Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, April 8, 2013

GEMPARRR..!!! TOKOH SYI'AH BERTANDING DI PARLIMEN PENDANG..?! #PRU13 #SaveKedah #TukarKedah #MukhrizMahathir

mat-sabu-syiah

Memang panas perdebatan di antara Pak Mat Kapak dengan Sudin Peknga di Pekan Pendang semalam. Hampir nak terbalik meja dibuatnya. Dan kalau tak kerana terpaksa hantar susu anak, mungkin “terbakar” kedai kopi yang terletak berhadapan stesen minyak itu.

Topik panas yang menjadi punca pertengkaran mereka ialah “Mat Sabu nak bertanding di Parlimen Pendang”. Pak Mat Kapak tak suka manakala Sudin Peknga pula menyokong tindakan “pemimpin Syiah” itu untuk “cari makan” di Pendang.

Khabarnya Mat Sabu sudah berpindah ke Pendang. Tak tahulah sama ada dia membeli atau menyewa rumah di situ, tapi baru-baru ini Timbalan Presiden PAS itu ada menjemput orang ramai datang ke rumahnya untuk meraikan kenduri doa selamat sempena dia “masuk rumah”.


Dalam hati saya tertanya-tanya, adakah ada mana-mana isteri orang yang bernama “Normah” di Pendang? Kalau ada, saya menasihatkan suaminya supaya jaga isterinya itu sebaik mungkin kerana Mat Sabu memang “pantang” dengan nama tersebut.

Sehingga kini dikhabarkan dia sudah mengumpul dua orang “Normah” dan apakah Mat Sabu akan mendapat seorang lagi “Normah” di Pendang? Kita tunggu dan lihat…

Sebenarnya Pak Mat Kapak khuatir dengan kehadiran Mat Sabu di Pendang. Padanya, Mat Sabu hanya akan menyemarakkan lagi fahaman Syi’ah yang semakin kuat pengaruhnya di sekitar Pendang, khususnya di Alor Pudak.

Dia mungkin tahu bahawa dengan latar belakang fahaman Syi’ah yang Mat Sabu bawa pulang dari Iran dulu, adalah tidak mustahil “ayatollah” itu akan menyebarkan fahaman yang difatwakan sesat itu di sana.

“Hang tau dak Syi’ah tu sesat? Hang tau dak Mat Sabu tu kuat Syi’ah? Hang pernah tengok dia sembahyang jemaah dengan kita, kah? Boleh kira dengan jari!” katanya menempelak Sudin Peknga yang baru keluar PKR dan menyertai PAS.

“Dia Timbalan Presiden kita! Takkan la hang takmau sokong dia kalau dia mai bertanding kat sini? Kita mesti sokong pemimpin kita!” balas Sudin tak mahu mengalah.

“Hang nak dia Syi’ahkan kita semua, lagu tu? Hang nak Mat Sabu kacau aqidah kita kat sini? Tok Guru Hj Rahim takkan bagi dia sesatkan kita dengan fahaman dia tu. Cukup la dengan Wahabi yang ada kat Pengkalan Kundoq, aku takmau Syi’ah pulak masuk sini. Hancoq!!!” katanya sambil menumbuk meja dengan kuat.

Tindakan Pak Mat Kapak itu membuat Sudin angkat kaki. Mungkin dia malas nak berdepan dengan penyokong Tok Guru Hj Rahim yang meletak jawatan di dalam PAS Kawasan itu setelah tidak bersetuju dengan dasar PAS yang bersekongkol dengan “kafir harbi” dan membelakangkan ulama.

Nampaknya beriya-iya benar Mat Sabu nak bertanding di Kedah. Apakah Azizan Razak yang sebelum ini “tidak berlaga angin” dengan Timbalan Presiden PAS itu akan membenarkannya bertanding di Pendang pada PRU ke-13?

Pesuruhjaya PAS Kedah dan Timbalan Presiden PAS Pusat, keputusan siapa yang lebih kuat? Rasanya Azizan tidak berkuasa menentukan calon. Tapi Mat Sabu dan Jawatankuasa Pemandu yang terdiri dari “kroni”nya itu rasanya berkuasa memuktamadkan nama calon PAS di Kedah, bukan?

Nampaknya hadir seorang lagi “geng” Phahrolrazi Zawawi untuk menggulingkan Pesuruhjaya PAS Kedah itu. Dengan bantuan dari Timbalan Presiden yang “sebulu” dan “sefahaman” dengannya, harapan untuk melihat Azizan tumbang makin cerah.

Persoalannya, dengan keadaan PAS yang “parah teruk” di Kedah termasuk di Pendang, apakah Mat Sabu akan terkubur di Pendang? Tapi kalau Mat Sabu menang di Pendang nanti, jangan terkejut jika Kedah akan menjadi negeri Syi’ah pertama di Malaysia…

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

PT said...

slm tuan..mohon pautkan blog http://perigitimur.blogspot.com/ di blog tuan...blog tuan sdh sy pautkan diblog PT..tq

Anonymous said...

KEBOLEHPERCAYAAN... Seandainya Pakatan Pembangkang... Menang Dengan MAJORITI TIPIS... 112...!!! Daripada 222 KERUSI PARLIMEN...!!!
ADAKAH... Pakatan Pembangkang... AKAN PATRIOTIK DAN MEMERINTAH DENGAN MAJORITI TIPIS TERSEBUT...???
ADAKAH PAKATAN PEMBANGKANG BOLEH DIPERCAYAI... TIDAK AKAN MEMBENTANG KARPET MERAH MENGALU ALUKAN KEMASUKKAN SEMULA JIRAN DISEBERANG TAMBAK YANG MENGUASAI 81 DRPD 87 KERUSI...!!!
JIKA DICAMPUR... KERUSI PARLIMEN MALAYSIA 222 + SEBERANG TAMBAK 87 = 309 KERUSI KESELURUHAN...
JIKA PAKATAN PEMBANGKANG DGN 112 + 81 = 193 / 309...!!!
DAN ITU ADALAH MAJORITI YANG KUAT DAN GAGAH... UTK MENEBUK NEBUK MENGUBAH PERLEMBAGAAN NEGARA...???!!! BOLEHKAH DIBERIKAN KEBOLEHPERCAYAAN KEPADA PAKATAN PEMBANGKANG MEMEGANG STRUKTUR SISTEM KENEGARAAN INI...!!!
DEMOKRASI ADALAH PERTANDINGAN KEPADA ANGKA...!!! SIAPA BANYAK... DIALAH YG MENANG...!!! TIADA ISTILAH NAIB JUARA...!!!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!