Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, March 20, 2013

TERKINI DARI LAHAD DATU..!!! PENGALAMAN MEMBER AKU DI LOKASI 6 WIRA DIBUNUH KEJAM..!!!

Malam semalam, member aku memberanikan diri ke Kampung Simunul yang terletak di Semporna, Sabah. Kalau korang nak tau, dia ke sana sebab "teringin" sangat nak ke lokasi yang menyaksikan 6 orang wira negara kita terkorban...

Setelah bersusah payah dan kuatkan semangat, dia berjaya jugak ke rumah yang menjadi saksi pembunuhan kejam tu...

Bayangkan...malam-malam dia ke rumah di mana 6 orang anggota PDRM ditembak, dibunuh dan dicincang dengan barong. Katanya, dia sengaja ke sana malam-malam sebab nak rasa apa perasaan 6 orang syuhada yang terkorban di situ...

Malam tu  memang sunyi katanya. Gelap dan agak menyeramkan bulu romanya....



Ni la lokasi dan rumah yang menjadi saksi 6 wira kita terkorban tu... Gambar member aku terpaksa aku keluarkan untuk hormati privasi dia...adeh...
Tapi memandangkan member aku ni memang pakar dan berpengalaman luas pegi cover wilayah-wilayah konflik di luar negara, maka aku tak heran la dia selamba je ke lokasi penuh tragis tu...

Bagaimanapun, aku yakin member aku tu ditemani anggota keselamatan. Dia tahu protokol. So jangan risau sangat la pasal bab keselamatan tu...heh!

Katanya, selepas balik dari lokasi pertempuran tu, dia berpeluang pegang "barong", sejenis senjata tajam yang menjadi kebanggaan orang Sulu. Dan barong itulah yang digunakan pengganas untuk mencincang 6 orang syuhada yang mayatnya diperlakukan dengan kejam...

Aku tertanya-tanya. Katanya Kiram dan pengikutnya tu semuanya Islam. Tapi, Islam jenis apa yang seksa mayat saudara seagamanya dengan begitu kejam? Dalam perang di zaman Rasulullah dulu tak pernah diamalkan begitu. Kalau terjadi pun, ia hanya dilakukan oleh golongan musyrikin..!

Kiram dan pengikutnya tu semua boleh dikategorikan sebagai "musyrikin" jugak, ke?

Aku tak dapat nak siarkan gambar-gambar member aku tu sebab menghormati privasi dia. Rasanya dia tahu aku menulis tentang pengalaman semasanya di Lahad Datu. Dan dialah "mata", "telinga" dan "deria" aku kat sana... Thanks bro!

P/s: Kalau aku kat KL...rasanya memang aku pun kena assign pegi sana..jelesnya aku weyyy..!!!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!