Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, April 1, 2013

DEDAH SIRI I: BUKU PENIPUAN PAS KEDAH TANPA ETIKA ISLAM..!!!



Saya percaya, buku Sayangi Kedah sudah bertaburan di seluruh Kedah. Buku tersebut dikarang oleh Urusetia Penerangan PAS Kedah yang kononnya menceritakan tentang “kejayaan” PAS Kedah sepanjang lima tahun mereka menjajah bumi Jelapang Padi itu.

Baru saja meneliti muka surat pertama kandungan buku tersebut, saya sudah dapat menghidu bau busuk bagaikan bangkai yang menceritakan tentang urus tadbir yang dikatakan “beramanah” itu. Mujur saya tidak termuntah!

Bercakap tentang amanah, Kerajaan PAS Kedah telah menubuhkan Tabung Tunku Mahmud yang kononnya bertujuan untuk membantu rakyat ketika dilanda bencana, membasmi kemiskinan rakyat dan urusan pendidikan.


Bila bercakap tentang bencana, saya teringat “kemurkaan” Menteri Besar, Azizan Razak, yang dikatakan tidak membantu rakyat Kedah ketika dilanda banjir besar kira-kira 2 tahun lalu. Marah betul dia bila dikatakan Kerajaan PAS Kedah tidak membantu rakyat.

Memang betul pun Kerajaan PAS Kedah tidak membantu. Yang mereka bantu hanyalah rakyat Kedah yang menyokong PAS saja. Mana-mana rakyat yang tidak menyokong mereka tidak menerima bantuan pun! Rakyat sendiri yang cerita begitu, kenapa Azizan nak marah pula, kan?

Bila bercakap tentang “tabung” yang dikelola PAS Kedah, saya yakin ramai di kalangan kita yang terbayang tentang “Tabung Memali”. Tabung tersebut dikendalikan oleh PAS Kedah dan apakah yang terjadi pada tabung itu? 

Nak tahu? Dapatkan maklumat dari pemegang amanah Tabung Memali, Cikgu Non, yang kini aktif mengelilingi Kedah mendedahkan penyelewengan dan kepincangan tabung itu. Dia lebih tahu kerana dialah yang perjuangkan hak balu-balu dan anak-anak Yatim tragedi Memali dulu!

Itupun saya masih lagi belum mendedahkan tentang beberapa amanah rakyat Kedah yang hampir hancur “dikerjakan” puak-puak PAS yang lahap berhubung Kolej Universiti Insaniah (KUIN), balak di hutan simpan kekal negeri Kedah dan banyak lagi “kerja-kerja bodoh” yang PAS lakukan.

Urusetia Penerangan PAS Kedah memang betul-betul muka tak malu untuk bercakap tentang “tabung” dan “amanah” di muka surat yang paling hadapan sekali? Nampak sangat menipu dan besar sekali daya bohongnya di dalam buku itu...

Makin loya dengan kandungan buku “sampah” itu, saya menyelak beberapa halaman di tengah dan merancang untuk membacanya ketika membuang air besar saja nanti.

Tapi terpandang pula sebuah carta yang memberitahu bahawa Kerajaan PAS Kedah telah berjaya membina 12 buah masjid di sepanjang pemerintahan mereka selama 5 tahun.


Selidik punya selidik, saya dapati bahawa 11 buah masjid tersebut telah dibina oleh Kerajaan Pusat melalui peruntukan yang diberikan kepada Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri!

Manakala sebuah lagi masjid yang tertera di buku itu dibina hasil kutipan derma dari rakyat, dan bukannya dana dari Kerajaan PAS Kedah pun! Perkara ini telah pun disahkan oleh Pengarah ICU Kedah, Datuk Azmi Lateh baru-baru ini.


Dengan muka tak malu, ketua Urusetia PAS Kedah, Zulkifli Yahya mengaku ia dibina oleh Kerajaan Pusat ketika PAS memerintah Kedah. Dia memberi alasan bahawa buku itu hanya menceritakan apa yang terbina dan bukannya yang “dibina” oleh PAS Kedah. Kononnya...

Nampak sangat Ketua Editor buku itu seorang pembelit besar! Putar alam tak sudah-sudah! Putar belit yang cuba membelit rakyat Kedah untuk memberikan undi pada PAS sekali lagi untuk menjahanamkan Kedah? Begitu?

Kalau Zulkifli benar-benar ikhlas dan “buat kerja cara Islam” dalam penerbitan buku itu, dia sepatutnya menjelaskan bahawa Kerajaan Pusat telah membina 12 masjid di Kedah di sepanjang pemerintahan PAS di Kedah. 

Kredit penuh perlu diberikan kepada Kerajaan Pusatlah. Barulah makalah itu boleh diiktiraf sebagai berintergriti, jujur dan beretika! Macam inikah rupa perangai puak-puak PAS? Islam suruh umatnya berperangai buruk macam itu, kah?

Saya akan mendedahkan lagi tentang buku penipuan PAS Kedah yang diterbitkan khas untuk menghadapi PRU ke-13 ini secara bersiri. Segala pembohongan dan penipuan mereka perlu didedahkan demi memastikan rakyat Kedah tidak lagi tertipu sekali lagi, insyaAllah!

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

kuchinghutan said...

Ni mesti kerja UMNO/BN buat masjid sampai 12 buah di seluruh kedah sejak tahun 2008...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!