Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, March 26, 2013

PEDASSS..!!! NIZAR LARI LINTANG PUKANG DARI RAKYAT SENDIRI...!!!???

RASA nak ketawa ada, rasa nak tepuk kepala orang pun ada. Itulah yang terlintas di fikiran saya apabila menerima maklumat mengenai perebutan dan pertikaian kerusi calon bagi DUN Changkat Jering di antara PAS dan PKR di negeri Perak.

Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain baru-baru ini mengumumkan nama bekas Menteri Besar Perak yang juga ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, sebagai calon bagi DUN Changkat Jering.

Pengumuman tersebut dilakukan Abu Bakar ketika dalam satu ceramah politik di Air Kuning dan mendapat reaksi negatif dari ramai pihak, khususnya PKR.


Sebenarnya, kerusi DUN Changkat Jering itu sememangnya dimiliki oleh PKR. Kuota pencalonan PRU ke-13 di Perak dikatakan sama dengan PRU ke-12 di mana PAS diberi 21 kerusi, PKR diberi 20 kerusi dan DAP hanya diberikan 18 kerusi sahaja.

Bagi DUN Changkat Jering, ia ditandingi oleh PKR pada tahun 2008 dan diwakili oleh Mohd Osman Mohd Jailu yang kemudiannya hilang keyakinan terhadap Nizar serta mengisytiharkan diri keluar dari Pakatan Haram kemudiannya.

Mohd Osman kekal sebagai ADUN Changkat Jering dan dikategorikan sebagai calon bebas.

Mungkin tersinggung dengan sikap “gila kuasa” PAS dan nafsu serakah politik Nizar, Pengerusi PKR Perak, Dr. Mohd Nor Manuty bingkas membidas pengumuman Abu Bakar itu sekaligus menimbulkan ketidakpuasan hatinya.

Menurut Mohd Nor Manuty, dia tidak kisah kalau PAS nak ambil kerusi itu dari PKR. Namun PAS mesti berikan pada PKR sebuah DUN “boleh menang” sebagai ganti bagi DUN Changkat Jering!
Paling sadis, Pengerusi PKR negeri itu menyindir PAS Perak dengan begitu pedas sekali…

“Belum diputuskan secara rasmi, mereka telah buat pengumuman” katanya meluahkan rasa tidak puas hati bagi seluruh ahli PKR di negeri itu.

Saya tidak pasti tentang PKR, tapi dari apa yang berlaku jelas menunjukkan bahawa belum pun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen, PAS dan PKR sudah bergaduh besar di Perak.

Paling “hebat” ialah Nizar Jamaluddin. Dia sekarang merupakan ADUN Pasir Panjang dan Ahli Parlimen Bukit Gantang. Tapi dia kali ini begitu “tamak” mahu dirinya dicalonkan sekali lagi di DUN Changkat Jering.

Bertanding di DUN Pasir Panjang pun belum tentu menang, ada hati nak bertanding di DUN lain?

Atau Nizar sendiri sudah dapat menghidu bau-bau kekalahannya di DUN Pasir Panjang? Kenapa “larikan diri” dari DUN Pasir Panjang? Kerana rakyat di DUN itu sudah bosan dengan Nizar yang tidak buat kerja di DUN sendiri?

Menurut maklumat yang diperoleh, rakyat di DUN Pasir Panjang memang menyesal memilih Nizar pada PRU ke-12 yang lalu. Nizar tak buat kerja katanya dan langsung tidak ambil tahu tentang rakyatnya.

Dan kini Nizar mahu melarikan diri dan bertanding di DUN Changkat Jering. Nizar fikir rakyat di DUN Changkat Jering boleh terima dia sebagai wakil mereka pada PRU ke-13 nanti? Jangan haraplah!

Rekod Nizar dikatakan sangat buruk di DUN Pasir Panjang dan Parlimen Bukit Gantang. Dia hanya sebok ceramah politik saja 24 jam, tapi tidak mengambil peduli tentang kebajikan rakyat yang diwakilinya sama ada diperingkat DUN atau Parlimen.

Seperkara lagi, Nizar jelas tidak menghormati PKR di Perak. Dia “main langgar” saja kawasan orang. Nizar marah atau tidak kalau PKR atau DAP nak ambil alih kawasan yang ditandingi PAS di Perak? Agak-agaklah sikit. Banyak cantik muka!

Sumber: Perak Today

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!