Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, March 8, 2013

LAHAD DATU: WARGA #FELDA MARAH TIAN CHUA ENGGAN MOHON MAAF..!!!

Tien Chua

Saya diberitahu oleh seorang rakan media yang hadir di sidang akhbar Naib Presiden PKR, Tian Chua, berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu yang beliau katakan sebagai “konspirasi terancang UMNO” di ibupejabat parti itu tengahari tadi.

Menurut Tian Chua, dia amat marah terhadap para pemimpin BN dan blogger-blogger pro-kerajaan yang menyerangnya bertalu-talu termasuk melalui kiriman SMS di telefon bimbitnya. Dia turut menafikan pernah menghina pasukan keselamatan yang sedang bertugas di Lahad Datu.

Memutar belitkan kenyataannya sebelum ini, Tian Chua menjelaskan bahawa dakwaan Anwar menghantarnya ke Manila untuk berunding dengan MNLF pimpinan Nur Misuari dan tuduhan penglibatan “boss”nya di dalam insiden Lahad Datu adalah satu “sandiwara” yang dimaksudkan.


Malanganya, sidang akhbar Tian Chua yang turut dihadiri oleh “Sam Ketot” itu langsung tidak menunjukkan Naib Presiden PKR itu rasa bersalah atas keceluparan mulutnya. Malah nak mengaku salah cakap pun tidak!

Persoalan utamanya, siapa yang cari pasal? Siapa yang celupar dan media mana yang siarkan keceluparan mulut Tian Chua yang berbau “longkang” itu?

Kenyataan siapa yang tersiar di Keadilandaily pada 1 Mac yang lalu yang menyatakan bahawa “insiden tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat”?

tian chua

Kenyataan siapa? Itu kenyataan Tian Chua. Disiarkan di mana? Itu adalah fakta yang di “printscreen” dari laman rasmi PKR, bukan UMNO dan bukan blog pro-kerajaaan. Itu kesnya.

Dalam kenyataan itu, tidak pula disebut mengenai dakwaan Tian Chua ke Manila atau pembabitan Anwar dengan Nur Misuari atau MNLF. Jadi siapa yang “bersandiwara” sekarang dan siapa yang cuba “menegakkan benang yang basah”?

Tian Chua dikecam dan dikutuk hebat atas keceluparannya sendiri yang disiarkan oleh Keadilandaily.com. Hasil dari kenyataannya itu, ramai yang bertindak membuat laporan polis dan menyerangnya dari blog-blog tempatan.

Mengenai nombor telefon Tian Chua yang disiarkan oleh pihak-pihak blogger pro-kerajaan, siapakah yang memberikan nombor telefonnya kepada blogger-blogger berkenaan? Takkanlah blogger-blogger itu dapat dari “google.com” pula, kan?

Mungkin juga ada dikalangan pemimpin atau rakan-rakan rapat Tian Chua yang marah dengan kenyataannya itu dan memberikan nombor telefon lengkap dengan alamat rasminya sekali, kan? Cuba tanya rakan-rakan Tian Chua lah…

Paling mengecewakan, Tian Chua langsung tidak rasa bersalah dan tidak pun meminta maaf dalam sidang akhbar itu. Sudah terang-terang dia menghina UMNO dan menyalah anggap pasukan keselamatan negara di Keadilandaily.com, masih lagi tak mahu mengaku bersalah?

Apa salahnya jika dia mengaku saja bersalah? Mengaku bersalah membuktikan dia masih ada maruah dan berfikiran rasional. Saya yakin kalau dia minta maaf, orang ramai tidaklah terlalu marah padanya, bukan?

tien_chua

Jadi, Tian Chua tidak perlu marah atau kecil hati kalau seluruh rakyat marah padanya. Dia perlu menerima hakikat bahawa kalau dia berani bercakap, maka dia dia juga perlu berani menanggung akibat dari kata-katanya itu.

Sidang akhbar Tian Chua siang tadi sememangnya tidak membawa sebarang kesan. Tak buat sidang akhbar lagi bagus rasanya. Malah saya menjangkakan bahawa sidang akhbar itu akan memarakkan lagi kemarahan rakyat padanya.

Cukup-cukuplah mempolitikkan keadaan keselamatan negara. Isu pencerobohan Lahad Datu adalah soal kedaulatan dan keselamatan yang tidak mengandungi sebarang unsur politik. Atau Tian Chua cuba nak sembunyikan penglibatan Anwar dalam “konspirasi” Anwar-Misuari? Betulkah?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!