Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, March 13, 2013

BLOG INI HAMPIR GENAP USIANYA 6 TAHUN BERJUANG DEMI ISLAM, BANGSA DAN NEGARA...

Alhamdulillah, kurang sebulan dari sekarang maka genaplah selama 6 tahun aku jadi blogger. Dan kenyataan itu menyebabkan aku termenung panjang baru-baru ni. Hampir nak mengalir air mata aku mengenangkan suka duka sebagai seorang blogger politik.

Banyak suka duka yang aku lalui. Tapi, tak payah la aku cerita. Bukannya ada sesiapa nak hargai pun. Tapi banyak duka dari sukanya. Setakat dihina dan dimaki tu dah jadi asam garam, walaupun aku tak maki depa. Sabar je la...

Ada jugak yang hina aku sebagai blogger. Katanya blogger-blogger ni semuanya hina dan takde masa depan. Pernah aku berhenti kejap menulis. Tapi pasal aku ni minat menulis dan ramai kawan-kawan yang datang pujuk minta aku menulis semula, maka aku gagahkan juga...

Pejam celik, pejam celik, dah dekat 6 tahun dah.... 

Aku mula berblog dulu pada tahun 2008.
Masa tu memang aku naive. Aku merupakan antara blogger terawal di Kedah dan northern region. Blog DepaKata tu seangkatan dengan aku, Tapi sayangnya blog tu tak dapat bertahan... Cuma aku je masih di sini berjuang...


Masa tu, Bahasa aku boleh dikatakan bahasa baik-baik belaka. Berbanding sekarang, rasanya bahasa aku dah makin teruk dan ganas. Mungkin terpengaruh kot? Masa tu UMNO aku balun, Pakatan Haram pun aku balun.

Aku balun UMNO sebab aku sayang parti. Tapi aku balun Pakatan Haram sebab depa ni banyak tak betul dari yang betulnya. Dalam 100 yang depa kata, paling kuat yang betul pun cuma 2 saja. Itu pun belum confirm benar-benar betul...

Aku memang tak reti maki hamun dari dulu. Apatah lagi mencarut. Tapi kalau setakat aku kutuk dan kecam tu memang ada la. Perkataan yang aku pakai untuk mengutuk pun takde la melampau sangat...ikut style masing-masing la..kan?

Paling kuat pun aku kata "bodoh", "bangang", bahlul", "jahil" dan seumpama dengannya. Takde la aku maki hamun guna perkataan seperti "p***mak", "bab*", "fu*k", dan yang seumpama dengannya. Kalau ada pun, dah tentu aku lekas-lekas mintak maaf lepas tu...

Tidak dinafikan, aku selalu mintak maaf kat blog ni. Aku tak takut untuk mengaku salah. Pada aku, buktikan aku salah dan aku sedia minta maaf. Kat sini, aku hanya melontarkan pandangan aku saja. Kalau salah, maafkanlah aku. Maklum la..aku pun manusia biasa gak, kan?

So, azam aku sempena ulangtahun blog ni yang ke-6 pada bulan depan, aku nak kembali ke asal. Bahasa aku perlu dicantikkan lagi. InsyaAllah, aku akan kurangkan kutuk-kutuk ni. Biarlah depa yang maki hamun dan mencarut, tapi bukan aku...

Cuma...kalau puak Pakatan Haram tu sifatnya jahil dan bodoh, perkataan apa yang boleh aku gantikan untuk sifatkan depa? Ada perkataan yang sesuai? Nantilah aku fikirkan...heh!

5 comments:

medan tempur said...

happy birthday blog dukeofumno. teruskan perjuanganmu

Anonymous said...

selamat berjuang

Anonymous said...

Teruskan perjuangan tuan hamba...
I follow

cikgu det said...

Lawan terus..

arm NRU12 said...

pertahankan kedaulatan kita!!!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!