Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, March 20, 2013

GEMPARRR..!!! "MAK LAMPIR" KATA MANIFESTO PAKATAN HARAM TAK LENGKAP..??? CISSS...!

manifesto

Sebagaimana maklum, seluruh rakyat Malaysia sedang berdebar-debar menantikan pengumuman dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai tarikh pembubaran parlimen dan seterusnya tarikh PRU ke-13.

Khabarnya sudah dekat sangat dan mungkin kerana itulah Pakatan Haram cepat-cepat menyuruh jawatankuasa khas mereka bermesyuarat siang malam untuk menyediakan Manifesto Pakatan Haram untuk PRU kali ini…

Setelah berhempas pulas, maka siaplah manifesto tersebut dan dengan bangganya ia telah dibentangkan pada Februari lalu di Shah Alam Convention Centre oleh pimpinan tertinggi Pakatan Haram…

Bentang punya bentang, dengan puji-pujian melangit Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Karpal Singh pada manifesto itu, tiba-tiba Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin meluahkan rasa geram dan terkilannya terhadap kandungan manifesti tersebut.

Geramnya “Mak Lampir” itu sehingga sanggup membuat sidang akhbar kemudiannya. Zuraida meluahkan rasa kecewanya apabila tidak banyak memberikan tumpuan terhadap kaum wanita di negara ini.

Zuraida dalam kenyataannya itu menegaskan bahawa dia akan mengadakan Konvensyen Wanita Pakatan Haram dalam masa terdekat sebelum PRU ke-13 bagi memantapkan lagi manifesto pihak pembangkang itu.

Selain itu, muncul pula kenyataan-kenyataan dari pemimpin pembangkang dari kaum India yang tidak berpuas hati dengan manifesto Pakatan Haram itu yang kurang memberikan penekanan atau fokus kepada kepentingan kaum mereka.

Menurut mereka, manifesto Pakatan Haram itu jelas melupakan kepentingan kaum India dan tidak menyebelahi mereka sebagaimana yang diharapkan. Mereka mahu manifesto yang lebih menyeluruh dan mendengar desakan serta permintaan mereka sebelum ini.

Jelaslah di sini bahawa Pakatan Haram sebenarnya tidak mementingkan kepentingan wanita dan kaum India di negara ini. Jika tidak, takkanlah mereka “sengaja” cicirkan dua golongan tersebut dari fokus PRU ke-13 nanti, bukan?

Apa maksud Zuraida yang mahu mengadakan konvensyen khas untuk wanita Pakatan Haram dan mahu manifesto yang lebih mantap untuk kaum hawa di negara ini? Apakah dia mahu tokok-tambah manifesto yang dibentangkan Ketua Pembangkang?

Ini membuktikan bahawa manifesto Pakatan Haram itu banyak cacat celanya dan sama sekali penuh dengan pelbagai kelemahan yang jelas boleh dilihat. Kalau pemimpin pembangkang sendiri nampak cacat celanya, apatah lagi rakyat!

Pada saya, manifesto yang Pakatan Haram lancarkan itu merupakan ringkasan kepada “kitab suci” pihak pembangkang, “Buku JingGay”, dengan mengambil serba sedikit kandungannya mengikut keutamaan DAP dan PKR.

Boleh dikatakan tiada langsung dasar manifesto itu yang diceduk dari perjuangan PAS. Biasalah. Mungkin PAS hanya “pak pacak” di dalam Pakatan Haram dan dasar-dasar mereka sememangnya tak laku lari awal penggabungan parti-parti pembangkang itu.

Kasihan PAS. Namun apakan daya. PAS hanya dilihat seolah-olah bagaikan “keldai” yang boleh “dibalacikan” saja oleh DAP dan PKR. Di awal gabungan saja kita dapat lihat dua dasar perjuangan PAS dimansuhkan begitu saja, apatah lagi dasar-dasar kecil yang lain. Langsung tak masuk buku!

Mungkin itulah balasan dari Allah SWT terhadap satu pihak yang melawan perintahNya. Allah SWT larang berkawan dengan “syaitan”, tapi PAS degil dan mahu juga bersahabat “sekatil” dengan “syaitan-syaitan” itu. Maka terimalah akibatnya…kan?

Sumber: Mykmu.net

3 comments:

Anonymous said...

Lama betul tak dengar berita tentang Jomo K Sundaram, pakar ekonomi tu. juga Dato Shahnon Ahmad Sasterawan Negara. Apa dah jadi pada mereka sekarang ni ek????.

Anonymous said...

Ini baru betul-betul dipanggil SANDIWARA!!!!! Kita lihat sajalah SANDIWARA mereka dalam episod seterusnya. He..he..he..

Anonymous said...

Good comment. Tengok gambar Nuar tu macam pernah tengok kat mana-mana. Eh tak caya lah.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!