Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, March 20, 2013

PEDASSS..!!! DULU ELAUN KHAS, SEKARANG "TABUNG KHAS" PULAKKK..!!!

rodziah tipu

Nampaknya Pakatan Haram di Selangor masih belum serik-serik menerima amukan dari warga ibu tunggal di negeri itu yang mengamuk sakan baru-baru ini menuntut elaun sara hidup bulanan yang dijanjikan pada PRU ke-12 yang lalu.

Pakatan Haram Selangor sebelum ini menjanjikan elaun khas untuk golongan ibu tunggal di negeri itu sekiranya mereka berjaya menjajah negeri termaju itu pada PRU yang lalu. Namun setelah berkuasa, janji tersebut diputar belit bagaikan Abdullah bin Ubai layaknya.

Namun setelah hampir 5 tahun menjajah Selangor, jangankan elaun khas bulanan, tambang LRT bulanan pun tidak mampu diberikan kepada golongan ibu tunggal di negeri itu.


Bila ibu-ibu tunggal yang tertipu itu mendesak agar Pakatan Haram menunaikan janji itu, Kerajaan Negeri Pakatan Haram Selangor memutar kata mengatakan manifesto pada PRU yang lalu itu bukanlah satu ikatan janji dari mereka.

Terkini, Pakatan Haram Selangor sekali lagi mengulangi janji kepada golongan ibu tunggal.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismail, semalam menabur janji untuk menubuhkan “tabung khas” bagi golongan itu jika pakatan pembangkang dapat menawan Putrajaya.

Dulu “elaun khas”, sekarang “tabung khas” pula yang dijanjikan.

Seingat saya, ketika para ibu tunggal di seluruh Selangor berhimpun secara aman mendesak kerajaan negeri pimpinan Khalid “Gagap” untuk menunaikan janji “elaun khas”, Menteri Besar itu menghantar Rodziah untuk berhadapan dengan ibu-ibu tunggal tersebut.

Mungkin Khalid “Gagap” belum cukup “jantan” untuk berhadapan dengan ibu-ibu tunggal itu dan terpaksa menghantar Exco Wanitanya yang mungkin “lebih jantan” berbanding dirinya.

Rodziah dengan muka tak malu memutar belit janji manifesto tersebut dengan mengatakan bahawa elaun itu bukan dimaksud akan diberi dalam bentuk wang tunai, namun lebih bersifat “tabung”. Padahal, tidak ada tabung pun untuk ibu-ibu tunggal itu…

Dan kali ini Rodziah sekali lagi bermain janji dengan menawarkan “tabung khas” untuk ibu-ibu tunggal di seluruh negara.

Jika dulu Pakatan Haram berjaya menipu ibu-ibu tunggal yang berada di seluruh Selangor, apakah Rodziah fikir dia akan berjaya sekali lagi berbohong pada seluruh ibu tunggal di segenap pelusuk negara?

Apa yang Rodziah fikir dia akan berjaya menipu sekali lagi? Apakah dia fikir ibu-ibu tunggal di negara ini semuanya bodoh dan mudah diperbodohkan sekali lagi?

Untuk pengetahuan Rodziah, ibu-ibu tunggal di Selangor telah tekad untuk bertindak menyaman KerajaanPakatan Haram Selangor atas penipuan jelas yang telah dilakukan terhadap mereka pada PRU yang lalu.

Rasanya Rodziah perlu bersedia untuk naik turun mahkamah bagi menghadapi saman-saman dari ribuan ibu-ibu tunggal itu. Rodziah juga perlu berjumpa dengan Khalid “Gagap” untuk meminta Menteri Besar itu menyediakan wang yang banyak untuk membayar saman-saman tersebut.

Tapi Rodziah yang layak dikategorikan sebagai spesis “Musailamah Al-Kazzab” itu begitu berani cuba menabur “auta”nya pada rakyat, khususnya ibu-ibu tunggal. Rodziah perlu sedar bahawa menjadi “balaci” kepada  “pemimpin anugerah Tuhan” tidak menjamin dirinya untuk ke syurga…

Jangan fikir dengan memiliki “kartu” dari “pemimpin anugerah Tuhan”, maka Rodziah bersih dari sebarang dosa munafik. Malah menipu ibu-ibu tunggal yang menyara anak-anak yatim mampu mengheret manusia spesis sepertinya ke neraka jahannam.

Ingatlah. Rakyat Malaysia tidak bodoh dan tidak mudah tertipu dengan “janji yang bukan janji”. Cukuplah mereka “terkena” sekali, dan mereka tidak rela “dikenakan” sekali lagi. Bak kata orang putih, “Once bitten, twice shy”, kan?

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

Anonymous said...

Belum tau..mgkin mereka kan percaya.. maklum jer..Melayu mudah lupa..

Anonymous said...

Dulu janji nak bagi elaun, sekarang suruh ibu-ibu tunggal masukkan duit dia orang dalam tabung yang disediakan oleh PKR. Lepas tu lesap. Duit ke mana, tabung kemana.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!