Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, March 19, 2013

OPS DAULAT..!!! 4 PERTEMPURAN SEMALAM, 3 DITAHAN SUSPEK PENGGANAS..!!!

Mungkin sedang kita tengah tidur diulit mimpi semalam, tanpa kita sedari wira-wira negara sedang bersabung nyawa bertempur dengan pengganas yang dihantar Kiram III di Lahad Datu, Sabah.

Dan mungkin juga sedang wira-wira itu bertarung peluru bersimpang siur, ramai pemimpin dan balaci-balaci Pakatan Haram sedang mencaci-cerca pasukan keselamatan negara di wilayah konflik di sana.

Berikut adalah laporan dari KP Sabah, Datuk Hamza Taib mengenai 4 pertempuran yang berlaku semalam...



Semalam ada 4 pertempuran berlaku. Alhamdulillah, tiada sebarang casualty berlaku terhadap anggota keselamatan negara kita. Selain itu seramai 3 orang suspek musuh telah berjaya ditahan dalam operasi semalam...

So far,  dah ada 107 orang jumlah tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)....

Empat Pertempuran Berlaku Semalam

Empat pertempuran berlaku antara pengganas dan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi menggeledah dan menjejaki musuh di kawasan Tanjung Batu di sini semalam.

Tiada kecederaan dilapor dalam empat pertempuran antara 8.05 pagi hingga 5 petang itu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib hari ini.

Beliau berkata, dalam operasi semalam, pasukan keselamatan turut menahan tiga lagi individu di Sandakan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas, menjadikan jumlah tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kini 107 orang.

“Segala laporan siasatan siap dan kesemua mereka akan didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat,” katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi FELDA Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Hamza berkata, operasi menggeledah, menjejaki musuh dan membersih kawasan kubu pengganas di Tanjung Batu dijangka selesai hari ini dan pihaknya percaya bilangan pengganas yang tinggal, kurang daripada 50 orang.

Sementara itu, Ahmad Zaki berkata, pasukan keselamatan turut menggunakan 12 kereta perisai berantai Adnan yang mampu bergerak dalam pelbagai bentuk muka bumi.

“Kami yakin dengan tahap mobiliti, daya perlindungan dan kemampuan kereta perisai kami dalam melancarkan Operasi Daulat,” katanya.

Krisis pencerobohan pengganas dari Sulu sejak 12 Februari lalu mengorbankan sembilan anggota pasukan keselamatan manakala seorang anggota tentera maut dalam kemalangan jalan raya ketika menyertai konvoi Operasi Daulat.

Seramai 62 pengganas ditembak mati dan 241 orang ditahan kerana memasuki zon merah kawasan operasi dan pelbagai kesalahan lain. – BERNAMA

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!