangani isu air di Selangor.

Apa nak jadi dengan Kerajaan Pakatan Haram Selangor? Rakyat boleh jadi bingung dan pelabur boleh cabut lari dari Selangor mengenangkan sikap Khalid dan rejimnya itu. Mujurlah PRU ke-13 sudah hampir. Tahulah nanti rakyat Selangor mengajar mereka, kan?

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!