Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, March 2, 2013

PEDASSS..!!! BAPA RASUAH CAKAP DIA TAK SUKA RASUAH..??? HEH..!!!


Dalam ceramah-ceramah anjuran Pakatan Haram, kita sering dimomokkan dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan para pemimpin mereka, khususnya Anwar Ibrahim, yang kononnya pemimpin BN mengamalkan budaya rasuah dan kronisme.

Ketika dipecat dari kerajaan, Anwar memulakan fitnah tersebut terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isu itu masih lagi digunakan bagi memburuk-burukkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kononnya, PKR dan Pakatan Haram menentang amalan rasuah dan kronisme. Kononnya mereka “berperang” dengan BN kerana parti kerajaan itu mengamalkan budaya keji itu untuk mengekalkan kuasa di negara ini.


Persoalannya, apakah benar Anwar itu merupakan seorang yang memiliki prinsip anti-rasuah? Dan apakah dia tidak mengamalkan kronisme?

Menyingkap sejarah Anwar pada tahun 1993, seorang journalis antarabangsa, Ian Stewart, merekodkan pengalamannya tentang kaedah yang digunakan suami Wan Azizah itu untuk menggulingkan Timbalan Presiden UMNO ketika itu, Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Mengalahkan Timbalan Presiden UMNO ketika itu akan menyebabkan Anwar bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia seperti kebiasaan amalan BN.

Menariknya, penulis itu mendedahkan bahawa dia dan para wartawan bersamanya menyaksikan dengan mata kepala sendiri bagaimana Anwar dan orang-orang kanannya mengagih-agihkan bungkusan wang untuk “membeli” sokongan Ketua-Ketua UMNO Bahagian ketika itu.

Dengan “pembelian” itu, Anwar juga dikatakan telah mendapat sokongan dari ramai pemimpin berpengaruh di dalam UMNO yang berjaya dibeli dengan wangnya yang entah datang dari mana.

Persoalannya, apakah maksud “membeli sokongan dengan wang” yang berbungkus-bungkus itu? Apakah ia tidak tergolong dalam kategori rasuah? Rasuah dihulurkan untuk menggulingkan Allahyarham Tun Ghafar Baba?

Pun begitu, anak Arwah Tun Ghafar, Tamrin, tidak teragak-agak untuk menyokong Pakatan Haram dan merelakan tindakan itu.

Merujuk pula pada rekod terkini Anwar, masih lagi segar dalam kotak ingatan kita tentang bagaimana dia mengarahkan delegasi PKR mengekori Ahli-Ahli Parlimen BN di Sabah dan Sarawak melancong atas tujuan untuk membeli kerusi Parlimen yang mereka miliki.

Disebabkan insiden kejar mengejar yang melibatkan “pembelian” Ahli Parlimen itulah maka Anwar sehingga kini masih disindir dengan tarikh “16 September” yang dijanjikan Ketua Umum PKR itu untuk membentuk kerajaan Pakatan Haram di peringkat pusat.

Sudah berkali-kali 16 September kita lalui, namun Anwar masih lagi belum jadi Perdana Menteri, bukan? Mungkin kerana Ahli-Ahli Parlimen BN tidak makan rasuah Anwar, maka dia gagal untuk membentuk kerajaan Pusat…

Bila disebut tentan kronisme, saya tertanya-tanya siapakah Wan Azizah dan Nurul Izzah di mata Anwar? Mereka bukan kroni Anwar, kah? PKR itu parti anak beranak, kah? Itu belum lagi disebut tentang “kekasih gelap”nya, Azmin Ali yang sudah menang jawatan Timbalan Presiden PKR sebelum bertanding!

Siapa pula Lim Guan Eng dan Betty Chew di dalam DAP? Apakah Lim Kit Siang mahu menjadikan parti “chauvinis ultra kiasu” itu sebagai legasi “Dinasti Lim”? Dia berperang dengan legasi kroni Karpal Singh dan anaknya, Gobind Singh Deo, kah?

Dan di dalam PAS pula, apakah hubungan di antara Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dengan Nik Abduh? Mereka bukan kroni juga, kah?

Justeru itu, usahlah tertipu dengan Anwar dan Pakatan Haram. Jika mereka menentang rasuah, sebenarnya mereka cuba mengalihkan tumpuan rakyat supaya menuduh pihak lain yang mengamalkan budaya jijik itu. 

Itu hakikatnya…

Sumber: Perak Today

3 comments:

Anonymous said...

Anwar Ibrahim memang susah nak percaya. Video dia sendiri dengan china doll pun dia sendiri boleh sangkal.

he eleh....

Anonymous said...

DIALAH BAPAK RASUAH...BAPAK KRONISME...BAPAK PENIPU...BAPA NEPOTISME...SEMOGA ALLAH SELAMATKAN BUMI MALAYSIA DARI MANUSIA DURJANA INI...

Anonymous said...

inilah wajah senyuman manusia hipokrit

Bila Kak Su Bersuara... Heh!