Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, March 25, 2013

PANASSS LAHAD DATU..!!! KUPU-KUPU MALAM NI TAK TAKUT KENA TEMBAK KE..???

photo
Aku ingatkan member aku yang turun cover insiden di Lahad Datu tu hanya cover pasal serangan pengganas saja. Tapi ternyata, dia memang hebat dan berpengalaman... Bukan saja cerita pasal wilayah konflik, cerita sosial pun dia cover jugak?

Pelik aku. Lahad Datu tu ada bunyi tembakan mortar, machine gun, rifel separa auto dan macam-macam lagi. Tapi "kupu-kupu malam" masih berani keluar cari duit? Memang gila...!

Ikut pengalaman member aku kat bawah ni...


SEKALI imbas bandar Lahad Datu di Sabah ini tiada beza dengan bandar-bandar lain.

Ia tenang dan aman cuma agak sunyi bila menjelang malam.

Apatah lagi bila berlakunya kejadian pencerobohan pengganas Sulu di sekitar kawasan Felda Sahabat.

Walaupun jarak antara kedua-dua tempat itu agak jauh, iaitu kira-kira 130 kilometer, namun kebimbangan penduduk di bandar itu tetap ada.

Sebab itu bandar kecil ini menjadi semakin sunyi bila tibanya waktu malam.

Namun masih ada yang seolah-olah tidak mengambil kisah apa yang berlaku.

Malam tadi ketika membuat tinjauan di sekitar pusat bandar, masih ada yang menjual rokok-rokok seludup di tepi jalan secara terbuka.

Walaupun jumlah penjualnya dikatakan turun secara mendadak, namun ada yang ‘buat bodoh’, mungkin kerana itu punca utama rezeki mereka.

Tetapi yang paling mengejutkan, kami menemui sekumpulan pondan dan gadis bawah umur di celah-celah bandar kecil itu.

Pada mulanya kami menyangka mereka mungkin remaja yang hanya bersiar-siar mengambil angin malam, tetapi jangkaan kami meleset.

Mereka bukan mengambil angin malam, tetapi sebenarnya KUPU-KUPU MALAM!


Nina ketika dihampiri mengaku baru berusia 15 tahun tetapi hanya bersekolah sehingga darjah enam saja.

” Ibu bapaku orang susah bah, aku ndak mau terus nyusahkan mereka…lalu aku di lorong aja,” katanya selamba.

Nina menawarkan perkhidmatan seks dengan harga RM150 untuk ‘jangka pendek’ dan sanggup bermalam jika mahu bayar lebih.

Ketika ditanya tidak dia berasa risau dengan kehadiran anggota keselamatan yang ramai ketika ini, Nina hanya terdiam.

Katanya, semuanya kerana desakan hidup dan dia terpaksa mengambil risiko itu.

” Kalau nampak mereka (polis) kami larilah bah, ini pun curik-curik keluar, sebab itu aku hanya berdua dengan temanku ini, kalau ada, adalah…kalau tiada yang mau ngambil kami, kami berdua jalan-jalan makan angin saja bah, makan angin takkan kena tangkap kan?,” katanya sambil tersenyum.

Kami kemudiannya bergerak meneruskan perjalanan.

Tidak jauh dari situ kami nampak pula sekumpulan maknyah, juga masih muda-muda nampaknya.

DSC01254

Jumlahnya agak ramai, siap bergelak-ketawa dan bergurau senda sesama sendiri tanpa menghiraukan kenderaan yang lalu lalang.

Ternyata mereka lebih ‘DARING’.

Mereka menghampiri kami sambil menunjukkan isyarat supaya menurunkan cermin kereta.
Salah seorang daripadanya memperkenalkan diri sebagai ‘Melisa’.

Belum apa-apa Melisa menghulurkan kertas kecil yang bertulis tangan.

20130321_231716

IKA MELISA NATASHA
019- 802 XXXXX

Siap dilukisnya lambang ‘love’ dan perkataan ‘muahh’…lucu pula melihatnya.

Ala-ala ‘business card’ le tu.

IMG-20130321-WA0009

” Bawalah kami karaoke bang, tak cukup mikrofon kita pinjam yang abang-abang ini ‘punya’,” kata salah seorang daripada mereka sambil ketawa mengilai.
Macam pontianak bunyinya, chisss!

Begitulah keadaannya, demi wang manusia sanggup berbuat apa-apa saja walaupun keadaan sekeliling bagaikan berada di zon perang!

Kisah Nina dan Melisa sebenarnya bukanlah sesuatu yang pelik.

Namun kita jangan lupa, sejarah telah membuktikan yang seks, wanita dan kuasa boleh menumbangkan segala-galanya…oh ye, dalam zaman sekarang, tambah lagi dua- PONDAN DAN GAY SEMESTINYA, opssss! - Mynewshub.my

2 comments:

Anonymous said...

KEsiannn..carik la keja lain,.cuci pinggan mangkuk di kedai pun boleh.

Anonymous said...

Memang kesian..tapi cuci pinggan yang halal dapat RM30.00 tapi jual body dapat RM150.00 semalam ada extra lagi..mana mata tak biru..pe pe pun kubur masing masing berjawab lah nanti ada akal tak nak guna..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!