Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, April 8, 2013

AKU MUNGKIN TIADA DI KEDAH PADA #PRU13 KALI NI...

So sorry la aku tak dapat update blog sejak kebelakangan ni. Bukan apa, laptop aku masuk workshop. Terpaksa la aku berkejar ke cybercafe, pinjam laptop orang dan sebagainya bila gian nak menulis datang...

Tapi, masa terlalu terhad sekarang ni. Parlimen dah bubar. Mahu tak mahu, aku terpaksa desak member aku supaya repair cepat sikit laptop aku tu. Nak beli yang baru? Heh! Ingat aku ni blogger kaya raya kaaaa...? Heh!

Alhamdulillah, laptop aku dah "sihat" sekarang. Malam tadi dah settle. Tapi ada beberapa benda yang tak berapa lengkap kat lappy kesayangan aku ni. Tak mengapalah. Gunakan apa yang ada dulu. Ada rezeki nanti baru fikir cari yang baru...


Actually, aku tengah berbelah bagi. Aku diminta bertugas di luar Kedah pada PRU13 kali ni. Tak perlu la aku beritahu kat mana. Tapi tawaran bertugas tu memang sangat menarik untuk aku lepaskan...

Tapi, aku berbelah bagi. Jauh dalam hati aku, aku nak bertugas di Kedah. Aku nak pastikan Kedah kembali ke pangkuan BN. Kedah ni dah teruk dilanyak PAS Kedah. Dah nak lunyai dah aku tengok...

PAS Kedah melalui unit propaganda depa dok tabur cerita bohong kat blog dan portal depa. Sekarang ni makin aktif. Selain dok fitnah dan sebar cerita tak betul, depa memang pakar dalam urusan putar-memutar alam... rakyat Kedah dah pernah tertipu sekali pada tahun 2008 dulu...

Sekarang ni dengan modal yang sama, depa cuba menipu lagi. Kali ni lebih hebat. Mungkin sebab depa dah makin sedar bahawa depa tak boleh menang pada PRU13 kali ni. Nak menang macamana kalau asyik dok guna nama Islam untuk menipu? Allah tak redha punya....

Lagipun, sebagai blogger pro-UMNO di Kedah, aku rasa bertanggungjawab untuk bantu kemenangan UMNO di sini. Aku cuma nak membantu saja. Tapi aku yakin, kalau aku takdak pun kat Kedah masa PRU13 kali ni, aku rasa UMNO/BN boleh menang punyaaa....

Jadi, aku ni tak la penting sangat kat Kedah ni. Aku takdak pun, UMNO/BN boleh menang di Kedah. UMNO/BN dah makin kuat kat sini. Rakyat Kedah pun makin sokong BN. PAS pun dah huru-hara... aku yakin UMNO/BN Kedah boleh menang tanpa aku...

Lagipun, kawan-kawan blogger aku di Kedah ni masih ramai yang berjuang kat sini. Aku yakin kawan-kawan aku boleh pastikan kemenangan besar UMNO/BN di Kedah ni. Depa memang terbaik dan hebat-hebat belaka...

Sampai sekarang hati aku masih berbelah bagi. Nak pergi atau tidak. Apa pandangan korang? Kalau aku pergi pun, aku akan pastikan aku balik mengundi Tok Bashah pada hari mengundi nanti.. InsyaAllah...itupun kalau undi aku "laku" laaa...heh!

1 comment:

kluangman said...

perjuangan di mana sahaja...bukan pasal tok bashah..ini perjuangan parti bukan perjuangan individu, kata Tun.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!