Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, March 14, 2013

TERKINI..!!! KIRAM CUBA HANTAR 35 PENGIKUT KE SABAH..!!!

Nampaknya Kiram Tiram nak cari pasal lagi. Dia hantar lagi pengikutnya nak buat kacau kat negara kita. Kali ni, dia cuba hantar lagi 35 orang pengikutnya ke Sabah untuk huru-harakan keamanan negara kita...

Takkan 35 orang je? Banyak tu saja ke "rakyat" Kiram yang iktiraf dia sebagai "sultan Sulu". Aku rasa, semua yang sokong dia tu mungkin semuanya sedara mara sepupu sepapat dia sendiri je. Masyarakat Sulu yang sebenar takde sikap bodoh macam Kiram ni...

Try la datang. Belum lepas sempadan Filipina dah "kantoi". Tangkal tak menjadi ke? Tu belum masuk sempadan Malaysia lagi tu. Kalau nak masuk liang lahad cepat, cubalah! Kami akan pertahankan Malaysia hingga ke titisan darah yang terakhir..!!!


Tentera Filipina Pintas 35 Pengikut Kiram, ATM Pertingkat Aset Dan Kekuatan

Pasukan Tentera Laut Filipina berkata, unit rondaan mereka telah menahan pengikut Sultan Jamalul Kiram III yang menggunakan dua buah bot tidak jauh dari Tawi-Tawi, pagi tadi.

Jurucakap Pasukan Tentera Laut Filipina, Leftenan Komander Gregory Fabic berkata, bot tersebut mempunyai sekurang-kurangnya 35 pengikut telah ditahan di kawasan perairan bandar Andoligan pada jam 6.30 pagi.

Katanya, semua senjata dan peluru telah dirampas dari bot tersebut.

Fabic juga mendakwa bahawa salah seorang daripada pengikut berkenaan adalah wanita.

Mereka masih tidak dapat mengesahkan sama ada bot tersebut sedang menuju ke Sabah atau tidak.
Laporan menyatakan sekurang-kurangnya 200 pengikut tentera Sultan Sulu, diketuai oleh Raja Muda Agbimuddin Kiram, telah menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 11 Febuari lalu.

Agbimuddin dan pengikutnya kini telah terbahagi kepada beberapa kumpulan kecil akibat daripada operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa Malaysia setelah kumpulan itu melakukan beberapa siri serangan.

Pihak berkuasa Malaysia menyatakan bahawa lebih daripada 60 pengikut Kiram telah terbunuh dalam krisis ini manakala beberapa pengikut lain telah ditahan. – The Philippine Star
SEMENTARA ITU DI LAHAD DATU, Bernama melaporkan, pasukan keselamatan akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negara di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sejak 12 Feb
lepas.

Malah, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memberi gambaran operasi daulat yang memasuki hari kesembilan, berada di penghujungnya dengan tumpuan menjejaki saki-baki pengganas yang kini bergerak dalam kumpulan kecil.

Beliau berkata 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia akan tiba esok di sini secara berperingkat.

Zulkifeli berkata langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut dan di darat.

“Pertambahan ini untuk meyakinkan rakyat bahawa kami mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk menewaskan musuh,” katanya pada sidang akhbar bersama Ketua

Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Sementara itu, Ismail berkata beliau telah mengarahkan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dan semua ketua polis daerah menambah bilangan anggota polis dan mewujudkan pos kawalan di kawasan sekitar Felda Sahabat dan kawasan
operasi.

Beliau berkata pos kawalan itu juga melibatkan kawasan dari Lahad Datu ke Felda Sahabat, laluan pengganas dan kawasan penempatan awam bagi menambah keyakinan rakyat terhadap tahap keselamatan.

Beliau berkata polis akan memanfaatkan sumber manusia dalam menambah bilangan secara berperingkat dengan menggunakan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah, Narkotik dan lain-lain jabatan.

Ismail mengesahkan lelaki yang cedera dan remaja yang maut dalam operasi di Tanjung Batu Ahad lepas, dipercayai mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas.

Beliau berkata lelaki itu, yang kini menerima rawatan di sebuah hospital, adalah bapa kepada remaja yang maut itu.

Mengenai pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu semalam yang mengorbankan seorang anggota tentera, Panglima Angkatan Tentera berkata empat musuh ditembak mati dalam kejadian itu.

“Semalam pasukan keselamatan menemui dua mayat musuh dan dalam operasi penggeledahan pagi ini, dua lagi mayat musuh ditemui dalam kawasan Sungai Nyamuk,” katanya.

Zulkifeli berkata pasukan keselamatan turut menemui senapang panjang M1 Garand dan sepucuk pistol Colt.45, yang dipercayai digunakan musuh untuk menembak anggota keselamatan yang gugur semalam.

Dalam pertempuran semalam, Kpl Ahmad Hurairah Ismail, 24, berasal dari Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan, terkorban manakala seorang lagi anggota tentera, Kpl Khairul Anuar Md Isa, 35, cedera di pipi.

Kahirul Anuar kini berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan selama enam jam semalam dan kini ditempatkan di wad biasa, katanya.

Zulkifeli dan Ismail merakam ucapan takziah kepada kedua-dua keluarga anggota yang terkorban dalam Operasi Daulat dan menyifatkan ia satu kehilangan besar buat pasukan keselamatan. – BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR

SEMOGA ALLAH SWT BERSAMA ANGGOTA2 KESELAMATAN ATM/PDRM MSIA. DOA2 RAKYAT MSIA MENGIRINGI PERJUANGAN DAN KESELAMATAN PERWIRA2 NEGARA KITA.

DAHPUN TUA BANGKA, MATA CEME PULAK TU. MASIH TAK SEDAR DIRI LAGI. SENDIRI TAKNAK DATANG LAWAN.BAWAKLAH ANAK POMPUAN DIA DATANG LAWAN SINI. HANTAR KUNCU2 BODOH DIA AJE DENGAN TANGKAL2.

KESIIIIAAAANNNNN......KEMARUK SANGAT DAH NAK JADI SULTAN.

MATI KEMPUNANLAH JAWABNYA KIRAM OOIIII.........

Bila Kak Su Bersuara... Heh!