Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, April 29, 2013

GEMPARRR..!!! HADI MENGAKU "PENING KEPALA" KERANA STOPPA ALI..???!!!

Di Kuala Kangsar baru-baru ni, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang silap besar apabila menyentuh isu “arak” sebagai modal untuk menyerang kepimpinan dan dasar Kerajaan BN di negara ini menerusi satu sesi ceramah politiknya.

Hadi mendakwa, dia pening apabila UMNO mengatakan bahawa penjualan arak yang berlesen itu “halal”, manakala penjualan minuman keras yang dijalankan tanpa lesen adalah “haram”. Dia “pening” dengan dasar itu…

Presiden PAS itu berhujah, PAS mengatakan bahawa arak dan judi itu haram. Katanya DAP pula menganggap arak dan judi itu halal. Hadi mendakwa, DAP menghormati pendirian PAS itu…


Sebenarnya, saya sangat hairan mengapa Hadi “pening” dengan dasar kerajaan BN yang memperjelaskan tentang penjualan arak di negara ini. Susah sangatkah nak faham dasar itu? Atau Hadi terlalu dungu untuk memahami dasar tersebut?

Sebagaimana maklum, kita tahu bahawa mana-mana pihak yang mahu menjual arak, mestilah memohon lesen dan mendapat kelulusan dari pihak berkuasa. Itu dari sudut undang-undang dan ia dilaksanakan secara menyeluruh kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa atau agama.

Jadi, sekiranya aktiviti penjualan arak itu dilakukan tanpa lesen, maka ia dianggap salah dari sudut perundangan dan tindakan mengikut lunas undang-undang boleh diambil terhadap pihak tersebut. Sebarang aktiviti tidak berlesen, maka ia dianggap sebagai aktiviti haram.

Contohnya, penjualan VCD haram. Aktiviti menjual VCD cetak rompak itu jelas tidak berlesen dan melanggar undang-undang, sebab itu ia dipanggil penjualan VCD haram. Tapi tengok VCD tidak haram dari sudut agama Islam, kecuali yang mengandungi kelucahan…

Dalam ertikata lain, pendirian kerajaan BN tentang arak itu jelas menunjukkan ia merujuk kepada sudut undang-undang dan penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan.

Rasanya tidak perlu diterangkan sama ada arak itu haram atau halal dari sudut Islam. Ada sesiapa dari kalangan umat Islam yang tak tahu hukum arak atau minuman keras?

UMNO tahu arak itu haram dari sudut hukum. Tak perlu diterangkan. Tapi kena adillah pada golongan bukan Islam yang menganggap arak itu halal, bukan?

Sepatutnya isu arak tidak lagi menjadi isu pada PRU ke-13 ini. Tapi memandangkan Hadi pening, maka terpaksalah dia diberikan “panadol” sebiji dua untuk hilangkan “pening”nya itu. Macam mana nak jadi PM kalau nak faham dasar tentang arak pun pening?

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang arak, rasanya Hadi boleh merujuk pada Menteri Besar Kelantan, Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat yang melulus dan menyambung lesen penjualan arak di negeri Serambi Mekah itu.

Saya tahu bahawa kerajaan negeri yang menjadi milik Tok Guru PAS itu tidak membenarkan arak dijual di hotel, pasaraya dan kedai runcit biasa di Kelantan. Tapi, kenapa dia beri lesen penjualan arak di premis-premis tertentu?

Hadi perlu tanya Nik Aziz, apakah Mursyidul Am PAS itu menghalalkan arak dengan pemberian lesen-lesen itu? Malah pernah dilaporkan bahawa Nik Aziz sedia mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen-lesen baru bagi pihak yang berminat menjual arak di negeri pimpinannya itu.

Peliknya, Nik Aziz mengharamkan arak dijual di kedai runcit biasa. Tapi macam mana pula dengan kegiatan-kegiatan judi begitu berleluasa di kedai-kedai runcit, restoran dan premis-premis tertentu di Kelantan? Sudahlah judi itu haram disisi Islam, aktivitinya pun dijalankan secara haram! Berapa punya haram jadah laaaa..

Kalau Nik Aziz dan Hadi pening untuk menjawab persoalan itu, rasanya dia boleh bertanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau lebih arif dan saya yakin Najib takkan pening untuk jawab soalan sebegitu mudah.

Patutnya Hadi rasa malu untuk menyentuh isu “arak” pada PRU ke-13 kali ini. Bukan apa, saya malas nak ungkit kejadian yang berlaku ketika Datuk Dr. Hasan Ali menjadi Exco Kerajaan Selangor dulu. Nak saya sebut di sini, kah? Tak payahlah rasanya, nanti Hadi lagi pening nak menahan malu, kan?

Cuma saya nak tanya sikit. Dulu PAS kata nak bakar, nak runtuhkan dan nak bom kilang arak di tepi Lebuhraya Persekutuan itu sebelum ayam berkokok. Pakatan Haram sudah menang dan memerintah Selangor selama lima tahun. Bila nak bakar kilang arak itu? Jangan beri alasan “pening”, sila jawab!

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Baru satu bab. Dah poning. Ni belum jadi PM lagi.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!