Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, March 15, 2013

GEMPARRR..!!! PARLIMEN BUBAR PETANG NI..???

Aku tak pasti sama ada berita yang aku terima ni benar atau tidak. Namun sumber yang memberitahu aku pasal perkara ni memang selalunya tepat dan tidak pernah silap sebelum ini.

Yup! Pasal tarikh pembubaran Parlimen dan PRU ke-13 laaa.. apa lagi?

Sumber aku kata, hari ni ada meeting besar dan berkemungkinan besar Najib akan umumkan sesuatu selepas meeting tu selesai pada petang atau malam ni...tapi ada lagi ceritanya...



Katanya, kalau PM tak umum petang atau malam ni, mungkin pengumuman tu akan dibuat pada hari Isnin depan. Tapi, dia hany menjangkakan Najib hanya akan umum tarikh pembubaran parlimen dan bukannya membubarkan parlimen ketika pengumuman dibuat...

Entah la. Aku berpendapat bahawa Parlimen akan dibubarkan pada bulan depan sebelum 21 April 2013 sebab DUN Melaka dan Johor akan automatik terbubar pada tarikh tu kalau Parlimen tidak dibubarkan...

Seperkara lagi, insiden di Lahad Datu sedang cuba diselesaikan secepat mungkin dalam masa terdekat. Kemudian, LIMA '13 pula akan berlangsung bermula 26 Mac hingga akhir bulan ni. Takkan tima LIMA '13 tu takde "working government", kan?

PM punya lebih kurang 2 bulan lagi mandat sebelum membubarkan parlimen. Aku jangka, Parlimen akan dibubarkan pada awal April dan PRU ke-13 akan diadakan dalam jangka masa 2 minggu dari tarikh pembubaran parlimen tu...

Tapi tu semua hanyalah jangkaan aku berdasarkan maklumat-maklumat yang sampai kat aku. Belum pasti betul atau tidak... Sama-sama la kita tunggu...heh!

P/s: Aku tunggu Khalid Gagap umum bubar DUN Selangor..!!! Heh! Bubar la kalau berani..!!! Heh!

1 comment:

Anonymous said...

Khalid gagap tu sakit mulut,tu yg tersaul.otak pikir lain mulut ckp lain.mengaban je khalid rambut kusut masai.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!