Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, April 26, 2013

EKSKLUSIF..!!! MENGINTIP CALON BN DI PARLIMEN BALING..!!!

Tu diaaa...calon BN Parlimen Baling...heh! Tok Azeez la bebbbb..!!!
Semalam, aku menyelit-nyelit di celah-celah rombongan calon BN bagi Parlimen Baling, Datuk Azeez Rahim. Kebetulan aku ada di Baling, apa salahnya aku menyebokkan diri di celah-celah orang ramai tu, kan? Bukannya Datuk Azeez tahu pun... Heheheheee...

Aku kat Baling semalam atas urusan kerja. Aku jumpa kawan aku, kira orang kuat UMNO Baling jugak la dia ni. Kebetulan, kami terserempak dengan rombongan Datuk Azeez tu. Kami pun buat-buat tak tahu, follow je depa terussss...Heheheeee..

Ada la jugak pegawai dia yang tertanya-tanya "siapa aku" yang tiba-tiba muncul.. tapi aku selamba je laaa.. buat-buat tak tahu... heh!


Rupanya, Tok Azeez ni asalnya dari ahli UMNO cawangan Carok Sikin. Dia jadi Ketua Cawangan, lepas tu jadi Ketua Pemuda Bahagian dan kemudian jadi Ketua UMNO Bahagian. Dan sekarang ni BN yakin untuk mempertaruhkan Datuk Azeez sekali lagi sebagai Calon Parlimen Baling..

Kalau korang nak tahu, Datuk Azeez dapat undi majoriti dari peti undi di Carok Sikin, walaupun ahli UMNO kat situ sama banyak dengan ahli PAS. Nak tahu kenapa? Sebab ahli PAS kat situ pun undi Tok Azeez jugakkk..!!! Heh!

Masa aku lepak kat luar PDM Carok Sikin tu, ada sorang pakcik tu. Katanya dia orang PAS kat kampung tu. Tapi dia suka Tok Azeez. Bila aku tanya dia kenapa, dia kata Tok Azeez ni nampak je macam tu..tapi hati dia baik dan banyak tolong rakyat..! Heh!

Paling menarik, pakcik tu kata, Tok Azeez ni tolong  rakyat tanpa memilih parti. UMNO atau PAS, semua dia tolong. Ramai jugak la orang PAS kat Baling tu yang dah rasa budi baik dan bantuan yang diusahakan Tok Azeez ni... Ooooo.. Macam tu rupanya...

Pakcik tu datang dengan 2-3 orang kawannya. Bila rombongan Tok Azeez bergerak dari situ, baru dia angkat kaki balik rumah. 

Aku tanya member aku, betul ke apa yang pakcik tu cerita? Kawan aku kata dia tak tahu. Tapi sorang pakcik yang lalu tepi kami kata... "dia tu PAS totok tuu.." sambil tunjuk kat pakcik yang aku sembang tadi... tu diaaaa..!

Bersambung selepas ini....(aku ada kerja sikit...heh)...

1 comment:

Dayan Dayak said...

tolong sebarkan ini tuan..terima kasih

http://cerobohlagi.blogspot.com/2013/04/terkini-dan-gempar-lagi-islam-dikeji.html

Bila Kak Su Bersuara... Heh!