Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, April 25, 2013

GEMPARRR..!!! PUAK WAHABI TU KUTUK AZIZAN RAZAK KAW-KAW PUNYAAA..!!!

Ustaz Azizan dengan Najib memang kamceng... Tu pun puak "wahabi" tu nak marah?
Apa yang puak-puak "Wahabi" tu tak kata kat Ustaz Azizan Razak? Macam-macam depa kutuk! "Berjalan tiga silinder"..."orang tua b*bi" laaa.."bila nak mampoih" laaa... macam-macam yang depa dah kata...

Dan apa yang puak-puak tu tak buat kat Azizan? Macam-macam yang depa dah buat. Depa buat konspirasi la... depa pergi ke PAS Pusat mengacum (mengadu) pasal Ustaz Azizan la... depa sabotaj program dia laa.. sampai program Hari Raya pun depa tak mau pi rumah diaaa..!!!

Tu diaaa..!!! Hangpa ingat aku tipu? Choiiii..!!! Hangpa pi la tanya golongan "atas pagar" PAS kat Kedah ni. Depa boleh cerita kat hangpa... Depa rajin cerita, emel dan bagitau aku pasal semua ni. Terus terang, sebagai seorang Islam, aku kesian kat Ustaz Azizan...



Aku ingat lagi masa Ustaz Azizan agak tenat, sakit dan terpaksa dikejarkan ke IJN. Masa tu drebar dia yang jadi "informer" pada puak-puak Wahabi tu la yang bagitau kat depa tentang keadaan Ustaz Azizan. Depa bukan nak pi ziarah pun! Siap ketawa sakan dan mintak dia mati cepat!

Paling memalukan, depa dah standby nak jadi MB Kedah dah time tu. Depa nak gulingkan Azizan atas sebab kesihatan. Tu yang Ustaz Azizan balik tak rehat dan terus masuk opis tuuuuu... Kesian kat dia.. Sampai sekarang, Ustaz Azizan terpaksa buat treatment kat hospital tiap-tiap minggu...

Sebenarnya, Ustaz Azizan tau pasal gerakan yang nak jatuhkan dia ni. Dia pernah kata, "dari aku bagi Kedah ni kat puak-puak Wahabi tu, lebih baik aku bagi kat UMNO, bagi Kedah kat puak Wahabi tu habih hancoqqqq (hancur la tuu..) Kedah ni..".

Dalam pertimbangan aku, Ustaz Azizan ni adalah pemimpin PAS terbaik dalam PAS Kedah. Dia memang best sebab dia tahu bezakan antara politik dan tanggungjawab pada rakyat. Dia tak pilih bulu. Kalau salah, tak kira UMNO atau PAS, dua-dua dia tibai..!

Dia memang ada qualiti yang takdak pada mana-mana pemimpin PAS dalam Malaysia ni. Nak tahu kenapa? SEBAB USTAZ AZIZAN NI ASALNYA DARI SEBUAH KELUARGA YANG SOKONG UMNO..!!! Sebab tu dia ada semua qualiti tu...

Ustaz Azizan ni dulu memang sokong Kerajaan BN. Tapi taktau la pasal apa, dia agak radikal dan terpesong sikit masuk landasan PAS. Mungkin pasal cerita dulu-dulu di mana dia pernah "dicantas" dari menyertai UMNO.. Alaaaa... Ketua Cawangan UMNO kat kampung dia takut hilang pengaruh la tu kottttt...

Takpa la Ustaz... Sabar je la. Saya yakin, Allah SWT akan naikkan kebenaran dan jatuhkan kebatilan. Setahu saya, pekung di dalam PAS lebih busuk berbanding UMNO. UMNO ni ada pasang surut. Tapi bila dah kena "tsunami" hari tu, UMNO dah banyakkkk berubah ke arah positif...

Malangnya, lepas PAS menang di Kedah, PAS pulak yang berubah ke arah negatif! Macam-macam damage yang PAS dah buat di Kedah dan Ustaz Azizan kena cover semua "dosa-dosa PAS" tu. Yang kena kutuk pun dia la jugak walaupun puak-puak Wahabi tu yang punya "dosa"...

Apa pun kita tunggu 5 Mei ni. Aku nak tengok. Kedah jatuh ditangan PAS sebab PAS kuat atau disebabkan UMNO yang lemah. UMNO dah kembali gagah semula sekarang. 5 Mei ni kita berentap secara demokrasi... amacam? Setuju? Heh!

P/s: Cuba teka...siapa puak "Wahabi" tuuuu..? heh!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!