Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, April 17, 2013

GEMPARRR..!!! PAKATAN HARAM HILANG SELANGOR KERANA KHALID GAGAP..?!!

william-leong

Saya tak tahu dimana Bendahari PKR Selangor, William Leong meletakkan akalnya. Saya pasti dia ada otak. Tapi kalau ada otak sekalipun, belum tentu dia punya akal untuk berfikir secara waras, rasional atau adil seperti manusia lain.

Baru-baru ini William dalam kempen politiknya menggesa agar UMNO/BN berhenti menghentam Kerajaan Pakatan Haram Selangor dengan isu krisis air di negeri termaju itu. Gesaan William itu turut dilaporkan oleh laman propaganda Pakatan Haram Selangor, Selangorku.

William dalam kenyataannya mendakwa semua masalah air di Selangor adalah berpunca dari SYABAS dan BN cuba menutup kesalahan syarikat konsesi air tersebut. Itu hujah dangkal dari pengampu Khalid “Gagap”?


Nampaknya William sudah ketinggalan “keretapi”. Orang sudah lama tahu punca krisis air yang bakal melanda Selangor sejak tahun 2000 lagi, dia cuba nafikan hakikat itu. William pakar air dari universiti mana dan bila dia buat kajian mengenai industri air di Selangor?

Berkali-kali dijelaskan bahawa pakar-pakar industri air dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sudah mengkaji sejak krisis air 1998 di Selangor dulu dan menjangkakan malapetaka itu akan berulang sekali lagi pada tahun 2014. Siapa William untuk menafikan kajian pakar dan SPAN?

Jadi, hujah pertama William itu ternyata cetek dan dia mengeluarkan kenyataan tanpa melakukan sebarang “homework”. Lain kali kalau nak serbu orang, tolonglah pakai helmet. Kalau tak tahu fakta, tak payah gatal nak keluarkan kenyataan, boleh?

SYABAS terbukti cekap menguruskan air di Selangor. Khalid menyerang SYABAS kononnya syarikat itu gagal menguruskan kadar peratusan air tidak terawat (NRW). Padahal, sebelum Khalid menjajah Selangor dulu, SYABAS telah berjaya mengurangkan NRW dari 44% kepada 33%.

Setelah Khalid berjaya menipu rakyat dan menjajah Selangor pada tahun 2008, dia bekukan Capex SYABAS. Buktinya boleh diperoleh dari laporan audit syarikat konsesi berkenaan sejak tahun 2008 hingga kini.

Memang benar SYABAS patut kurangkan NRW pada kadar yang lebih rendah. Tapi kalau Khalid sabotaj dan bekukan modal SYABAS untuk beroperasi, macam mana syarikat itu nak buat kerja? Khalid nak suruh SYABAS bayar harga paip baru dengan daun kayu, kah?

Itupun dah cukup baik SYABAS berjaya mengekalkan paras NRW pada 33%. Kalaulah Khalid yang  bukan pakar mengendalikan operasi bekalan air, saya yakin bahawa paras tersebut akan meningkat ke paras yanng lebih teruk. Silap-silap boleh meningkat sehingga lebih 50% NRW..!

Terbaru, para penduduk di Pangsapuri Sri Penara, Bandar Tasik Permaisuri mengamuk kerana menghadapi masalah air. Kalau nak tahu, Bandar Tasik Permaisuri terletak di dalam Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakili oleh Ahli Parlimen “serba gagap”, Khalid Ibrahim.

Insiden itu merupakan kali kedua kawasan itu mengalami gangguan bekala air yang teruk. Kali pertama dulu, penduduk pansapuri itu menyalahkan SYABAS. Mungkin mereka ketika itu terpengaruh dengan propaganda Khalid yang menyalahkan syarikat konsesi tersebut.

Berbeza dengan kali pertama, penduduk pangsapuri berkenaan kali ini benar-benar marahkan Khalid! Mungkin mereka sudah “celik” dari terus “dibutakan” oleh Menteri Besar yang terlalu sebok dengan propaganda politiknya berbanding menyelesaikan masalah mereka.

Rakyat Selangor majoritinya sedar kini betapa Khalid dan Kerajaan Pakatan Haram Selangor telah lari dari tanggungjawab mereka untuk memastikan mereka menerima bekalan air bersih seperti dulu. Mereka sedar kini bahawa SYABAS tidak bersalah, dan yang salahnya ialah Khalid yang lari dari tanggungjawabnya!

Jadi, tidak hairanlah jika rakyat yang dizalimi Khalid itu mencabar Menteri Besar itu supaya turun ke tempat mereka dan beliakkan matanya supaya sedar betapa mereka yang mengundinya sebelum ini menderita kerana kegagalannya mentadbir Selangor dengan cekap.

Ingatlah Khalid dan konco-konconya, isu krisis air Selangor bukanlah tentang hal politik. Ia adalah tentang rakyat dan mengenai perihal sebuah kerajaan negeri yang tahu mentabdir dengan baik atau tidak. Ia soal tanggungjawab kerajaan sesebuah negeri dan ia bukan isu politik!

Sumber: Mykmu.net

3 comments:

1Kedah said...

Salam tuan,
Nak minta ehsan tuan tolong pautkan blog saya jika sudi...terimakasih.

http://1-kedah.blogspot.com

1Kedah said...

Salam tuan, nak mohon ehsan tuan untuk pautkan blog saya jika sudi...

http://1-kedah.blogspot.com

Tkasih banyak-banyak tuan.

Jom, kita ambil balik Kedah!

jijan mali said...

Tolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
Tolak semua calun-calun parti "Manifesto BUKAN Janji"!!!
Tolak semua calun-calun parti sokong kaum sesat LGBT!!!
Tolak semua calun-calun parti yang sangup nak gadaikan kalimah Allah SWT!!!

SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!