Iklan Berbayar

Ucapan Aidilfitri Mukhriz Dan Rakyat Kedah...

Sunday, March 3, 2013

KENYATAAN TERKINI DALANG PENCEROBOHAN LAHAD DATU, SABAH..!!!


Jamalul Kiram III mendakwa pihaknya menahan empat pegawai polis Malaysia semasa pertempuran di Semporna yang turut menyebabkan kematian lima anggota polis, semalam. 

Jamalul Kiram membuat dakwaan itu ketika sidang media yang diadakan di Kota Taguig, di mana mereka turut menafikan mengarah pengikut membuat serangan balas terhadap polis Malaysia, lapor wartawan Divine Caraecle untuk Radio dzBB. 

Selain itu, "Sultan Sulu" itu mendakwa turut tidak menyuruh pengikutnya untuk menahan tebusan-tebusan tersebut. 


Lewat petang semalam, seorang pegawai dan empat anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, seperti disahkan oleh kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang akhbar di Lahad Datu hari ini. 

Beliau bagaimanapun tidak menyebut sebarang penahanan anggotanya oleh kumpulan Jamalul Kiram. Sebaliknya menurut Ismail, pihaknya kini sedang memburu 10 penceroboh, di mana tiga daripada mereka bersenjata dan memakai pakaian kelengkapan tentera. 

Polis juga kini sedang meneliti sekiranya kejadian yang berlaku di Semporna dan Kunak ada berhubung kait dengan kes di Kampung Tanduo, Lahad Datu yang mengorbankan dua pejuang negara kita, Jumaat lalu. 

Setakat ini, polis menahan tiga penceroboh yang bersenjatakan pisau yang dilihat cuba untuk mengelak kawalan keselamatan di sekitar Kampung Tanduo, semalam. 

Sementara itu melalui The Star, dua anggota polis yang terbunuh di Kampung Seri Jaya Siminul telah dikenalpasti sebagai seorang yang berpangkat superintendan dan sarjan. 

 Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, seorang lagi anggota polis dan seorang penduduk di situ telah tercedera akibat insiden semalam. 

 Pihaknya juga akan menyiasat sama ada kumpulan penyerang itu ada hubung kait dengan penceroboh bersenjata yang mendakwa mereka adalah tentera Kesultanan Sulu yang berpangkalan di Filipina. 

Sebilangan besar penduduk juga dilihat sudah bersedia untuk meninggalkan kampung halaman mereka setelah kampung mereka kecoh dengan pertempuran yang berlaku semalam. 

“Kami telah diarahkan untuk berkurung di rumah atau hanya boleh meninggalkan rumah sekiranya pihak penceroboh sudah berjaya ditawan oleh pihak berkuasa kita,” kata salah seorang penduduk yang ditemubual oleh pihak media.- Mynewshub.my

1 comment:

Anonymous said...

Greetings from Abiva Publishing House, Inc.!

Abiva is a Philippine publisher offering textbooks in basic education. We are currently securing permission or license of the materials that will be included in our History textbook. Our author wishes to include in this textbook, the photo of Jamalul Kiram III featured in your website (as seen in http://dukeofumno.blogspot.com/2013/03/kenyataan-terkini-dalang-pencerobohan.html ). In light of this, may we respectfully request your permission to reprint and reproduce the photo being referred to in the link provided.

We sincerely hope for your favorable response to our request. Please send us your reply stating your permission and/or other conditions we need to comply with. For further inquiries you may email me at abivabookdev.kp@gmail.com.

Thank you so much!