Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Bila Kak Su Bersuara... Heh!

Sunday, March 3, 2013

TERKINI..!!! PERKEMBANGAN DI LAHAD DATU, SABAH..!!!


Sidang Media oleh YDH Ketua Polis Negara 3 Mac 2013 (Ahad), menyatakan bahawa dalam OPS SULU ini terdapat 3 kejadian iaitu yang pertama kejadian di Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana keadaan terkawal dan penceroboh berada dalam kepungan pihak keselamatan kita, PDRM dan ATM berkerjasama untuk menamatkan konflik ini. 

Setakat ini polis telah berjaya menangkap 3 penceroboh yang cuba melepaskan diri dari kepungan polis di Kampung Tanduo. 

Kejadian kedua ialah yang berlaku di daerah Kunak di mana maklumat diterima terdapat satu pendaratan penceroboh di antara Kg. Lormalong dan Kg. Dasar Lama. 


Seramai 10 orang disyaki orang asing, 3 daripadanya bersenjata dan kini bersembunyi di sebuah rumah. VAT 69 telah dihantar untuk “ground assesment” dan bertindak. 

 Seterusnya kejadian ke 3 pula berlaku pada 2 Mac 2013 jam 1830hrs. 

Di mana sepasukan anggota polis telah diserang hendap oleh suspek dengan menggunakan senjatapi sewaktu mereka membuat serbuan di kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. 

Serbuan tersebut telah dijalankan berikutan maklumat diterima di mana penjenayah ini dipercayai berada di kawasan tersebut dan mempunyai senjatapi. 

Dalam serbuan itu, dipercayai 5 orang pegawai/anggota polis terkorban manakala di pihak penceroboh 2 orang terkorban. 

Berikutan insiden ini pihak polis juga telah mengepung kawasan sekitar di mana penceroboh ini bersembunyi. 

Butir-butir lengkap pegawai/anggota polis yang terkorban belum dapat didedahkan buat masa ini bagi menghormati keluarga mangsa. 

YDH Ketua Polis Negara memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan merasa cemas dan panik serta jangan mendengar khabar angin dan berita yang tidak berasas. 

Jika merasa ragu-ragu orang ramai bolehlah menghubungi pihak polis di balai berdekatan atau melayari laman website facebook PDRM Sabah. 

Setakat ini tidak ada perintah berkurung diistiharkan di mana-mana daerah di Negeri Sabah.- Mynewshub.my

No comments: