Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, February 9, 2013

TABUNG MEMALI: JAWAB LA DEPAN ALLAH NANTI YER...!!!

tabung-memali

Sayu sungguh mendengar cerita dari seorang penyokong PAS tegar di Baling, Kedah, yang menceritakan tentang nasib balu dan anak-anak yatim mangsa tragedi Memali yang begitu malang setelah kehilangan tempat bergantung hidup…

Ketika tragedi itu berlaku, PAS cuba menonjolkan diri sebagai “pembela” nasib mereka. Namun tidak disangka-sangka, masa depan mereka telah dipersia-siakan dan terpaksa hidup mengemis tanpa sebarang pembelaan.

Malah lebih menyedihkan, hidup mereka melarat dan hak yang sepatutnya mampu membantu mereka mendapat sebuah kehidupan yang sempurna telah dinafikan dengan zalim oleh para pemimpin PAS…


Siapa yang pernah bertemu dengan Cikgu Non atau nama penanya, CN Al-Afghani, pasti tahu tentang cerita kezaliman PAS ini. Dan parti itu semahu-mahunya cuba menutup mulut Cikgu Non dari terus membongkar kejijikan “perut busuk” di dalam PAS..!

Menurut Cikgu Non, PAS telah mewujudkan Tabung Memali dan mereka telah berjaya mengumpul jutaan ringgit dari pihak yang bersimpati terhadap mangsa tragedi berdarah itu. Malangnya, Tabung Memali yang tidak pernah diaudit itu “lesap” entah ke mana…

Cikgu Non menceritakan bahawa ada dari kalangan balu dan anak-anak yatim itu hidup melarat seperti pengemis yang meminta simpati dan ada pula yang terbiar serta meninggal dunia dalam keadaan yang mengaibkan akibat kemiskinan.

Sangat menghairankan bila 14 keluarga waris mangsa ini hidup sengsara sedangkan Tabung Memali yang dikutip khas untuk mereka berjumlah jutaan ringgit! Sepatutnya, mereka mampu hidup dalam keadaan yang cukup sempurna, bukan?

Apa yang PAS buat dengan duit sebanyak itu? PAS guna untuk beli bendera dan beras untuk diedarkan ketika berkempen pilihanraya, kah? Atau wang tersebut digunakan untuk membeli Honda CRV buat Mat Sabu pergi kutip duit ceramah?

Cikgu Non berkata, Kerajaan BN ketika itu telah memberikan wang pampasan kepada waris mangsa tragedi Memali berjumlah RM300,000 di mana 14 waris tersebut dianggarkan menerima sebanyak RM20,000 setiap seorang.

Paling menarik, PAS yang kononnya “pembela” telah mengupah peguam untuk menyaman Kerajaan BN ketika itu atas kejadian tersebut dan khidmat para peguam itu dibiayai sepenuhnya oleh PAS Pusat.

Tapi, datang pula seorang wakil PAS Kedah yang mengutip wang sebanyak RM1,500 dari setiap keluarga mangsa, kononnya bagi membiayai kos guaman, perbicaraan di mahkamah dan sebagainya!

Secara percuma saja mangsa-mangsa tersebut dianiaya oleh PAS Kedah. Segala kos guaman dan perbicaraan itu adalah percuma sebenarnya, tapi PAS Kedah pula dapat untung dengan menipu setiap keluarga malang itu, bukan?

Saya tertanya-tanya, apakah PAS Pusat ketika itu tidak mengajar PAS Kedah tentang hukum memakan hak anak yatim menurut agama Islam? Tak tahulah saya sekiranya “agama” PAS “menghalalkan” makan hak anak yatim..?

Sehingga kini, saya difahamkan sudah berkali-kali laporan polis telah dibuat oleh Cikgu Non dan kes itu belum selesai disiasat sehingga kini dipercayai kerana ketiadaan maklumat akibat kes terpendam terlalu lama.

Saya berpandangan bahawa berkemungkinan PAS boleh terlepas dari hukuman mahkamah di dunia memandangkan ia hanyalah hukum yang dicipta manusia yang bersifat tidak sempurna sebagaimana keadilan di padang Mahsyar nanti.

Tunggulah di akhirat kelak dan jangan terkejut sekiranya puak-puak PAS yang kononnya ada “tiket ke syurga yang dihadiahkan Nik Aziz” akan dihumban ke neraka disebabkan skandal Tabung Memali ini…Wallahua’alam.

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!