Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, April 18, 2013

GEMPARRR..!!! MKK PAS SOKONG UMNO DI KEDAH..!!! #PRU13

Tu diaaaa Pak Tammmm..!!!
Pada PRU ke-12 yang lalu, lelaki ini pernah mengepalai jentera PAS. Masa tu, dia berjaya membawa masuk seramai 54 orang penduduk kampung untuk memeluk agama PAS di Namek Tua, Sik, Kedah. Dia memang totok habis pada PAS..!

Masa tu, rumah dia memang HIJAU. Rumah dia jadi markas PAS paling meriah di seluruh Sik. Puak-puak PAS memang sayang kat dia masa tu. Hasilnya, lelaki ini telah dilantik sebagai MKK oleh Kerajaan PAS Kedah.

Sebagai MKK, dia begitu menyerlah memperkuatkan kubu PAS di Kampung Namek Tua. Dia minta dua buah khemah untuk kegunaan kenduri-kendara orang kampung, PAS Kedah tunaikan. Dia memang "anak emas" PAS Kedah...

Tapi tak sampai setahun, dia dicantas PAS Sik. Ramai puak-puak PAS di Sik yang takut dengan perjuangan lelaki ini telah bertindak "mencantas"nya. Akibatnya, lelaki ini berpatah arang dan mengisytiharkan diri masuk UMNO.

Kini, dia pejuang UMNO yang tegar. Cuba ke rumahnya di Kampung Namek Tua dan anda akan terkejut dengan keadaan rumahnya yang dah jadi macam tapak "funfair". Siap ada pintu gerbang besar, bendera gergasi dan penuh dengan bendera-bendera BN..!!! Biru sebiru-birunya!

"Funfair" BN di rumah Pak Tam..!!!
Menyertai UMNO, dia telah berjaya membawa masuk ratusan orang kampung untuk bersama-sama menyokong dan memperjuangkan UMNO. Memang "hardcore" lelaki ni...

Lelaki ini dikenali sebagai Pak Tam. Sebut saja nama Pak Tam, rakyat di DUN Belantek akan kenal dia. Nak tahu bagaimana dia terpikat dengan UMNO?

Katanya, dia sudah serik dengan sikap pura-pura PAS. Masa dia berjuang sebelum jadi MKK lagi dia sudah terhidu bau busuk dalam PAS. Tapi dia buat tak tahu saja. Lepas jadi MKK, lebih teruk bau bangkai di dalam PAS yang dia dapat hidu. Tak boleh pekup hidung dahhhh..!!!

Kampung Namek Tua....

Masa dia dalam PAS, dia selalu dihampiri ADUN Belantik, Tajudin. Katanya Tajuddin ni tak pernah ajak dia join UMNO. Tajuddin hanya bertanya khabar saja dan tanya kalau-kalau ada masalah.

Ada sekali dua dia "sindir" Tajuddin, tapi ADUN Belantik tu tetap jugak datang tegur dan salam dengannya. Lama-lama dia terfikir, pasal apa dia tak suka kat Tajuddin sedangkan pemimpin UMNO tu selalu bersikap baik kat dia...?

Pemimpin PAS nak cantas Pak Tam, tapi pemimpin UMNO baik je dengan dia. Sedangkan dia PAS totok! Dia malu! Dia malu! Katanya, PAS tak mencerminkan Islam yang sebenar. Terus dia keluar dari PAS serta merta...

Aksi panas yang buat PAS tak tahan..!!!
Perghhhh..!!! PAS jeles gila kat Pak Tam wehhhh..!!!
Lepas masuk UMNO, ada beberapa orang PAS datang ke rumah Pak Tam untuk pujuk dia balik. Tapi dia reject. Wakil PAS tu kata nak bawak Tok Guru untuk tazkirah Pak Tam untuk masuk PAS balik. Tapi sampai sekarang tak datang. 

Baru-baru ni ada puak PAS yang kata nak pacak bendera PAS depan rumah Pak Tam. Pak Tam tunggu dengan parang depan rumah dia sampai pukul 5 pagi. Tapi depa tak berani mai pun..!!! Heh! Cakap ja besaq...!!! Wakakaakakakakaaaa....!

Kalau berani mai la pacak bendera PAS depan rumah dia... Ada berani? Heh!
Bukan apa, Pak Tam dah sedia kitab untuk tazkirah Tok Guru tu! Heh!

Paling best, Pak Tam dan dua lagi rakannya sudah berniat, kalau diizinkan Allah SWT bahawa UMNO kembali menang di Kedah pada PRU ke-13 ini, mereka bertiga sepakat untuk membotakkan kepala masing-masing..!!! Heh!
Bantal BN...kreatif..!!!

10 comments:

BnTube said...

Assalamualaikum

Blog tuan telah saya pautkan dan harap tuan dapat paut blog saya iaitu http://www.bntube.tk

Jom semua pakat berkempen utk kejayaan besar Bn pada PRU13 ini

Sekian, terima kasih

Anonymous said...

apa apa sajalah pak tam....

Anonymous said...

pak tam mmg sempoi...

jijan mali said...

Tolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
Tolak semua calun-calun parti "Manifesto BUKAN Janji"!!!
Tolak semua calun-calun parti sokong kaum sesat LGBT!!!
Tolak semua calun-calun parti yang sangup nak gadaikan kalimah Allah SWT!!!

SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!

Anonymous said...

syukorrr....

demi agama, bangsa dan negara pru akan datang utk BN/UMNO

Anonymous said...

Tu dia.... depa ingat Pak Tam boleh buat pemain ka?...

Anonymous said...

Pak Tam tak takut ka "solat tak dapat pahala" pasai tak join Pas... Tok Garu yang Kata.....

skodeng said...

best lah pak tam ni.. teruja saya baca kisah dia. syabas pak tam.. dan sayang pak tam.

Anonymous said...

nak pi pekena kopi o umah Pak Tam ...

Anonymous said...

Pak tam punya pasai saya blik 5hb ni wslaupun jauh....hidup bn...jauhkan kaki jubor....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!