Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, March 25, 2013

GEMPARRR..!!! HADI AWANG "TAMPAR" PHAHROLRAZI ZAWAWI..!!!

Nampaknya berita ini benar-benar membuat puak-puak PAS meroyan sakan, khususnya yang Phahrolrazi, Dr. Ismail, Nasir Mustapha, Mahfuz "Bean" Omar dan Mat Sabun. Marah nampaknya depa ni...heh!

Apa tidaknya bila Presiden PAS masuk menyebelahi Azizan dalam banyak perkara. Terbaru ni pun, Hadi Awang tegaskan sekali lagi Ustaz Azizan tu boss paling besar PAS di Kedah...Jadi, jangan harap la hangpa semua boleh jatuhkan Azizan dalam PAS.

Phahrolrazi boleh hantar Nasir Mustapha, Dr. Ismail atau sesiapa saja jumpa Cikgu Pa di ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut kat KL nunnn.. Hangpa boleh terus berkomplot dengan Mat Sabun di KL untuk jatuhkan Azizan Razak...



Mahfuz pulak boleh teruskan mimpi "Mr Bean"nya di Kedah. Dan penyokong Phahrolrazi boleh blahhhhh dari PAS Kedah kalau tak suka kat Azizan Razak...

Yang depa perlu tau, Azizan kukuh dalam PAS di Kedah ni. Tak payah la hangpa susah payah nak gulingkan dia. Macam la hangpa tu hebat sangat! Heh! 

Hangpa tak sehebat Azizan. Azizan boleh bina kampus KUIN di Kuala Ketil tanpa asrama dan kemudahan asas. Hangpa boleh? Azizan serba tak tau apa-apa...hangpa boleh buat macam tu? Heh! Hangpa ni teruk betoi laaa...heh!

ALOR SETAR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi mengulangi pendiriannya  bahawa Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan terus memimpin Pas Kedah sebagai Pesuruhjaya dan tidak ada sebarang pertukaran dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Semua pimpinan Pas negeri termasuk dewan diminta menumpukan kerja dalam menghadapi PRU13 yang bakal dihadapi dalam waktu terdekat ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Politiknya, yang dipetik oleh HarakahDaily Rabu lalu.

Kenyataan itu dibuat berdasarkan kepada laporan Sinar Harian, berhubung cadangan Dewan Ulama Pas Kedah, melalui Setiausahanya, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli supaya Pas pusat melantik Pesuruhjaya Kedah yang baru untuk menghadapi PRU13 ini.

Pada 21 Februari lalu, Abdul Hadi mengesahkan parti itu tetap mencalonkan Azizan bertanding dalam PRU13, dan tiada sebarang isu berbangkit mengenai calon yang akan menggantikan Azizan sebagai menteri besar.

Reaksi Abdul Hadi itu adalah bagi mengulas dakwaan desakan akar umbi termasuk 11 kawasan Dun yang dipercayai sepakat mahu Azizan melepaskan jawatan parti kerana didakwa gagal menyelesaikan masalah parti itu.

Abdul Hadi turut beranggapan tentangan segelintir ahli Pas terhadap Azizan sebagai ‘masalah kecil’, selain disifatkan berita pilihan raya.

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!