Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, March 21, 2013

PANAS DI LAHAD DATU..!!! HERO RAKYAT BUNUH PENGGANAS BAKAL DAPAT PENGIKTIRAFAN..!!!

Korang ingat lagi tak pasal cerita penduduk kampung Sri Jaya di Siminul, Semporna, telah memukul seorang pengganas lengkap bersenjata sampai mati. Korang berani tak buat macam penduduk kampung tu?

Aku rasa, tak semua yang berani macam tu, kan? 

Bagi menghargai keberanian penduduk tu, aku rasa tak salah kalau pihak kerajaan memberikan pengiktirafan sewajarnya kepada para penduduk kampung yang berjaya membunuh pengganas tu. Salute la bro..!!!
  
 
PADA pagi 3 Mac lalu, penduduk kampung  bertindak nekad memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam sebelumnya.

Dalam insiden 7 pagi itu, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama
.
Selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa “saya yang menembak polis malam tadi”.

Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang.

Penduduk kemudian mengambil keputusan menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.

Lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung tersebut.

ayie-puteragahara_penjenayah+sulu_semporna (1) 

Mynewshub.my semalam berkunjung semula ke kampung tersebut yang rata-ratanya adalah nelayan, petani dan pekebun ladang kelapa sawit.

Turut bersama kami ialah Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Supritendan Mohd. Firdaus Francis Abdullah.

Ketibaan kami disambut penduduk kampung yang tak sabar-sabar menunggu Mohd. Firdaus untuk meluahkan perasaan mereka.

Ini kerana ramai yang mula bimbang sekiranya pihak pengganas datang semula ke situ dan membalas dendam.

Namun penjelasan Mohd. Firdaus ternyata melegakan hati penduduk.

DSC01318

” Kami (polis) berjanji akan bersama-sama penduduk di sini untuk mempertahankan kedaulatan negara kita, lebih daripada itu, sebuah balai mungkin akan diluluskan untuk dibina di sini dan kita sedang berusaha ke arah itu,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada mereka yang hadir.

Sementara itu Mohd. Firdaus memberitahu PDRM sangat menghargai jasa penduduk kampung berkenaan di atas semangat keperwiraan mereka yang sanggup mempertaruhkan nyawa berhadapan dengan pengganas terbabit.

Katanya, ia merupakan satu pengorbanan luar biasa kerana musuh yang mereka hadapi itu bukan calang-calang, malah lengkap dengan senjata automatik.

” Saya berpendapat yang jasa mereka perlu dipertimbangkan untuk diberi pengiktirafan yang sewajarnya, ia akan diumumkan nanti bila tiba masanya,” katanya. Mynewshub.my

3 comments:

Pentadbir said...

bagi peruntukan pembangunan kat sana biar tempat lain buka mata balasan masyarakat yang sanggup berjuang mempertahankan negara mereka.

Jijan Mali.... said...

Aku setuju kita bagi peruntukan pambangunan infrastruktur. Sampai ka anak cucu boleh pakai...

Anonymous said...

BUAT BAIK DIBALAS BAIK,
BUAT JAHAT....JANGAN SESEKALI !!!

Alangkah indahnya dunia ini jika sekiranya antara kita manusia saling ingat-mengingati, saling bantu-membantu, sayang- menyayangi sesama kita tzanpa hasad dan irihati; dan yang paling penting mengekalkan ukhmah muslimin sejati berlandaskan syiar Agama kita yang kita...

BERSATULAH DEMI AGAMA DAN NEGARA.
BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH.


nurEmyinda

Bila Kak Su Bersuara... Heh!