Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, March 27, 2013

LENANGAN AIRMATA ANAK ALLAHYARHAM SARJAN SALAM MEMBUAT HATI AKU MENANGIS...


Gambar di atas adalah gambar adik Sazreen Salam, anak lelaki Allahyarham Sarjan Salam yang terkorban dibunuh pengganas Sulu di Lahad Datu... 

Gambar tersebut sempat dirakam oleh jurugambar NST, Aizuddin Saad, pada sambutan Hari Polis dua hari lepas.

Terus terang aku katakan, linangan airmata dari adik Sazreen ni benar-benar buat hati aku tersentuh. Cuba bayangkan jika kita berada di tempatnya. Bayangkan jika Sazreen itu adik kita, anak kita atau sanak saudara terdekat kita.. apa kita rasa?


Bukan mudah membesar tanpa ayah. Bukan mudah untuk mengenal hidup dunia tanpa bantuan dan sokongan dari seorang ayah. Dan mungkin Sazreen rindukan kasih sayang dari ayahnya. Kenangkan saat-saat dia menerima kasih sayang dari ayahnya...

Pada aku, sebagai seorang manusia, Adik Sazreen adalah mangsa nafsu buas Kiram dan konco-konconya. Dan dia mungkin mangsa dalang pengkhianat insiden Lahad Datu yang bersembunyi di sebalik topeng haiwan dan tinggal di negara ini...

Kalau aku jadi Adik Sazreen, sepanjang hayat akan aku cari dalang dan penyebab kematian ayah. Akan aku heret ke muka pengadilan dan biar dia rasanya bagaimana deritanya tali gantung menjerat leher sampai patah terkulai..!

Selebihnya kita serahkan pada Allah SWT. Hukuman di dunia hanyalah dunia semata. Tunggulah azab Allah di akhirat kelak, pastinya tidak tergambar keperitan dosa pengganas dan pengkhianat negara itu..!!!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!