Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, April 20, 2013

GEMPARRR..!!! KHALID BERTAMBAH GAGAP LEPAS DIPUJI PENGAMPU ORANG KAYA..??!!!

khalid shuhaimi

Mungkin terdesak ingin membalas budi Khalid Ibrahim yang pernah menjadikannya sebagai “raja pasir” di Selangor selama lima tahun, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie terpaksa “membodek” Menteri Besar itu baru-baru ini.

Shuhaimi baru-baru ini memberitahu laman pembodek nombor satu Pakatan Haram Selangor, Keadilandaily.com, bahawa tidak ada seorang pun calon BN yang mampu menandingi “boss”nya itu pada PRU ke-13 ini.

Kononnya, “ketokohan” yang dimiliki Khalid itu langsung tidak dapat disaingi oleh mana-mana calon BN berdasarkan kehebatan Menteri Besar itu memerintah negeri Selangor.


Shuhaimi tak tahukah Khalid belum tentu lagi dilantik sebagai Menteri Besar? Dia bodek Khalid setinggi langit pun, belum tentu dia akan dapat bawa lari pasir berkoyan-koyan lagi selepas PRU ke-13 nanti…

Benarkah Khalid “hebat” dalam pentadbirannya atau kenyataan memuji Menteri Besar itu hanyalah sebagai salah satu “propa” yang cuba menyembunyikan seluruh kegagalannya mentadbir negeri termaju tersebut sehingga rakyatnya yang dizalimi bangkit marah padanya.

Mari kita lihat dari sudut yang lebih kecil, tentang kepimpinannya di peringkat DUN dan Parlimen yang diwakilinya, DUN Ijok dan Parlimen Bandar Baru Tun Razak.

Mengapa Khalid keluar dari Ijok? Dalam kenyataannya di Twitter yang dipercayai telah ditarik balik, Khalid ada menyebut rakyat di DUN tersebut sudah tidak suka padanya  dan dia akan berpindah untuk bertanding di DUN Pelabuhan Klang pada PRU kali ini.

Maklumat yang diperoleh dari rakyat Ijok menunjukkan mereka menolak Menteri Besar itu kerana dia langsung tidak turun padang untuk mengambil tahu tentang hal rakyat di situ, jauh sekali untuk pulang membuat kerja sebagai wakil rakyat yang mereka undi pada PRU yang lalu.

Khalid mendakwa yang dia tidak lari dari Ijok, malah perancangan untuk beliau bertanding di Pelabuhan Kelang adalah supaya Pakatan tidak hilang Pelabuhan Kelang.  “Superman Khalid to the rescue”lah pulak!!!

Baru-baru ini juga para penduduk di Pangsapuri Sri Penara yang terletak di dalam Parlimen Bandar Tun Razak mengamuk marahkan Khalid yang tidak peduli dengan masalah gangguan air yang menyusahkan mereka.

Kata mereka, Khalid tidak pernah datang membela mereka meskipun sudah dua kali mengalami gangguan bekalan air yang teruk. Begitukah cara Khalid menjaga kedua kawasan yang diwakilinya?

Pelik betul cara Khalid berkhidmat untuk rakyat, bukan?  Yang ini pulak tak nak di“rescue”, jangan nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendung memang dah keciciran!

Kalau di kawasan yang lebih mikro pun Khalid gagal bekerja untuk memastikan kesejahteraan rakyat, apatah lagi di sebuah negeri termaju yang memerlukan seorang pemimpin yang berinovatif, kreatif dan ikhlas dalam menjaga kebajikan rakyat. Lebih gagallah jadinya!

Tak payah jauh-jauh, kita ambil satu contoh mengenai cara Khalid kendalikan masalah krisis air di negeri itu. Bukan apa, rakyat merungut dan krisis tersebut merupakan contoh terbaik untuk membuktikan “ketokohan” Khalid sebagai Menteri Besar…

Perkara pertama yang dibuat oleh Khalid tentang industri air selepas menjajah Selangor ialah melarang pembinaan loji rawatan air, Langat 2 dan penyaluran sumberair mentah baru dari Pahang. Padahal, dia dan kerajaan pimpinannya tidak perlu keluarkan satu sen pun untuk projek itu.

Keduanya, Khalid menyekat permohonan modal tambahan syarikat air Selangor, SYABAS, dengan alasan syarikat konsesi itu tidak cekap mengendalikan bekalan air di negeri pimpinannya.

Padahal, SYABAS berjaya mengurangkan kadar air tidak terawat dari 42% kepada 33% sebelum Khalid mentadbir Selangor. Selepas ditekan dan disekat modalnya, SYABAS masih mampu mengekalkan tahap 33% NRW itu meskipun dalam kepayahan serta “diserang” setiap waktu.

Apabila rakyat berteriak tidak dapat air di kediaman mereka, mula Khalid pening nak cari sumber air baru dengan merancang pelbagai cadangan untuk menangani masalah tersebut.

Peliknya, Khalid hanya merancang kaedah sahaja, tapi sampai sekarang tiada sebarang tindakan yang dilakukan untuk selesaikan masalah rakyat itu. “Air liur politik” saja yang lebih, tapi tiada sebarang perlaksanaan pun sehingga DUN Selangor dibubarkan. Padanlah rakyat marah padanya!

Kini Khalid tiada kuasa dan mungkin tiada kuasa sebagai Menteri Besar lagi selepas PRU ke-13 ini. Hutang krisis air di Selangor masih lagi belum diselesaikan oleh Khalid. Tapi dia masih tidak malu meminta rakyat di Selangor memberi undi padanya? “Muka tembok” betul, kan?

Inikah seorang Menteri Besar yang dikatakan “paling hebat” dari Pakatan Haram untuk rakyat Selangor?

Dia gagal di DUN Ijok dan Parlimen Bandar Tun Razak. Khalid terang-terang merupakan Menteri Besar paling gagal dalam sejarah negeri Selangor. Tapi Shuhaimi puji “ketokohan” Khalid. Simpan saja “ketokohan” itu dalam peti dan buang saja dalam laut. Rakyat Selangor tak hingin pun…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!