Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, April 14, 2013

GEMPARRR..!!! LEPAS CIKGU PA, GILIRAN NIZAR PULAAAA...???!!!

Belum pun pilihanraya bermula, “boneka” kegemaran Nga dan Ngeh, Nizar Jamaluddin menerima tamparan hebat apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengesahkan dia menyindir DYMM Sultan Johor melalui laman Twitternya.

Sebelum ini, Nizar yang tak mengaku salah, bermati-matian menegakkan benang yang basah, kononnya dia tidak berniat untuk menyindir DYMM Sultan Johor berhubung kenyataannya yang mempersoalkan kewajaran Baginda Tuanku membida nombor pendaftaran, WWW 1.

Puas dia mencanang ke merata pelosok dunia memberitahu dia tidak menyindir. Dalam kes saman Nizar terhadap TV3, dia mencadangkan supaya Hakim Mahkamah, Hakim Datin Yeoh Wee Siam mendengar cakapnya dan mahu kenyataannya itu ditafsirkan mengikut tafsirannya sendiri.


Gilakah? Siapa yang boleh tafsirkan otak Nizar? Siapa boleh meneka apa yang diperkatakan Nizar itu menepati apa yang dimaksudkan di dalam kepala otaknya?

Dalam tweet Nizar itu, dia membayangkan DYMM Sultan Johor menggunakan dana awam untuk membeli nombor pendaftaran tersebut. Sedangkan DYMM Sultan Johor terang-terang telah bertitah bahawa Baginda menggunakan wang sendiri untuk pembelian itu.

TV3 kemudiannya melaporkan kenyataan Nizar yang berniat jahat dan sindiran derhakanya itu kepada seluruh rakyat Malaysia. Salah, kah? Salahkah TV3 menyiarkan buruk laku seorang pemimpin yang kurang ajar dan biadap terhadap institusi DiRaja di negara ini?

Saya yakin, merah padam muka Nizar bila Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap TV3 itu. Benar tetap benar, salah tetap salah. Nizar boleh saman media, tapi belum tentu dia boleh menang, bukan?

Dan kini, terbukti Nizar menyindir dan bersikap kurang ajar pada DYMM Sultan Johor.

Teruk betul perangai Nizar. Saya masih ingat lagi kerenah buruk “boneka DAP” itu yang melakukan “sembah derhaka” terhadap DYMM Sultan Perak, sultan yang berkuasa memperkenan perlantikannya sebagai Menteri Besar itu dulu.

Selamba saja dia “sembah derhaka” seolah-olah mencabar pihak Istana Negeri Perak itu untuk tunduk padanya yang kemaruk mahu jawatan Menteri Besar dikembalikan padanya. Punyalah mahukan kuasa, bermesyuarat “kartun” di bawah pokok pun Nizar sanggup!

Kini Nizar dikatakan bakal bertanding di DUN Changkat Jering, melarikan diri dari rakyat Pasir Panjang yang sudah tahu prestasinya yang tidak turun padang dan tak tahu berkhidmat dengan baik untuk rakyat.

Katakanlah Nizar menang di DUN Changkat Jering dan Pakatan Haram menang pada PRU ke-13 kali ini, apakah Nizar sanggup mengadap ke bawah DYMM Sultan Perak lagi?

Sanggupkah Nizar menjawat jawatan Menteri Besar Perak sekali lagi setelah dia bertindak kurang ajar dan derhaka pada DYMM Sultan Perak yang berdaulat dan disanjungi seluruh rakyat negeri Perak itu?

Kalau saya, saya tidak sanggup. Tapi mungkin Nizar sanggup. Maklumlah, manusia yang spesisnya seperti Nizar ini memang “tebal kulitnya” dan “bermuka tembok”. Dia mana tahu malu?

Sudah tentu kita masih ingat perangai Nizar ketika mengangkat sumpah di Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang. Rasanya beruk di hutan lebih jauh beradab berbanding Nizar yang tidak tahu menghormati dewan.

Terpekik terlolong dia bagaikan ungka. Memalukan Dewan Rakyat dan mengaibkan seluruh rakyat Parlimen Bukit Gantang! Persoalannya, orang macam inikah yang layak memimpin rakyat Perak? Tafsirkan pendirian anda pada PRU ke-13 nanti.

Sumber: Perak Today

4 comments:

otaistillkick said...

Kita akan menghadapi pilihanraya kali ke 13 pada 5 Mei 2013. Adakah rakyat benar - benar faham hak dan kewajiban sebagai pemilih berdaftar. Kenapa kita membuat pilihanraya. Ini kerana setiap 5 tahun kita akan memilih wakil untuk mentadbir negara atau pun negeri. Yang penting hak rakyat sebagai pemilih harus kita ketahui.

http://relaxkedaikopi.blogspot.com/2013/04/perubahan-minda-di-pru-13.html

manjung said...

manusia macam tu memang muka tembok. mana nak rasa malu. Dia ingat saja yang hebat. Alhamdulillah PRU lepas aku tak undi dia pun.

Anonymous said...

kami akan ajak semua hantu, iblis dan syaitan turun undi Nizar. Nik Aziz memang disokong Syaitan, segala jenis syaitan dan dia sendiri mengaku....

Anonymous said...

Kan gua dah cakap, dari dulu lagi Parti2 pembangkang adalah pemimpin yang :
Kaki penipu, kaki pembohong, kaki kencing, kaki putar belit, kaki putar alam, kaki porno, kaki cina doll, kaki siam doll, kaki liwat, kaki betina, kaki urut, kaki pelacur, kaki rembat bini orang, kaki simpan pompuan, kaki hipokrit, kaki muka tebal, kaki muka tak malu, kaki muka selamba, kaki muka kering, kaki bermuka-muka, kaki tiada muka, kaki menyamar, kaki rasuah, kaki songlap duit derma rakyat, kaki ugut, kaki himpun, kaki merusuh, kaki provoksasi, kaki sara hidup dari dana Yahudi, kaki sokong keselamatan Israel, kaki pluralisme, kaki liberalisme, kaki sosialisme, kaki cauvanis, kaki rasist, kaki LGBT, kaki gila kuasa, kaki nepotisme, kaki kronisme, kaki fitnah, Kaki Tikam Belakang, kaki kafir mengkafir, kaki nyanyok, kaki kauseling kul 3 pagi, kaki jamban blowjob, kaki aiskrim, kaki durhaka pada ibu, kaki munafik, kaki hipokrit, kaki ampu, kaki bangga diri, kaki ujub, kaki takbur, kaki khawarij, kaki wahhabi, kaki muktazilah, kaki asobiyyah, kaki syiah, kaki maki, kaki pak turut, kaki angguk, kaki hamun, kaki sumbang mahram, kaki suruh murtad, dan akhir sekali kaki sokong Khalimah ALLAH di gunapakai oleh agama lain, dan entah ape-ape lagi kaki yang akan muncul selepas ini. Hang pikir lah sendiri. HARAM….HARAM…..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!