Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, March 3, 2013

GEMPARRR..!!! SALLEH YAAKOB TEKAD TERUS BUKTIKAN KEJIJIKAN ANWAR BERAHIM..???

salleh yaakob

Saya benar-benar terkejut dengan artis serba boleh, Salleh Yaakob, yang mengumumkan persaraannya dari industri seni tanahair ekoran tidak dapat menahan tekanan yang dihadapi akibat lakonannya di dalam siri Youtube, Bangkang Dari Longkang.

Lakonannya memberikan “janji-janji bulan dan bintang’ yang diadaptasi dari “buku JingGay” serta sebagai penyokong “ceramah ramadhan” benar-benar berkesan dan sinikal membuatkan ramai yang tidak kering gusi ketawa. Begitu menghiburkan dan menarik!

Namun bagi mereka-mereka yang tidak rasional dan tidak dapat menerima kebenaran di dalam siri-siri Youtube itu, saya pasti merekalah penyebab utama industri hiburan negara kehilangan seorang penghibur yang diminati ramai itu.


Apa masalahnya dengan youtube tersebut? Ada yang terasa pedas dengan kandungannya yang menyengat minda mereka? Tak tahan dengan lawak sinis yang memaparkan kebenaran tentang buku JingGay dan realiti ceramah agama ala-ala PAS?

Terang-terang puak-puak Pakatan Haram menjanjikan “bulan dan bintang” di dalam buku JingGay. Kononnya segala kemahuan dan suara rakyat akan mereka dengar. Kononnya akan mereka tunaikan segala kehendak rakyat.

Merujuk pada manifesto Pakatan Haram pada PRU ke-12 yang lalu, kita boleh lihat sendiri betapa mereka gagal menunaikan segala yang ditulis di dalamnya. Pembangkang hanya memberikan komitmen untuk menjaja manifesto, tapi mereka tiada komitmen untuk melaksanakannya.

Misalnya, Pakatan Haram Selangor menjanjikan elaun khas bulanan kepada para ibu tunggal di seluruh negeri termaju itu di dalam manifestonya yang lalu. Namun hampir lima tahun memerintah, jangankan elaun, “sekupang” pun mereka tak berikan pada ibu-bu tunggal tersebut.

Padahal, ibu-ibu tunggal itulah bersusah payah keluar mengundi Pakatan Haram pada PRU ke-12 yang lalu kerana “termakan” janji manifesto mereka. Wajarkah ibu-ibu tunggal tersebut di tipu sewenang-wenangnya begitu? Itu baru bab ibu tunggal, belum lagi rakyat lain yang turut tertipu!

Jadi, tepatlah lawak sinis Salleh Yaakob yang memaparkan “modus operandi” penipu rakyat itu di dalam youtube “buku JingGay” itu, bukan? Mereka kononnya tulis segala kehendak rakyat, padahal mereka tidak tunaikan pun apa yang disuarakan…

Begitu juga dengan siri “ceramah ramadhan”. Bersemangat Afhlin Shauki datang untuk mendengar ceramah agama tentang bulan Ramadhan. Siap duduk di barisan paling depan lagi. Malangnya, bukan ceramah agama yang dihidangkan, malah ceramah politik pula dihamburkan…

Salleh Yaakob yang berlakon sebagai “penyokong PAS” di dalam siri itu tarik muka pada Afdhlin yang komplen tentang “ceramah agama” yang tidak bercerita mengenai agama. Kononnya, dia suka pada ceramah politik yang menggantikan ceramah agama itu.

Memang pedas dan pedihlah! Pedas bagi mereka yang makan cili, pedih bagi mereka yang buat perangai buruk itu, kan? Memang itu yang berlaku secara realitinya. Kenapa nak marah Salleh Yaakob pula? Marahlah pada mereka yang “beragamakan PAS”!

Sebagai salah seorang peminat keletah Abang Jem dan Wak di Sinar FM, saya memohon agar SY menarik balik persaraannya. SY perlu tahu bahawa berjuta-juta rakyat di negara ini menyokong lakonan beliau di dalam siri-siri Youtube itu.

Salleh Yaakob perlu meneruskan kariernya sebagai penghibur memandangkan itu sumber rezeki utamanya untuk menyara keluarga yang besar. Harap beliau tidak patah semangat kerana peminat sentiasa berada dibelakang untuk menyokongnya! Hidup Abang Jem! Hidup SY!

Pembangkang perlu belajar dari kebenaran yang disampaikan dari lakonan Abang Jem itu. Abang Jem hanya menyampaikan kebenaran dan dia tidak wajar dikecam atas kebenaran tersebut.

Lagipun, selama ini puak-puak pembangkang keluarkan pelbagai Youtube yang memfitnah BN. Tak ada yang meroyan pun! Tapi bila rasa pedas dengan cili yang digiling Abang Jem dan rakan-rakannya, Pakatan Haram nak marah pula? Poyo betul..!!!

Patutnya, Pakatan Haram berterima kasih pada Salleh Yaakob kerana menyedarkan tentang kesalahan mereka. Kalau terasa pedas, janganlah makan cili lagi. Yang pedasnya mereka, kenapa pula nak humban batu giling dalam perigi? Tindakan itu takkan hilangkan rasa pedas pun, kan?

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Siapa mkn cili terasa pedasnya.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!