Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, March 15, 2013

TERKINI OPS DAULAT..!!! KISAH MEMBER AKU BERJUANG DENGAN MATA PENA..!!!

Bro...hang naik yang ni lagi ka? Waaaa..!!! Jelesnya akuuuu..!!!
Kesian member aku. Dia baru je touch down...baru sangat sampai di KL. Tiba-tiba datang pulak arahan untuk kembali ke Lahad Datu, Sabah, untuk membuat liputan...

Adehhh.. Tapi mungkin disebabkan darah patriotik yang mengalir dalam tubuh dia tu sama macam darah aku...darah tak kenal penat demi Islam, Bangsa dan Negara, member aku ni selamba patah balik ke Lahad Datu...heh!

Biarpun aku dan member aku tak reti nak berjuang dengan senjata, namun kami akan terus berjuang dengan cara kami melalui mata pena dan rakaman gambar sebagai bukti perjuangan kami demi Islam, Bangsa dan Tanahair...



Syabas la bro..!!! Macam tu la semangat yang kita mau..!!! Heh! Mujur aku takdak kat KL time tu. Kalau aku ada, silap-silap aku ikut hang pi Lahad Datu sama... Sama-sama kita rakam berita dan gambar pengganas bajingan tu terburai isi perut ditembak..!!!

Apa pun, memang aku salute kat "sifu" aku ni. Dia banyak ajar dan beri semangat kat aku untuk jadi seorang penulis yang baik. Keep the spirit alive, bro!

Nantikan berita-berita dan gambar-gambar terpanas abad ini tentang serangan muktamad terhadap para penceroboh kurang ajar yang penakut sedang menyorok kat celah-celah pokok dan semak samun di Lahad Datu dari blog aku..!!! 

Yang paling penting, berita dan gambar tu semuanya benar-benar belaka dan tiada ditokok tambah untuk menyedapkan cerita...InsyaAllah...Adios!

2 comments:

Anonymous said...

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR

Sedih dengan apa yang berlaku kini Namun, ketentuan dan kuasa Allah swt mengatasi segala…

Laillahaila anta subhanaka inni kuntum minazzolimin….

Semoga keselamatan para perwira Msia sentiasa dalam lindungan Allah swt, perjuangan mereka menjaga keamanan dan kedaulatan Negara kita ini diberkati. Doa2 dengan kalimah suci Allah sentiasa mengiringi kalian ATM/PDRM. Kuasa kalimah suci Allah mengatasi segala ilmu hitam syirik puak pengganas tersebut. Semoga Allah memberikan kekuatan dan semangat juang para2 pejuang Islam sahabat Rasullullah dalam setiap diri kalian.

SELAMAT BERJUANG PERWIRA NEGARA. ALLAH SWT BERSAMA KALIAN....


nurEmyinda

Anonymous said...

Tahniah Bro

Selamat Berjaya

Teruskan perjuangan yang murni

Bila Kak Su Bersuara... Heh!