Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, April 6, 2013

DOSA NIZAR PUNCA KEJATUHAN PAS DI PERAK..!!!

Sedang saya “merayau-rayau” di laman Youtube, saya terjumpa dengan sebuah klip rakaman sidang DUN Perak yang memaparkan “wajah sebenar” PAS yang terkini, sebuah parti yang telah berubah dan berpusing 360 darjah dari tradisi asas perjuangannya.

Dalam klip tersebut, Nizar Jamaluddin yang masih lagi berjawatan Menteri Besar telah ditanya oleh Ketua Pembangkang DUN Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli tentang pendirian PAS yang menghapuskan perjuangan menubuhkan negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud.

“Baldatun thoyyibah, wa rabbun ghafur” tidak lekang dari mulut PAS setiap kali berceramah sejak mula ia ditubuhkan kira-kira 62 tahun dulu. Malah perlaksanaan hukum hudud dicanang pada setiap kali berlaku pilihanraya di negara ini, kecuali pada PRU ke-12 yang lalu.


Tergamam dengan soalan “maut” dari ADUN BN itu, Nizar tanpa berfikir panjang menjawab bahawa tidak ada sebarang perjuangan di dalam perlembagaan PAS yang menunjukkan parti itu mahu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud.

Itulah jawapan dari seorang Menteri Besar PAS ketika itu. Tergamak dia melakukan khianat terhadap perjuangan membina sebuah negara Islam dan hukum Allah? Saya yakin, bermula dari situlah puncanya Nizar jatuh dari kuasa yang diberikan Allah padanya di Perak.


Kerana dosa Nizar itu, saya yakin ia menjadi titik tolak kejatuhan kuasa PAS di Perak. Mungkin itu adalah balasan dan bala dari Allah SWT pada hambaNya yang munafik dan mengkhianati Islam. Siapa tahu, bukan?

Dulu, PAS pernah menghukum UMNO sebagai mungkar kerana meluluskan dan membina rumah-rumah ibadat agama lain seperti kuil, tokong dan gereja. PAS tuduh UMNO sebagai kafir dan “thoghut”.

Tapi apabila bersahabat dengan DAP dan PKR, PAS lupa pada tohmahan tersebut dan membina rumah-rumah ibadat tersebut termasuk memberikan tanah. Tak malukah PAS “menjilat kembali kahak yang mereka ludah” sebelum ini?

Saya sebenarnya tersentuh dengan jawapan Nizar yang jelas angkuh dan berpusing 360 darjah dari perjuangan asal PAS selama ini. Sejak zaman berzaman PAS memperjuangkan penubuhan negara Islam dan melaksanakan hudud, tiba-tiba mereka berubah!

Mengapa jadi begitu? Mengapa mereka ubah perjuangan murni yang diperjuangkan mereka selama ini? Apakah kerana demi DAP dan PKR?

Sampai hati Nizar mengkhianati perjuangan tok-tok guru PAS yang selama ini bermati-matian berjuang demi menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud.

Saya masih ingat lagi peristiwa Memali yang mengorbankan Allahyarham Ibrahim Libya dan beberapa pengikut tegarnya. Mereka adalah antara penyokong PAS yang taksub dengan perjuangan parti itu untuk menubuhkan negara Islam dan hudud.

Akibat terlalu taksub dengan perjuangan PAS itu, mereka sanggup angkat senjata, menyerang dan membunuh anggota polis yang datang untuk mententeramkan keadaan. Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya itu telah terkorban ekoran serangan balas dari pihak berkuasa setelah mereka enggan menyerah diri.

Persoalannya, Ibrahim Libya dan pengikutnya mati kerana perjuangan menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud. Tapi Nizar yang baru saja dapat kuasa tak sampai setahun, selamba menafikan perjuangan itu dan sekaligus menghina perjuangan mangsa-mangsa Memali itu.

Ibrahim Libya dan para pengikutnya adalah di antara mangsa penipuan PAS yang sangat jelas. 

Kerana tertipu dengan perjuangan yang tidak ada di dalam perlembagaan PAS, mereka terkorban sia-sia. Malah kemudiannya PAS selamba “merompak” Tabung Memali yang dikutip untuk balu-balu dan anak-anak yatim mangsa tragedi tersebut..

Begitulah “wajah sebenar” PAS kini. PAS “baru” yang jelas sangat berbeza dari PAS yang “lama”. PAS dulu bertopengkan “ulama”, tapi PAS “baru” bertopengkan “syaitan” yang bernama DAP dan PKR.

Mujurlah UMNO dan BN sudah menubuhkan negara Islam yang kini diiktiraf menjadi negara Islam contoh oleh negara-negara Islam di seluruh dunia. Kalau nak harapkan PAS, bukan saja sanggup kelentong kita, pengikut mereka sendiri pun mereka sanggup auta…

Sumber: Perak Today

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!