Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, April 29, 2013

EKSKLUSIF..!!! PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI KEDAH JALAN KAKI..!!!

Sebab tiba lewat...member aku miss beberapa shot.. tapi dia terjumpa Tok Bashah di tengah jalan... heheeee..
Memandangkan aku tak sempat nak ikut Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah untuk turun padang semalam, aku mintak tolong member aku untuk follow Dato' Paduka Ahmad Bashah. Aku busy sikit semalam dan aku terpaksa serah kamera cap ayam aku kat seorang member..adeh...

Semalam, Tok Bashah turun di Kg Seberang Terus dan Teluk Yan. Kalau korang nak tahu, Tok Bashah ada banyak nostalgia yang dikisahkan sepanjang kariernya sebagai ahli politik di Kedah...

Berikut adalah beberapa keping gambar yang member aku kirim kat aku masa dia ikut Tok Bashah semalam. Aku yakin, ada la yang nak beri komen mengusik nanti tuuu...heh! 



Dia pun terus ikut Tok Bashah di Seberang Terus...

Brader ni mungkin teruja.. sanggup berhenti sebab nak salam dengan Tok Bashah...heheee...

Lepak sat dengan warga emas kat bawah pokok ceri...
Teruskan lawatan dari rumah ke rumah... jalan kaki wehhh...Tok Bashah dah biasa...

Melawat rumah salah seorang warga emas tertua di Seberang Terus...

Tok ni namanya Robe'ah...umur 87 tahun.. sama umur dengan Tun M... tapi tak pernah miss undi BN...!!! Semoga Allah lanjutkan usia dan kurniakan kesihatan pada Tok Robe'ah...Aminnn...
Aku taktau apa motif member aku shot gambar ni... korang rasa, apa motif member aku snap gambar ni? Tapi dia kata rugi aku tak ikut dia semalam...adehhhh...

Lepas melawat dari rumah ke rumah, Tok Bashah singgah kejap kat warung tepi jalan... basahkan tekak... dia disambut meriah kata member aku... kenapa orang sambut Tok Bashah dengan meriah? Korang jawab sendiri...

Sempat lagi sembang rabung dengan pengundi di warung sebelum meneruskan lawatan ke Kg Teluk Yan pulak... kejap lagi aku cerita pasal Teluk Yan pulak... lagi best ceritanya member aku kata...

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!