Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, March 6, 2013

PULUHAN RIBU NAK SERANG SABAH? PROPAGANDA INI PALSU, JANGAN PERCAYA!

Betul ke puluhan ribu penyokong Kiram datang nak jajah Sabah? Heh! Ni satu lagi propaganda jahat media yang bersifat macam Malaysiakini. Cuma media ni bukan Malaysiakini, tapi mungkin sedara sepupu sepapat dia dari Filipina, Philippine Daily Inquirer (PDI).

Media Filipina tu pakai petik je apa yang orang cakap. Tak ada bukti pun! Jangankan bukti bergambar, takde sebarang asas pun diorang nak buktikan propaganda murahan untuk takut-takutkan Malaysia...heh!
Lagipun, diorang fikir Kerajaan Filipina tu bodoh sangat ke nak cari pasal dengan Malaysia? aku yakin, Najib dan Aquino tahu semua ni kerja siapa..kan? Tapi takkan la nak dedahkan maklumat risikan tentera kat public..kan? Heh!

Cuba baca kat bawah ni... Apa benda nih?


Kat Filipina, Nur Misuari tu lebih kurang macam Anwar Berahim la. PDI tu pulak lebih kurang macam Malaysiakini. Sama-sama suka buat hal kat negara masing-masing, sama-sama suka menipu dan sama-sama gila nak berkuasa...heh!

Tidak Benar Ribuan Pejuang Sulu Sedang Menuju Ke Sabah

KUALA LUMPUR – Laporan sebuah media berpengaruh Filipina (Philippine Daily Inquirer) bahawa ribuan pejuang kaum Tausug dari Basilan, Sulu dan Tawi-Tawi telah belayar ke Sabah bagi membantu pengikut Jamalul Kiram III adalah tidak benar.

Sumber perisikan memberitahu Mynewsub.my, dakwaan itu telah diketahui mereka lebih awal tetapi mengesahkan bahawa ia  adalah tidak benar dan tidak berasas.

Laporan Philippine Daily Inquirer itu memetik Pengerusi Jawatankuasa Majlis Agama Islam Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Habib Hashim Mudjahab yang memberitahu;

“Kami tidak boleh lagi menghentikan kaum kami. Ramai antara kami yang marah dan kebanyakan mereka, termasuklah golongan bukan pejuang, akan pergi ke Sabah bagi membantu tentera Sultan Sulu di sana,”.

ribuan sedang berlayar

Mudjahab berkata sekurang-kurangnya 10,000 orang Tausug dari Basilan, Sulu, Tawi-Tawi dan Zamboanga telah menyertai kumpulan pengikut Sultan Jamalul Kiram III dan mereka kini sedang bersembunyi di sebuah kampung di Sabah melalui sebuah laluan di Filipina yang dikenali sebagai “southern backdoor” (jalan belakang selatan), laluan yang biasa digunakan oleh para pedagang kecil.

Mudjahab berkata, kumpulan bantuan itu belayar dalam kumpulan kecil agar mudah bagi mereka untuk memasuki Sabah tanpa disedari.

“Sekatan tentera laut tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada kami, kumpulan tentera sedar akan perkara itu. Kami telah berjaya melepasi sekatan mereka ketika rejim Marcos. Kami boleh memasuki Sabah dengan mudah dan tidak mendatangkan sebarang syak,” tambah Mudhajab.

Beliau mengulas tentang sekatan tentera laut yang dilakukan oleh pasukan Tentera Laut Filipina dan Pengawal Pantai bagi memastikan tiada sesiapa pun yang akan membantu tentera Sultan Sulu yang kini berada di Sabah.

Beberapa hari lalu, Mudjahab berkata bahawa beliau telah menasihati beberapa komander MNLF supaya tidak ke Sabah bagi membantu sekumpulan 200 penceroboh di Lahad Datu yang tiba pada 9 Februari lalu bagi mendapatkan hak kesultanan di Sabah.

“Saya telah memberitahu mereka supaya tidak memberi sebarang arahan kepada pengikut mereka dan jaga emosi mereka terhadap perkara ini. Namun, Presiden Benigno Aquino III sering berpihak kepada Malaysia. Ini telah menaikkan kemarahan kaum kami. Presiden perlu sedar bahawa kaum Tausug kini sedang ditindas, dan kami perlu bangkit,” kata Mudjahab. - Mynewhub.my

1 comment:

Anonymous said...

Walaupun ini mungkin hanya propaganda, tetapi diharap JANGAN diambil ringan, Musuh sentiasa menantikan kealpaan kita untuk menimbulkan kekacauan/huruhara dgn dibantu oleh pengkhianat negara,kami sentiasa mendoakan kejayaan PDRM/ATM dan kami juga bersedia untuk mengorbankan jiwa kami untuk negara tercinta ini. Jika ada pengkhianat negara yang memperlekeh/mempertikaikan tindakan tuan2, TEMBAK mereka dahulu...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!