Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, April 14, 2013

EKSKLUSIF..!!! TUN M GEGAR MAT SABU DI PENDANG..!!!

Dah lama aku tak jumpa Tun M secara "live". Sebelum ni ada jugak la sembang sikit-sikit dengan dia. Tapi tu masa aku kat KL, atas jemputan myKMU.net. Terlalu rindu sangat kat ayahanda aku ni. So semalam aku ikut beliau sehariannnn....

Dari pagi lagi, lepas sarapan, aku gerak ke Pendang. Masa aku sampai, crowd dah penuh. Orang UMNO kata dalam 8,000 orang, orang PAS kata dalam 1,000 saja (biasa la PAS, kan?). Tapi aku anggarkan lebih dari 7,000 sebagai berlaku adil...

Pedas betul Tun M balun Mat Sabu. Khabarnya Mat Sabu nak bertanding di Parlimen Pendang. Kata Tun M, Mat Sabu tu bukannya nak perjuang Islam, dia nak perjuangkan diri nak jadi YB..nak jadi wakil rakyat supaya ada kerja. 


Betul la tu. Kalau tak jadi YB, maka dia jadi penganggur laa...camana nak sara 2 orang Normah tu, kan?

Mat Sabu dan PAS ni memang tak boleh pakai. Kalau betul depa nak perjuang Islam, perkara pertama yang depa akan buat dah tentulah menyatu padukan umat Islam di Malaysia. 

Contohnya, tindakan pertama ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah dulu adalah satukan Muhajirin dan Ansar. Lepas umat Islam bersatu, barulah Baginda SAW kukuh dan kembangkan Islam ke seluruh dunia... Tu dia caranya. Ada PAS buat? Heh! Harammmmm...

Lepas tu, Tun M balun pulak kesetiaan PAS pada DAP yang terang-terang tolak Islam. Tapi UMNO yang dah lama mengimarahkan Islam ni depa kafirkan! Patut ke macam tu? Islam ajar macam tu ke?

Paling menarik, Tun M kecam Pok Nik Ajis. Tun M tak kutuk, beliau kritik! Tun M kata, 90% Melayu di Kelantan sokong PAS selama lebih 22 tahun dan negeri tu kononnya ditadbir oleh seorang "ulama"...

Tapi Tun M tanya...berapa ramai golongan bukan Islam yang dah Pok Nik telah Islamkan? Kot ada pun sorang dua saja. Berbanding dengan Allahyarham Tunku Abdul Rahman, bekas Presiden UMNO tu dah Islamkan beribu-ribu orang melalui penubuhan PERKIM. PAS tubuh apa? Unit Amal kaki pukul?

Lebih pedas, Tun M tanya Nik Aziz, berapa ramai pemimpin DAP yang dia dah Islamkan? Dulu, Tunku Abdul Rahman pernah Islamkan ramai tokoh-tokoh kaum Cina. Bukan secara individu, habis dengan family-family depa pun masuk Islam... Pok Nik ada?

Memang best semalam kat Pendang. Rugi hangpa tak pi. Heh! Malam ni khabarnya di Pokok Sena. Kita tengok apa pulak yang Tun M nak balun. Aku rasa, lepas ni Mahfuz "Bean" pulak kena tarukkkkkkkk..!!! Heh!

P/s: Lepas program kat Pendang, aku ikut Tun M ke majlis tertutup pulak... nanti aku ceritakan...

3 comments:

Anonymous said...

tuan, tolonglah update blog selalu. Bagi kami yg tiada ksempatan mengikuti Tun M, kami amat hargai tulisan tuan. Terima kasih.
Orang Kedah.

Anonymous said...

ayahanda still the best! carry on with the story. I followww...

Anonymous said...

Your title carries a lot of meaning,as if something is going to happen to our beloved TUN.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!