Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, April 22, 2013

EKSKLUSIF..!!! BUKAN KUIN SAJA, MAKTAB MAHMUD PUN JADI MANGSA PAS KEDAH..!!!

Antara pusat pengajian Islam tertua dan bersejarah di Kedah...
Aku ingat, KUIN adalah satu-satunya institusi pengajian Islam yang hampir jahanam dirosakkan PAS Kedah. Rupanya, ada sebuah lagi institusi pengajian Islam di Kedah yang hampir rosak akibat kerakusan penjual "agama" ni...

Aku terkejut menerima satu salinan laporan audit dalaman Maktab Mahmud termasuk cawangan- cawangannya baru-baru ni. Teruk betul laporan tu dan ia menyebabkan aku tertanya-tanya, apa dah jadi kat Maktab Mahmud? Dah jadi Maktab PAS Kedah kaaa???

Maktab Mahmud ni dulu memang famous sebagai sebuah sekolah agama kebanggaan rakyat Kedah. Bukan sedikit tokoh dan ulama yang dihasilkan dari sekolah tu. Ramai yang dah jadi pemimpin dan tokoh negara yang hebat...



Tapi tak sangka. Maahad tu dah jadi "sarang" politik PAS. Nak tahu kenapa? Pengetua-pengetua yang dilantik di Maktab Mahmud semuanya kroni-kroni PAS..!!!

Aku dengar, YB Nasir (PAS) letak isterinya jadi Pengetua Maktab Mahmud cawangan Pokok Sena dan sekarang ni dia jadi Pengetua di Maktab Mahmud Alor Setar.

Lepas tu, calon PAS Alor Mengkudu, Ahmad Yahya, merangkap Ketua Pemuda PAS pulak letakkan isterinya jadi Pengetua Maktab Mahmud cawangan Sik.

Di Maktab Mahmud Baling, YB Nasir letak biras dia jadi Pengetua kat situ.

Dan di Maktab Mahmud Pendang, Pengetua yang dilantik disitu ialah AJK Dewan Pemuda PAS Kedah dan merupakan anak menakan (anak saudara) MB Kedah, Ustaz Azizan Razak..!

Bila dapat laporan audit tu, aku tanya la beberapa sumber dalaman Maktab Mahmud. Macam-macam isu yang diceritakan termasuklah tentang tabung amanah pelajar dan yuran asrama pelajar yang dipercayai diseleweng, skandal "ala-ala Cikgu Stoppa Ali" pun ada...?

Paling best, maklumat memberitahu bahawa pengusaha-pengusaha kantin di sekolah-sekolah Maktab Mahmud tu terpaksa bayar duit pada pihak ketiga! Bayar duit satu hal, duit tu untuk apa pun kita tak tahu. Tapi khabarnya kena bayar jugak kalau nak terus jadi pengusaha kantin kat situ. Tapi cerita ni semua takde la dalam laporan audit tu...

Berikut adalah laporan audit yang dihantar melalui emel kat aku tu. Korang baca sendiri...





10 comments:

Anonymous said...

itulah jangan hantar kat maktab mahmud ...takut di racuni...fikiran budak budak...dari kecil lagi

Anonymous said...

RATAH DUIT LAGI KUAT. LAGI TUNJUK ALIM LAGI RATAH KUAT. DUIT BUDAK2 PUN DEPA TELAN. PAS : Pediah Apa Saja.

Anonymous said...

Aku bekas budak maktab mahmud... Setahu aku sblum pas perintah kedah lg cikgu2 dan ustaz2 aku sokong pas..

Anonymous said...

apa masalah sbnrnya ni? contoh ex student mahaad. jamil khir dlu pon budak maktab mahmud. so nak ckp dy tu hasil didikan dri mktb mahmud y katanya tak membangun tu la? aku ex maktab mahmud. xdak msalah pon dgn yuran asrama apa smua. biasiswa maktab pon ada. apa lg y xcukup. result exam pon mantap2. student mktb di seluruh dunia. cg2 kami cukup berkebajikan. amar ma'ruf nahi mungkar. jgn sbb politik manusia ni bpecah belah.

Anonymous said...

sy guru di maktab mahmud.semua salahlaku ini berpunca dari pimpinan kerajaan tak kira pas atau umno yg langsung tak kisah apa yg pihak kcs dan lembaga lakukan terhadp kami. dlm hal ni exco pendidikan yg memainkan peranan pntg.kalau mcm Taulan yg tolol. institusi di maktab mahmud bakal merudum.harapan kami agar pengerusi pendidikan yg baru menunaikan manifesto mereka terhadap kebajikan guru maktab mahmud yg telah diabaikan oleh pimpinan pas dulu.sy ahli pas..sy sokong pas tapi dlm masa yg sama sy benci wakil rakyat yg sombong dan lupa diri..tunggu dan lihat...cam mana pulak exco pendidikan bn yg baru..pengajaran utk pas..pedoman berguna utk bn. bersama mengangkat martabat maktab mahmud

Cipo Da Bluz said...

aku bekas pelajar Maktab Mahmud. tahun aku didik di sini.

Aku bukan penyokong PAS, dan aku tak setuju banyak benda dengan PAS.
Bagitu juga dengan UMNO, bukan semua perkara aku setuju.

Maktab Mahmud,memang dah ramai tokoh Negarawan, Ulama, Profesional, Seni, dan pelbagai lagi lahir dari sini.

Maktab Mahmud banyak mencorak pemikiran kami.

Sewaktu aku belajar, memamng pengaruh politik ada, dan kami para pelajar terdedah seawal usia, dan ini mematangkan kami. Samada dari pihak PAS mahupun UMNO. Aku bersyukur begitu, kerana begini caranya kami matang dengan permainan politik.

TAPI, janganlah sehingga ia menggangu kelancaran pentadbiran dan pendidikan/Tarbiah Islamiah di Maktab Mahmud.

Berpolitik secara ala kadar, dan jangan perjudikan usaha Murni generasi terdahulu. Jangan jadikan Maktab Mahmud sebagai tempat meraih Laba Dunia.

Kebanyakan harta Maktab Mahmud adalah hasil Wakaf, Adakah kalian tidak takut diLAKNAT sepanjang hidup dunia yang sementara ini??

Anonymous said...

jgn cuba cerita bnda buruk tantang maktab mahmud,ia adalah sebuah sekolah atas tanah yg penuh berkat dr dahulu lg

Anonymous said...

Jangan sekali2 cuba kacau maktab mahmud.. atau kami ex2 maahadian akan turun padang.. kami sayang maktab mahmud.. lubuk ilmu yg penuh dgn keberkatan. Pusat pentarbiahan fizikal dan mental.. tanpa tarbiah maktab mahmud.. aku xkan berada di tempat aku skrg..

Anonymous said...

Aku pon ex-maktab mahmud jugak. Dan aku rasa sgt bertuah sebab berpeluang menimba ilmu di maahad. Suasana di maahad tak sama mcm sekolah2 lain. Kalau aku tak masuk maahad, aku rasa aku mgkin kekurangan dari segi ilmu agama. Aku memang sayang sekolah aku..dan jangan sbb politik, guru2 yg mengajar di maahad diperburukkan..sekian.

Anonymous said...

Maktabmahmudtodays/beritamaahadmahmud

Bila Kak Su Bersuara... Heh!