Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, April 30, 2013

AKU MINTA MAAF... MAAFKANLAH AKU...#PRU13

Maafkan aku sebab aku tersalah faham mengenai DAP. Memang benar, aku tersilap. Dan kalian betul DAP memang sebuah parti yang sangat-sangat Islamik, mentauhidkan Allah SWT dan mengutamakan perjuangan Islam di negara kita ni...

Aku rasa, UMNO pun tak boleh lawan tahap Islam DAP ni... Bayangkan, DAP tu dah berpuluh-puluh tahun sejak merdeka lagi memperjuangkan Islam di Malaysia...

DAP la yang wajibkan Islam diberikan keistimewaan dan tak boleh dipersoalkan dalam perlembagaan. DAP lah yang menjamin kepentingan Islam dengan meletakkan agama Allah itu dibawah DYMM Yang DiPertuan Agung yang juga merupakan Pemerintah tertinggi ATM...



DAP begitu berjasa menubuhkan PERKIM, YADIM, JAKIM, Tabung Haji dan banyak lagi agensi-agensi kerajaan yang berjaya mendakwah, mengIslamkan puluhan ribu saudara baru, mengimarahkan dhaoqul Islamiyyah dan agama Allah itu bersemarak di  Malaysia..

DAP sangat-sangat berjasa pada Islam! Kit Siang dan Karpal misalnya dah bina berpuluh ribu masjid di seluruh negara. Benarkan azan dilaungkan kuat dari corong masjid dan surau. Malah DAP mewajibkan semua stesen TV menyiarkan Azan dan hadis ketika masuk waktu solat..Tengkiu DAP!

Selain itu, DAPlah yang mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah NEGARA ISLAM dan membangunkan agama Allah mengikut peredaran zaman sehingga negara kita ni diiktiraf dunia sebagai "NEGARA ISLAM CONTOH"..!!!

Sebenarnya, banyak lagi jasa-jasa DAP kat kita. Terlalu banyak sampai lenguh jari aku nak taip. Sebab tu la PAS SAYANG SANGAT KAT DAP tuuuuu..!

Jadi, aku mintak maaf la sebab pandang serong pada DAP selama ni. DAP semakin mantap lepas bersahabat dengan PAS. Malah DAP pun dan berjaya menarik ramai pemimpin PAS untuk jadi Islam seperti depa...

Sorry la nooo.... Heh!

P/s Jangan la marahhhh...aku puji DAP apaaaa... salah ke?

2 comments:

drfba said...

Duke, DAP (Dapat kat Aku, Punah hang)

Anonymous said...

Betul tu.. penyokong2 DAP dan PAS serta PKR pun semua baik-baik. Lebih kurang perangai malaikat lah. Dia orang semua insan terpilih. Tak pernah melakukan kesilapan dan kejahatan. Kalau ada perbuatan2 sabotaj bendera parti ke, atau yang tak elok tu semuanya bukan oleh orang dia..Orang2 pembangkang kan dijamin masuk syurga oleh pemegang kunci syurga PAS. Solat dia orang pun dapat banyak pahala tak macam solat orang UMNO. Kesian...kih...kih..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!