Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, March 13, 2013

TERKINI..!!! SUDAH 10 ORANG WIRA KITA GUGUR DI LAHAD DATU, SABAH..!!!

Dah 10 orang dah jumlah anggota pasukan keselamatan kita yang terkorban disebabkan insiden pencerobohan pengganas dari Filipina ni. Semuanya disebabkan Kiram! 

Kiram dok seronok kat rumah dia di Filipina. Dia hantar pengikut dia saja, termasuk Jeneral "Musa" yang disahkan berjaya ditembak mati semalam oleh pasukan keselamatan. Kiram tak berani turun Sabah ke?

Kat bawah ni ada gambar Jeneral "Musa" tu dengan sorang talibarut pengkhianat di Lahad Datu. Korang tengok sendiri...

EKSKLUSIF: Foto ‘Jeneral’ Musa Dan Seorang Petualang Pencerobohan Lahad Datu

KAMI baru memperoleh dua keping gambar yang dipercayai wajah sebenar pemimpin kanan pengganas militan Sulu, ‘Jeneral’ Musa dan sekeping gambar salah seorang tali barut yang terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Untuk pengetahuan anda, pasukan keselamatan telah mengeluarkan 23 mayat pengganas setakat ini di kawasan Kampung Tanjung Batu, salah sebuah kampung yang menyaksikan pertempuran sengit antara pasukan pengganas dan pasukan keselamatan.

Satu daripada 23 mayat itu telah disahkan Ketua Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib sebagai ‘Jeneral’ Musa yang mati dalam pertempuran di kampung berkenaan.

photo

Sekeping gambar lagi yang kami peroleh adalah wajah salah seorang tali barut yang dikatakan pernah bekerja membaiki rumah di sekitar kawasan berhampiran.

photo (1)

Dikatakan lelaki tersebut adalah antara mereka yang bertemu ‘Jeneral’ Musa sewaktu pasukan pengganas mula-mula mendarat di Kampung Tanduo, tidak jauh dari Kampung Tanjung Batu.

Namun tidak diketahui nasibnya sehingga sekarang, sama ada telah terbunuh atau masih lagi bersembunyi di sekitar kampung tersebut.

Hari kelapan Operasi Daulat semalam menyaksikan dua orang lagi anggota tentera terkorban, seorang dalam pertempuran dan seorang lagi terbunuh apabila trak yang dipandunya terbabas di Jalan Lahad Datu-Cenderawasih hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 10 anggota keselamatan maut sejak tragedi pencerobohan 12 Feb lepas. - Mynewshub.my

Nota: Dua keping gambar di atas dipercayai sewaktu ‘Jeneral’ Musa memakaikan beret kepada tali barut berkenaan ketika hari-hari awal ketibaan komander pengganas itu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!