Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, March 21, 2013

CERITA TERKINI DARI MEMBER AKU DI LAHAD DATU...

Brader UTK yang selalu teman member aku masuk kampung! Thanks bro..
Alhamdulillah, sehingga sekarang member aku yang ke Lahad Datu tu masih selamat di bawah peliharaan Allah SWT. Takde cedera sikit pun. Maklum la, dia berjuang guna mata pena, bukan mata parang atau muncung senapang! Heh!

Cerita punya cerita, rupanya member aku di selalu ditemani oleh seorang anggota UTK. Perghhh..!!! Ganas gila..Heh! Macam tu member aku ni memang pandai bawak diri... 

Jom aku cerita pasal brade UTK nih...

Ceritanya tak panjang pun, cuma brader UTK ni berumur 27 tahun dan berbangsa Iban dari negeri Sarawak. Brader ni la yang selalu ke hulu ke hilir temankan member aku masa buat coverage masuk kampung kat Lahad Datu dan Semporna...

Lengan brader ni memang bertatu. Wajahnya bengis.. Tu gambar kat atas tu la gambar brader tu, cuma pakai topeng jer. Ke mana-mana pun dia pegi dah tentu dia bawak rifel automatik dia tu...err.. boleh ajar aku menembak tak, bro?

Walaupun ganas, siapa sangka brader UTK ni minat M Daud Kilau! Perghhhh..!!! Siap nyanyi lagu Cik Mek Molek kan dalam van, member aku kata! Heheheeee.. Retro gilerrr..!!! Heh!

Aku ucapkan terima kasih bebanyak kat brader UTK ni sebab dia banyak bantu member aku kat Lahad Datu tu. Keselamatan adalah priority ketika membuat liputan di wilayah konflik. Thanks a lot, bro!

Pada member aku, hati-hati masa buat liputan tu. Bukan apa, aku risau gak la pasal member aku ni kengkadang terlalu asyik buat liputan sampai lupa dia dalam wilayah konflik. Lagi satu, kalau brader UTK tu turun KL atau Kedah, bagitau aku. Manalah tahu aku sempat belanja dia makan roti telur...

P/s: Itu je yang aku mampu. Terpaksa ikat perut jadi blogger kat Kedah ni...adehhh..

5 comments:

Damar Wulan said...

part ikat perut ni yang aku suka hehe biasalah bro pendalaman kenalah ikat perut

Damar Wulan said...

part ikat perut ni aku paling suka...liputan hanya dari kawasan pendalaman pendang dan kawasan sekitarnya.Ketua Bahagian dan angkatan pun tak dapek nok nolong sebab tak bopa nak kenai dan selalu buat buat tak nampak dan buat buat tak kenai...hahaha

Damar Wulan said...

part ikat perut ni aku suka...biasalah bro kat pendang mana ada org nampak kita

kamera_kupang said...

aku sokong juga... klcc dorang boleh plak nampak, reban ayam belakang rumah buat tak peduli..

Anonymous said...

TQ blogger yg sanggup lupakan keenakan mkn dan hidup selesa utk sajian berita live dr sn.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!