Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, April 15, 2013

14 GAMBAR EKSKLUSIF BERSAMA TUN M DI HOLIDAY VILLA, ALOR SETAR...!!!

Lepas selesai program Himpunan Rakyat bersama Tun M di Pendang, sedang Tun M, Tun Siti Hasmah dan para pemimpin BN makan tengahari di bawah khemah, aku bergegas ke Alor Setar. Tak sempat makan.. (selalunya aku lebih suka sampai awal...).

Lepak sekejap di lobby Holiday Villa sementara tunggu Tun M, aku bersembang dengan seorang rakan. Dia ada beritahu aku tentang satu rahsia mengenai Pendang. Tapi...biarlah PM atau Tok Bashah yang umum...kasi "thrill" sikit...suspen..!

Ayahanda Tun M tiba dengan Bonda Siti Hasmah. Sebuah program tertutup. Maksudnya, tertutup untuk awam. Majlis sepetang bersama Tun M ni dihadiri oleh bekas-bekas kakitangan awam dari seluruh Kedah...

Tun M berucap depan semua bekas penjawat awam. Semuanya dah pencen macam Tun M. Tapi yang bestnya, semuanya teguh berdiri di belakang Tun M. Kata depa, kami pun macam Tun M, beliau dah pencen dari jawatan, tapi takkan pencen dalam perjuangan selagi hayat dikandung badan!

Aku ada snap beberapa gambar. Tak berapa cantik pun gambarnya. Maklum laa...kamera cap ayam saja. Aku siarkan memandangkan ramai pulak yang mintak aku siarkan kat blog. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat aku rakam...



Tun M, Bonda Siti Hasmah, Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Paduka Bashah dan VVIP di meja utama...

Khusyu' dengar celoteh dan amanat dari Tun M...

Aku dok sembunyi kat tepi-tepi pasu bunga jaaa...

Negarawan ulung yang dihormati kawan dan lawan...di dalam dan diluar negara...
Kita tak rela Kedah dihancurkan sewenang-wenangnya oleh "depa"...

"Depa" bukannya nak perjuang Islam...depa nak jadi YB saja...bukan reti buat kerja pun...

"Depa" kafirkan saya..."depa" kafirkan lebih 3 juta orang Islam...ada "depa" Islamkan DAP?

Sapa "depa" yang nak kata solat kita tak dapat pahala?
Dok kat belakang pulak...hehehehee...

Kita perlu pastikan Kedah kembali ke pangkuan BN kalau tak mau negeri ni rosak..

Tun M dikerumuni bekas-bekas penjawat awam...mintak autograph..!!! Heh!
Lenguh tangan Tun M...heheheee...dulu sign surat sebagai PM..sekaran sign autograph pulak... Pok Nik ada? Heh!

Atas permintaan warga-warga bekas penjawat awam (kakak-kakak tu..) saya siarkan kat sini je la kak yer... Riuh mintak aku tangkap gambar depa...heheheheheee....
P/s: Tengkiu verimach pada seseorang yang benarkan aku join program ni...

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!