Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, February 20, 2013

UTUSAN TERAKHIR UNTUK PUTERI LINDUNGAN BULAN DAN BLOGGER PAS KEDAH YANG MENYEBOKKK..HEH!


Pertamanya, aku mintak maaf la kat Puteri Lindungan Bulan (bukan kat blogger PAS aaa..) sebab bagi dia menangis keluar ayaq mata banyak. Aku harap dia tabahkan hati sebagaimana tabahnya si polan yang dia tumpahkan ayaq mata...

PLB perlu tahu bahawa masalah rumahtangga dia tak patut diseret ke ruang blog. Itu masalah family dia dan tak patut dijaja kat orang luar. Dan bila dia cerita masalah dia kat Zul Ya, maka Zul Ya mungkin tak sedar mengheret masalah rumahtangga si polan tu ke blog jugak... Sebab tu aku "tembak"!

Mungkin semua tu berlaku bila Zul Ya terlalu taksub dengan politik hingga melupakan kepentingan peribadi sedara mara sendiri. Bagaimanapun, setahu aku Zul Ya sendiri akan tolong settle masalah tu diluar dan takkan timbulkan lagi di blog.

Tentang aku, aku takkan "tembak" sesiapa jika tidak melibatkan kepentingan UMNO. Kalau ada masalah peribadi dengan individu tu, selesaikan kat luar laaa.. Blog adalah tempat aku menulis tentang pertikaian dasar dan pandangan peribadi tentang politik...

Tapi, memandangkan pihak di sebelah sana cuba mempergunakan masalah yang berlaku di dalam family depa untuk kepentingan politik, aku lihat ada satu cubaan jijik untuk eksploitasi masalah rumahtangga orang untuk jatuhkan seseorang...itu salah pada aku.

Aku firm dalam tulisan aku. Aku tak keliru sikit pun. Dan ramai mereka-mereka yang berada di sekeliling aku tahu dan menyokong apa yang aku tulis. Aku jaga kepentingan depa dari terus dimalukan oleh politik rimba yang dimulakan dari blogger PAS Kedah yang tak beretika...

Aku pun sama. Aku diminta untuk lakukan "gencatan senjata" tentang isu tu. Walaupun Zul Ya yang mulakan isu ni dulu, aku sedia maafkan dia. Asalkan dia tak jadikan isu ni sebagai modal politik kotornya, aku boleh tutup buku kes ni...

Kalau Zul Ya nak tembak Shahanim, tembak la. Aku peduli apa. Tapi tembak tu biarlah ada asas dan benar. Bukan fitnah macam yang selalu hangpa dok buat tu. Kalau betul dia menyeleweng, lapor la pada polis atau SPRM...ada aku kesah?

Cuma aku nak bagi tahu, mana-mana pemimpin UMNO pun aku layan sama. Kalau salah aku tibai, dan kalau betul, aku puji. PAS pun sama. Aku hormat Ustaz Harun Din (aku pernah mengaji kat dia dulu), tapi aku anti Pok Nik Ajis pasal dia banyak menyeleweng dari ajaran Rasulullah SAW...

Anyway, aku akan teruskan perjuangan aku. Pakatan Haram perlu ditamatkan riwayat. Maruah PAS perlu dikembalikan setelah parti pembangkang yang aku hormat dulu berubah wajah sejak berkawan dengan setan-setan gondol...

P/s: Jaga nama baik suami dan keluarga suami tu...Jangan buat perangai depan orang. Aku tegur bukan kerana aku benci. Si polan tu mungkin tak tahu aku antara orang paling kuat backing dia...tapi aku tak setuju dengan caranya kali ni...tu jerrr..

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!