Sebelum ini tidak ramai
yang kenal dengan individu yang bernama Datuk Hamza Taib. Malah bagi
mereka yang tidak pernah membuat liputan yang berkait dengan berita
kepolisan, rasanya namanya pun tidak pernah didengar.
Namun kini boleh dikatakan setiap hari
kita menanti beliau di kaca televisyen. Kenyataannya sememangnya
dinanti-nantikan bagi mengetahui perkembangan Ops Daulat di Lahad Datu,
Sabah, yang diserang pengganas yang menceroboh kedaulatan negara.
Beliau kelihatannya bengis, garang, dan
tegas ketika sidang media. Datuk Hamza juga dikatakan “cepat melatah”
sekiranya diaju soalan-soalan provokatif khususnya dari media Filipina,
GMA 7, yang bersifat “ala-Malaysiakini”.
Misalnya, wartawan GMA 7 itu mendakwa
kononnya pihak PDRM mengambil kesempatan ke atas para pengganas dengan
serangan bertubi-tubi meskipun Jamalul Kiram mengumumkan gencatan
senjata.
Kata Datuk Hamza, PDRM tidak lagi
menghormati sebarang kata-kata Kiram memandangkan pengganas yang
dihantarnya membuat onar di bumi Sabah itu telah membunuh dua anggota
PDRM walaupun “sultan palsu” itu mengumumkan gencatan senjata sehari
sebelumnya.
Dalam ertikata lain, kata-kata Kiram
layak “dibakul sampahkan” saja dan langsung tidak boleh dipakai. Siapa
boleh tahan bila musuh angkat bendera putih dan bila anggota keselamatan
datang menghampiri mereka dihujani dengan peluru?
Pada saya, jawapan yang diberikan Datuk Hamza itu tepat dan sangat wajar.
Bayangkanlah jika anda berada di tempat
beliau. Anggota bawahannya terkorban dibunuh pengganas yang menceroboh
dan menipu dengan bendera putih. Mujur beliau dapat mengawal emosi.
Kalau kita, mungkin kita sudah mengamuk sakan!
Sudahlah begitu, ditambah pula dengan
soalan-soalan provokatif melampau dari wartawan ala-ala Malaysiakini
yang kurang ajar dan tidak berlandaskan hakiki, tidak hairanlah beliau
terpaksa bertegas dengan jawapannya.
Kalau kita yang hadapi situasi begitu, rasanya mungkin wartawan-wartawan kurang ajar itu kita jawab dengan pistol!
Sebagai seorang Ketua Polis Sabah, saya
yakin bahawa beliau tahu tentang pandangan pihak Pakatan Haram terhadap
tindakan pasukan keselamatan yang dikendalikannya, terutama di Lahad
Datu.
Saya yakin beliau tahu tentang pihak
pembangkang yang pernah menyifatkan mereka sebagai “anjing”, “pengecut”
dan sering mempersoalkan segala tindakan yang dilakukan bagi menghadapi
penceroboh dari Filipina itu.
Meskipun begitu, beliau menegaskan bahawa
wira-wira negara yang sedang bertugas di sana tidak pernah luntur
semangat dengan kutukan dan kecaman pihak yang tidak bertanggungjawab
itu.
Lebih menarik dan menyentuh hati, Datuk
Hamza mendedahkan rahsianya bahawa beliau mendapat ketenangan dari
kekalutan yang melanda di negeri yang berada di bawah kuasanya itu
dengan membaca Al-Quran pada setiap pagi selepas solat Subuh.
Lebih membanggakan Ketua Polis Sabah ini
akan memastikan dirinya tidak pernah meninggalkan solat lima waktu
setiap hari bagi mengucapkan rasa syukur serta mempeoleh keberkatan
dalam setiap tindakannya.
Begitulah keperibadian seorang Ketua
Polis negeri yang sering “dianjingkan” pihak parti pembangkang. Meskipun
beliau tidak berserban, berjubah dan tidak tahu berpolitik, namun
perjuangannya mempertahankan Islam, bangsa dan negara wajar dipuji.
Semoga segala kekacauan yang berlaku di
Sabah akan segera tamat dan negeri di bawah bayu itu kembali aman
tenteram sebagaimana sebelumnya. Amin.
Sumber: Mykmu.net


4 comments:
aku ada 3 orang anak lelaki.yg sulong sem 4 kt politeknik jurusan kejuteraan..yg no2 tingkatan 4..yg bungsu darjah 5..ketiga tiga nya nak jadi macam KP Sabah ni.bravo!!!u are my kids idol...
Dia juga menyelamatkan bossnya Dari imej yg serba lembek, serba gagap, serba mimpi ketika memberi sidang akhbar...
Kpn bila nak letak jawatan?
Agree with kluangman.
En. kluangman. KPN bukannya serba lembek, serba gagap dan serba mimpi. beliau cuba menunjukan sikap lebih bediplomasi bagi menjawab soalan provokatif wartawan filipina yang seperti malaysiakini. jika beliau terlalu tegas, media asing ini akan menyiarkan bahawa polis dan KPN agak kasar menjawab soalan wartawan.
Post a Comment