Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, April 13, 2013

AMARAN KERAS PADA PIHAK YANG CUBA SABOTAJ BN PADA #PRU13 DI KEDAH..!!!


Aku tertarik dengan nukilan rakan blogger, Merbok Times, yang memberi amaran keras terhadap mana-mana pihak dalam UMNO yang cuba melakukan sabotaj terhadap UMNO pada PRU ke-13 kali ni. Syabas bro...

Setahu aku sebagai antara blogger terawal di Kedah, Merbok Times sering menimbulkan cerita-cerita panas yang mengkritik beberapa pemimpin UMNO sebelum ini.Tapi tulisannya itu menurut kaca mata pemilik blog itu laaa..

Tapi kali ni aku puji sikap Merbok Times. Undi demi parti, bukan calon. Kalau nak fikir soal calon, kita tunggu selepas PRU ke-13 sebab lepas tu ada pemilihan agung UMNO, kan? 



Menyahut gesaan rakan blogger aku tu, aku beri amaran keras pada mana-mana pihak dalam UMNO yang cuba sabotaj UMNO pada PRU kali ni. Ingat, Duke sebenarnya ramai dan Duke boleh berada di mana-mana saja tanpa anda sedar atau kenali...

Kalau kami dapat tahu ada yang sabotaj, siap laaa...heh! Bukan nak ugut, tapi pengkhianat UMNO perlu diajar supaya hormati perjuangan demi Islam, Bangsa dan Tanahair... Kami blogger bukannya bertanding jadi calon pun, tapi kami berjuang demi perjuangan UMNO tu walau berdepan bahaya...

Kalau nama tak naik, atau lekat jadi calon, jangan la sedih sangat. Sedih dalam 24 jam sudah la. Best sangat ke jadi calon? Dapat duit? Duit tu boleh bawak ke mati? Macam tu? Buat malu perjuangan UMNO je laaa...!!!

Kalau menang sebagai ADUN atau Ahli Parlimen pun, perlu diingat bahawa anda takkan senang duduk. Seluruh rakyat akan memerhatikan prestasi anda, termasuk DS Najib. Kalau buat tak kena, siap laaaa...heh!

Lagipun, berat amanahnya jadi pemimpin ni. Takut jugak tak lepas nak jawab dengan rakyat nanti. Itu belum lagi disoal bila masuk dalam kubur nanti, kan? Beringat-ingatlah bila bawa nama UMNO tu... Jawatan tu semua tak menjamin ke Syurga...

Dalam hal ni, aku salute Tok Bashah. Bukan mengampu. Tapi Tok Bashah dah declare, tak lekat jadi calon pun takpa. Dia dah 4 penggal jadi ADUN, dia tak kaya pun. Dok kat Taman Rakyat Mergong tu jugak, bukannya dia pindah beli istana pun...
"Ini pengakuan ikhlas saya. Yang penting kita jangan khianati parti dan pucuk pimpinan. Jika tidak terpilih, saya pasrah dan rela" - Tok Bashah
Aku nak tanya, berapa orang dikalangan pemimpin UMNO yang berani keluar kenyataan ikhlas macam Tok Bashah ni? Heh! 

1 comment:

Anonymous said...

AKAR UMBI TIDAK PERNAH SABOTAJ PARTI. PARTI YANG SABOTAJ AKAR UMBI.
KAMI TIDAK MAHU CALON PAYONG TERJUN.
KAMI TIDAK MAHU CALON BERMASALAH.
KAMI TIDAK MAHU CALON YANG TIDAK BEKERJA.
KAMI MAHU CALON KAMI, TEMPATAN, AKAR UMBI, BERKERJA UTK PARTI DAN MAMPU MENANG
akar umbi UMNO SP

Bila Kak Su Bersuara... Heh!