Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • Rakyat Diminta Jauhi DAP - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup melabelkan parti DAP sebagai 'raja putar belit' yang menggerunkan dan perlu dijauhi rakyat. Belia...
    35 minutes ago

Monday, March 11, 2013

TERKINI..!!! PARLIMEN BUBAR HARI RABU NI..???

Sebenarnya aku nervous untuk hadapi PRU 13 kali ni. Bukan apa, aku punya target tersendiri pada PRU kali ni. Target aku ialah supaya Anwar dibersarakan terus dari politik Malaysia. Aku nak tengok dia jadi "cikgu" sampai bila-bila...

Anwar dah kata dia akan bersara dari politik kalau gagal jadi PM pada PRU 13 ni. Sebelum ni dah banyak kali dia cuba promote diri nak jadi PM. Tapi semuanya gagal. Mungkin dia "kotor" dan mungkin sebab tu Allah tak izinkan dia jadi PM kita...

PRU kali ni pun aku target untuk bantu BN take over Kedah balik. Aku tak rela tengok bumi Kedah dirosakkan terus oleh puak-puak PAS yang lebih teruk mentadbir. Aku akui BN dulu ada kelemahan, tapi PAS lagi terukkkk...serius beb! Bukan dibuat-buat...

Aku dengar, Parlimen mungkin akan dibubar pada hari...

Mungkinkah Rabu Ini YDP Agong Perkenan Bubar Parlimen?
...Rabu ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadap Yang Dipertuan Agong.
Ia adalah formaliti biasa yang dilakukan yakni sebelum mesyuarat Kabinet dilangsungkan.

Secara umum, Perdana Menteri akan memaklumkan kepada Baginda mengenai apa yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dan perkara-perkara yang mungkin diluluskan.

Dengan pembubaran Parlimen dikatakan pasti dilakukan bulan ini dan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada bulan depan, dan Dewan Undangan Negeri Johor terbubar secara otomatik pada 21 Mac, maka ada kebarangkalian Najib akan mendapatkan sekali perkenan Agung untuk membubarkan Parlimen.

Belum pasti namun kemungkinan itu ada. Alang-alang sudah mengadap dalam tempoh yang dekat, mohon terus perkenan baginda…senang.

Ikut Perlembagaan…masa untuk pembubaran semakin hampir…walaupun ada serangan pengganas di Sabah…namun proses ini terpaksa juga diteruskan.

Namun tidak semestinya pembubaran itu akan diumumkan hari itu juga jika mendapat perkenan pun.
Perdana Menteri boleh umum dalam tempoh seminggu dari tarikh dapat perkenan.

Justeru, sudah pasti timbul persoalan akan bilakah Parlimen akan dibubarkan.

Kalau mahu keberkatan Jumaat, barangkali 15 Mac tarikh yang terbaik.

Perdana Menteri dijadual akan ke Kelantan pada sebelah pagi…mungkin lepas sembahyang Jumaat pada sebelah petang pembubaran boleh diumumkan.

Jangan terperanjat kalau pembubaran dilakukan pada 22 Mac…hari Jumaat juga tetapi minggu berikutnya…sehari selepas Johor terbubar secara otomatik.

Kalau beza sehari, pilihan raya masih tetap boleh dilakukan secara serentak.

Apa pun…yang pasti pembubaran sudah sangat dekat…untuk pilihan raya umum yang dijangka paling sengit dalam sejarah negara.

Kurang dari 2 minggu sahaja lagi Parlimen akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU13.
Debaran semakin dirasa…

4 comments:

Anonymous said...

Ya ke? HARAP2lah.......tak sabar nak tengok Anwar Ibrahim jadi Cikgu. Dan harap2 berkuburlah Tian Chua...

Anonymous said...

Jgn sibuk kan kejer najib.. Sibuk kan hal keje sendiri.. Cerita bubar ni dr setahun sudah.. Najib suka tangguh2..sampai umno tersebit. Kita tunggu saja lah. Tak bubar pun ok gak .. Ado masa aku nak sakau projek.

Anonymous said...

cepat la bubar parlimen. dh penat menanti & meneka ni...

-jebat derhaka-

Anonymous said...

PRU 13? rasanya selagi belum 'clear' kt sabah tu, selagi tu takkan diumumkan bila...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!