Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, March 19, 2013

OPS DAULAT: DENGARLAH RINTIHAN ETNIK SULUK DI LAHAD DATU, SABAH..!!!

Aku terbayang kalau masyarakat Melayu di Kemboja, Thailand, Indonesia, Filipina atau di merata dunia buat hal dan jadi pengganas yang menceroboh kedaulatan negara orang. Apakah Melayu di Malaysia yang tak terlibat juga akan dipersalahkan?

Dan kini, orang Suluk di Sabah pula dituduh segelintir pihak sebagai tidak taat pada negara. Ada pula yang tuduh mereka pengkhianat. Betulkah begitu?

Nah. Baca sendiri rintihan suara orang Suluk di Sabah. Ada beza antara etnik Suluk dengan orang Sulu sebenarnya. Apa bezanya..? Teruskan membaca di bawah...

Jangan Musuhi Kami Hanya Kerana Kami Orang Suluk!

Ramai di antara kita masih keliru antara etnik Suluk di negara ini dan orang Sulu dari selatan Filipina.
Walaupun ada mengatakan mereka dari suku kaum yang sama tetapi budaya dan pemikiran pengganas Sulu yang menceroboh itu jelas berbeza dan bertentangan dengan moral masyarakat Suluk di negeri ini.
Bagi peneroka-peneroka Felda Sahabat di sini yang terdiri dari etnik Suluk, mereka kecewa kerana ramai yang beranggapan mereka juga terlibat dalam mendalangi insiden pencerobohan pengganas militan Sulu itu.
DSC01314
Bagi Datu Datu Ibrahim Datu Abd. Karim, 55, beliau sedih kalau ada yang beranggapan sebegitu hanya kerana ‘darah’ yang mengalir dalam tubuh mereka.
” Ya mungkin keturunan moyang-moyang kita dari selatan Filipina tetapi kami semua lahir di sini, ada kad pengenalan seperti warganegara Malaysia yang lain, kami bersyukur atas nikmat tersebut dan tidak pernah terfikir langsung untuk mengiktiraf sesiapa saja dari sana, malah kami sanggup berjuang demi negara kita yang tercinta.
” Jangan hanya kerana ada orang Sulu dari Filipina membuat angkara, kami hendak dikaitkan sekali, itu tidak adil buat kami.
” Kami gembira kerana kepimpinan tertinggi negara faham situasi tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengerti jadi tidak ada sebab untuk mengaitkan kami dengan apa yang berlaku,” katanya pada Mynewshub.my.
DSC01315
Pendapatnya turut disokong seorang lagi peneroka, Nasib Osup. Menurut Nasib, kesetiaan orang Suluk di Sabah tidak perlu dipertikaikan bahkan ramai pemimpin utama kerajaan negeri dan negara juga dari etnik yang sama.
” Kami perlu bersuara kerana ramai yang tidak faham apa yang sebenarnya berlaku sekarang ini, Tuhan saja yang tahu betapa takutnya kami ketika insiden ini berlaku, pekan jadi sunyi, anak-anak risau ke sekolah, semua rasa nyawa mereka terancam.
” Mungkin ada satu dua orang yang terlibat, ternyata mereka itu ada agenda sendiri yang hanya mereka saja yang tahu kenapa sanggup sampai jadi sekejam ini, membunuh dan menzalimi pegawai keselamatan kita yang tidak berdosa.
” Kami etnik Suluk tidak boleh menerima apa yang orang Sulu Filipina ini lakukan terhadap mereka dan kami semua secara keseluruhannya,” tegasnya.
DSC01313
Bagi Mumin Abd. Lala, mereka kesal kerana pendatang Sulu itu tidak menghargai tempat di mana mereka datang berteduh dan mencari rezeki.
” Kita faham hidup di sana susah, mundur…jadi bila mereka datang untuk mencari nafkah maka kita tidak banyak persoal kerana mereka juga perlu wang untuk meneruskan kehidupan.
” Malang sekali kerana ada di antara mereka yang sanggup hendak berperang dengan kita, jadi bila jadi macam ni, bukan kita saja yang susah, pendatang Sulu yang tak tahu apa-apa pun kena menanggung akibatnya,” katanya kesal. - Mynewshub.my

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!