Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, February 13, 2013

TERKINI..!!! PAKATAN HARAM HINA STATUS PRIBUMI RAKYAT SABAH..!!!?

kdgirls01

Sekali lagi saya ketawa besar membaca tulisan di sebuah laman portal pro-pembangkang, Suara Pakatan Rakyat, di mana penulisnya mahu Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menumpukan siasatan terhadap status kad pengenalan kaum “Kadazandusun” di Sabah.

Saya tak tahu siapa yang menulis artikel tersebut memandangkan tiada nama mahupun nama pena padanya. Namun saya percaya bahawa penulis artikel itu sememangnya seorang yang jahil dan menghina kaum pribumi di Bumi Di Bawah Bayu itu.

Suara Pakatan Rakyat mendakwa bahawa pendatang tanpa izin dari Filipina di Selatan Mindanao telah membanjiri Sabah suatu ketika dulu dan diberikan kad pengenalan percuma disebabkan iras wajah mereka yang mirip masyarakat “Kadazandusun”.


Penulis portal itu juga marah-marah apabila RCI hanya memberi fokus kepada warga India dan Pakistan sahaja di dalam siasatan mereka dan memaksa badan bebas itu menyiasat masyarakat “Kadazandusun” yang dia percaya bukan warganegara Malaysia yang sebenar.

Bagaimana penulis portal itu tak marah? Hanya lebih kurang 10 orang saja yang disabitkan sebagai saksi siasatan, sedangkan pihak Pakatan Haram mendakwa terdapat ratusan ribu warga asing diberi kad pengenalan percuma. Malulah Pakatan Haram kalau sekadar 10 orang saja, kan?

Mungkin disebabkan kekurangan saksi bagi membuktikan dakwaan dan mahu menjaga nama baik Pakatan Haram, maka portal pembangkang itu menuduh pula masyarakat Kadazandusun yang kononnya berselindung di sebalik iras wajah mereka…

Katanya, istilah Kadazandusun tidak pernah wujud dalam sejarah dan ia mula digunakana secara rasmi sejak tahun 1989 dulu. Betulkah fakta itu?

Menurut salah seorang rakan saya yang berketurunan Kadazan di Sabah, istilah Kadazandusun sebenarnya adalah merupakan istilah yang mewakili golongan kaum Kadazan dan Dusun yang berkahwin.

Maksudnya, kaum Kadazan berkahwin dengan kaum Dusun maka anak-anak mereka akan digolongkan sebagai Kadazandusun. Ia sudah wujud lama dulu di Sabah dan golongan ini berkembang menjadi ramai sehingga kini.

Kenapa penulis portal itu mendakwa istilah itu diguna secara rasmi pada tahun 1989? Mungkin dia sengaja berbuat begitu kerana mahu menyalahkan Allahyarham Tun Ghafar Baba dan bukannya Anwar Ibrahim sebagaimana yang didakwa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad.

Sebetulnya, semua pihak di dalam kepimpinan BN menyebut bahawa Anwar Ibrahim berkait rapat dengan pemberian kad pengenalan kepada rakyat Sabah ketika itu yang agak terpisah dengan arus pembangunan dan agak sulit untuk memperoleh kad pengenalan.

Buruk betul perangai puak-puak Pakatan Haram. Malu kerana dakwaan mereka meleset, mereka sanggup menghina status kewarganegaraan masyarakat Kadazandusun yang diiktiraf sebagai salah satu etnik pribumi di Sabah.

Saya faham Pakatan Haram mahu menjajah Sabah, tapi tolonglah gunakan cara yang berhemah dan tidak menjijikkan seperti ini. Yang paling utama, tolong hormati sensitiviti kaum Kadazan dan Dusun yang banyak menabur jasa di selama ini…

Selama ini rakyat Sabah yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik itu hidup di dalam kerukunan yang damai dan tenteram. Tapi bila datangnya Pakatan Haram yang cuba menjajah ideologi dan politik di sana, tiba-tiba saja mereka dihina. Wajarkah begitu?

Barisan Nasional Sabah selama ini berhempas pulas dan bertungkus lumus merapatkan keharmonian kaum serta etnik di sana. Jadi, tolonglah jangan rosakkan keharmonian dan ketenteraman yang subur disemai oleh masyarakat Sabah selama ini.

Kalau betul nak menjajah Sabah, jagalah hati mereka dan harmonikan negeri itu dengan perpaduan di kalangan kaum. Tapi lain pula yang dibuat Pakatan Haram. Nak jaga hati mereka, tapi suruh RCI siasat dan persoalkan kewarganegaraan kaum di sana. Ada ke patut begitu?

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

Fatihah said...

terbaek..lbh bayak pendedahan kejahatan PKR di blog saya .. jom tngk di http://kakiblogger.mygeng.org/

Fatihah said...

terbaek..lbh bayak pendedahan kejahatan PKR di blog saya .. jom tngk di http://kakiblogger.mygeng.org/

Bila Kak Su Bersuara... Heh!