Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, April 12, 2013

GEMPARRR..!!! NAK TAHU CERITA BENDERA PAS HITAM DI KEDAH? MEH SINI AKU CERITAKAN...

Aku yakin, ramai rakyat Kedah dah tengok benda ni. Bersepah-sepah kat merata-rata cerok di seluruh Kedah. Bendera hitam PAS...dah tengok kan? Kat tepi jalan ada... kat UPU depa pun ada... kat tokong Cina dan kuil Hindu pun adaaaa...heh!

Ramai yang tanya aku tentang makna bendera hitam ni. Aku senyum jer. Bukan apa... saja nak tengok rentak puak-puak pencacai PAS yang "confident" sangat nak menang sekali agi kat Kedah ni..heh! 

Nak tahu erti bendera hitam PAS tu? Meh sini aku ceritakan...



Kalau hangpa nak tau, bendera hitam tu dicipta atas kata sepakat satu kumpulan yang ditubuhkan secara rahsia di dalam PAS Kedah. Geng ni merupakan "golongan pemberontak", "khawarij" yang tak puas hati dengan kepimpinan PAS Kedah sekarang ni...

Depa ni semuanya penyokong PAS tulen. Kalau depa marah kat PAS pun, depa takkan masuk UMNO punya. Depa cipta bendera hitam tu sebagai "signal" menunjukkan puak PAS di kawasan itu akan bagi "undi protes" kat PAS pada PRU ke-13 kali ni.

Kumpulan ni sebenarnya dah makin ramai. Mula-mula dulu dalam lingkungan 3,000 - 4,000 orang saja. Tapi makin berkembang sehingga dianggarkan berjumlah 20,000 dah sekarang ni di seluruh Kedah. 

Pada kumpulan protes PAS ni, depa berpendapat bahawa biarlah PAS takdak kuasa, biar kalah bertanding, biar PAS jatuh pun takpa...ASALKAN PAS KEMBALI KE PERJUANGAN ASAL PARTI...

Depa paling marah ialah bila PAS putuskan untuk bersahabat dengan DAP dan PKR. Depa kata, PAS boleh berdiri atas kaki sendiri dan kekuatan PAS adalah perjuangan yang tulen. 

Seperkara lagi yang paling depa marah ialah tindakan Azizan yang dikatakan "mengglobalkan" PAS Kedah sampai golongan ulama terpinggir dan merajuk...Patut pun ramai ulama PAS dah diam dan malas nak campur urusan parti tuuu....heh!

Kalau hangpa nampak bendera hitam PAS tu kat mana-mana UPU kat Kedah ni, maka itu tandanya UPU tu terlibat dengan gerakan undi protes kat PAS Kedah pada PRU ke-13 ni. Kalau kat kampung hangpa ada bendera hitam tu, maka faham-faham saja laaa...

Paling menarik, kat Sungai Limau, DUN yang diwakili Azizan Razak pun ada. Errr...sapa punya kerja tu? Geng Phahrolrazi ka? Hehehhehe...syyyyyhhhhhhhhh..!!! Jangan habaq kat orang tauuuu... Heh!

P/s: Kalau tanya puak PAS pasal bendera tu, aku yakin korang akan dapat jawapan "Versi PAS". Kononnya bendera tu untuk orang yang "buta warna" dan "kertas undi" kaler hitam putih... Kah! Kah! Kah..!!! Dah berpuluh tahun kertas undi kaler hitam putih...tapi takdak bendera PAS kaler hitam punnnn...!!! Puiiii...agak-agak la nak jawab punnnnn...heh!

2 comments:

Anonymous said...

Dorang ni dah mabuk pasal perjuangan asal PAS pun tak betul.

Golongan ulamak yang kecewa tak dapat tempat sebagai menteri misalnya telah keluar dari UMNO untuk menubuhkan PAS.

Kata Tunku dalam temuramah di TV yang ada di muat naik di Youtube bahawa selepas merdeka kita perlukan orang berpendidikan Inggeris dan Melayu untuk mentadbir Malaysia kerana negara kita baru lahir kita perlu pentadbir yang cekap dan ramai.

Gulungan kelulusan ugama kurang kemahiran dalam hal pentadbiran terkini pada masa itu melainkan mereka itu sama taraf dengan ulamak Islam zaman kemegahan Sepanyol.

Kata Tunku lebih kurang:" Kita perlukan gulunga pentadbiran pendidikan Inggeris dan Melayu bla bla bla... orang ugama tak boleh buat dan kita pun takkan sekadar nak berdoa banyak banyak. Doa sikit sikit sudah lah"

So kalau asal dah sesat.. sampai bila pun tak boleh betul lagi lagi kata nak kembali ke perjuangan asal. Kalau kata kembali ke perjuangan rasullullah ke Harun Al- Rasyid ke boleh tahan juga.

Anonymous said...

kat Peenang pun dah ada, apa plak jawapannya?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!