Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, March 30, 2013

PEDASSS..!!! KEADILAN DAILY MEMANG NAK KENA TERAJANG..!!!

Untitled5

Memang teruk Anwar kena bahan dek kerana ungkapannya “You Ulang, I Saman” yang terbit dari lidah bercabangnya terhadap seorang wartawan Agenda Daily dalam satu sidang akhbarnya baru-baru ini.

Bukan saja di pejabat, malah Anwar dan ungkapannya itu turut menjadi bahan lawak jenaka pelajar-pelajar sekolah, khususnya bila mereka disoal guru di dalam kelas dan tidak tahu untuk memberikan jawapan bagi soalan yang dikemukakan.

Seorang pelajar misalnya hampir dibaling dengan buku oleh seorang guru sebelum guru itu sendiri ketawa berdekah-dekah mengenangkan sikap Anwar yang tidak pernah menjawab soalan-soalan “cepumas” yang diajukan media.


Bila bercakap soal Anwar diasak dengan soalan oleh para wartawan, saya teringat tentang perangai buruk Anwar yang pernah dirakam oleh TV3. Mungkin berang dengan soalan yang diajukan, Anwar mengherdik wartawan stesen TV3 dan menuduhnya sebagai “pekakas UMNO”!

Peliknya, setelah puas mengherdik wartawan tersebut, Anwar tidak pula meminta maaf padanya. Apatah lagi menjawab soalan yang ditanya. Peristiwa tersebut menjadi “benchmark” untuk melabel Anwar sebagai “tidak menghormati hak kebebasan media”.

Sikap buruk Anwar itu kemudian diwarisi pula oleh “anak ikan”nya, Rafizi Ramli, yang dibela Ketua Pembangkang itu sejak di zaman sekolah di MCKK dulu.

Baru-baru ini, Rafizi mengulangi sikap jijik Anwar itu apabila memarahi seorang wartawan yang mengajukan satu lagi soalan “cepumas” padanya dalam satu sidang media. Teruk jugalah wartawan itu diherdik…

Berbeza dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pemimpin BN yang lain, tidak pernah pula saya mendengar mereka mengherdik wartawan. Kalau ada pun, mereka akan cepat-cepat minta maaf dan ambil hati wartawan itu kembali.

Paling bagus, para pemimpin BN akan cuba menjawab soalan yang diajukan wartawan walaupun adakalanya soalan-soalan itu begitu menyakitkan hati. Maklumlah, wartawan itu dari media pro-pembangkang…

Dalam pada itu, Pakatan Haram memang muka tak malu dan cakap tak serupa bikin apabila menuduh kerajaan BN tidak mengamalkan kebebasan media di negara ini. Kononnya BN mengongkong kebebasan media.

Portal rasmi PKR, “Keldaian”daily misalnya menyiarkan laporan sebelum ini yang mengatakan bahawa negara Indonesia mengamalkan kebebasan media yang jauh lebih baik berbanding di negara ini.

Benarkah begitu? Dan apakah yang Pakatan Haram maksudkan dengan kebebasan media?

Setahu saya, PAS diberikan permit menerbitkan tabloid putar alam terbaik, Haramkah, yang boleh dikatakan tiap-tiap naskhahnya penuh dengan caci cerca, fitnah, syubhah dan cerita yang telah diputar belit berkali-kali.

Di internet pula, Pakatan Haram menerbitkan berita bohong mereka di Haramkahdaily, Keldaiandaily dan Roketkini yang tidak mementingkan soal etika penyiaran selain memaparkan “spin-spin” yang hebat untuk mempengaruhi persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan.

Kalaulah Kerajaan BN tidak mengamalkan kebebasan media, saya yakin sudah lama Haramkah ditarik balik lesen dan permitnya. Haramkahdaily, Keldaiandaily dan Roketkini pun sudah lama dipadam dan disekat “url”nya.

Bahkan Malaysiakini, MalaysiaToday dan beberapa lagi portal pro-pembangkang mungkin akan “mati” begitu saja “disita” SKMM.

Pakatan Haram nak sangat ke kebebasan media mereka disekat? Kalau nak sangat, boleh juga diusahakan. Tapi saya yakin, BN tidak jijik seperti Pakatan Haram. Media diberikan kebebasan, namun sudah tentulah ada undang-undang di sebalik kebebasan tersebut.

Kebebasa memang perlu ada batasan dan batasan itu dipelihara melalui sumber perundangan. Maklumlah, Malaysia adalah sebuah negara bertamadun. Islam juga punya had dan batasan dari segi muamalahnya, bukan?

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

Anonymous said...

Sama aja dgn kebykan blog2 pro pembngkang..kalo kita nk aju soklan kat depa atau menyanggah isu yg dibawa..komen kita x wujud pun..x bagi peluang langsung..

Pdhal di kebykabn blog pro kejaan masih bagi peluang utk pencacai pembangkang tu komen kdg2 ada yg kluar kata2 kesat pun..

Pengikut pembngkang dari pemimpin depa memng sama,PEMIMPIN BOREK PENGIKUT RINTIK

Anonymous said...

Ye ke?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!